Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Sienna 25th Anniversary Edition – Minivan Kegemaran Amerika Ini Cuma Ada 2,525 Unit!
Roda4

Toyota Sienna 25th Anniversary Edition – Minivan Kegemaran Amerika Ini Cuma Ada 2,525 Unit!

Abang HirataBy Abang Hirata01/06/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERSAMAAN pasaran Amerika Syarikat (AS) dan negara kita adalah minat terhadap van atau kenderaan pelbagai guna (MPV). Di sana, memang tiada Toyota Vellfire dan Alphard, tetapi bersepah dengan pelbagai model lain.

Tiada Vellfire, tiada masalah, tetapi pengguna AS ditawarkan dengan Toyota Sienna. Sejarah MPV kategori minivan itu bermula sejak 1997 dan sudah terjual lebih 2.2 juta unit!

BACA >>> Toyota Sienna (2021) Kini Enjin Hibrid dengan Rekabentuk Ilham Kereta Api Shinkansen
BACA >>> Lewat Seminit Sebab Ke Tandas, Pemandu Kereta Api Laju Jepun Kena Siasat

Sienna di pasaran sekarang ialah model generasi keempat yang diperkenalkan pada 2020, dan direka studio Toyota di California dan Michigan. Sienna menggunakan platform TNGA-K yang hadir dalam rekabentuk sporty. Sekali pandang ibarat Camry saiz XXL.

Terbaharu Toyota memperkenalkan Sienna 25th Anniversary Edition (2023) dalam edisi terhad sebanyak 2,525 unit sahaja. Model ini dibina berasaskan Sienna XSE yang dilengkapi beberapa kelengkapan dalaman daripada Sienna Limited dan beberapa komponen eksklusif lain.

Berikut ciri Sienna 25th Anniversary Edition (2023):

  • Enjin 2.5L Dual VVT-i Hybrid dengan transmisi ECVT.
  • Pilihan pacuan roda depan (FWD) dan semua roda (AWD).
  • Rim 20 inci XSE warna gelap.
  • Bampar depan dan belakang XSE agresif.
  • Suspensi XSE talaan sport.
  • Rel bumbung.
  • Set Audio Premium dengan pembesar suara JBL, sistem navigasi.
  • Pengecas wayarles dan konverter 1500watt.
  • Cermin luar dengan memori, automalap, lampu suluhan (puddle lights), boleh lipat automatik, dan fungsi undur dengan condong ke bawah.

  • Kerusi kulit hitam dengan sulaman benang perak.
  • Kerusi depan dengan fungsi pemanas dan pengudaraan serta memori.
  • Sil pintu iluminasi.
  • Karpet kaki 25th Anniversary.

  • Sarung kunci hitam dengan sulaman benang perak dan logo 25th Anniversary.
  • Lencana logo, cermin sisi dan antena hitam.
  • Dua warna pilihan, Celestial Silver (perak) dan Wind Chill Pearl (putih).

Di AS, Sienna (2023) ditawarkan dalam varian LE, XLE, XSE, Woodland Edition, Limited dan Platinum.

Dari segi teknologi pemanduan, semua varian dilengkapi teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense 2.0 (TSS 2.0) yang terdiri daripada sistem Kawalan Jelajah Dinamik (DCC) Halaju Penuh, Amaran Tukar Lorong (LDW) dengan Bantuan Stereng, Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) dan sebagainya.

Harga belum didedahkan. Sebagai rujukan Sienna XSE (2022) dijual pada harga AS$42,825 (RM187,550).

BACA >>> Permintaan Jadi Realiti, Toyota GR Supra Manual 6-Kelajuan Diperkenal!
BACA >>> TGR Hasilkan Semula Alat Ganti Toyota Levin AE86!

Roda4 Toyota Toyota Sienna Toyota Sienna 2023 Toyota Sienna 2023 25th Anniversary Edition Toyota USA
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 Dapat Nafas Baharu, Enjin Elektrik 150 PS, Jarak Maksimum 476 km

26/02/2026
Model konsep EV, Lamborghini Lanzador
Kenderaan Elektrik (EV)

Tak Laku, Lamborghini ‘Cancel’ EV Pertama

24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.