Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Sienna (2021) Kini Enjin Hibrid dengan Rekabentuk Ilham Kereta Api Shinkansen
Roda4

Toyota Sienna (2021) Kini Enjin Hibrid dengan Rekabentuk Ilham Kereta Api Shinkansen

Abang HirataBy Abang Hirata22/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAMA Toyota Sienta di negara kita semacam serupa nama Sienna di Amerika Syarikat (AS). Sebenarnya, nama saja hampir sama tetapi jauh berbeza.

Sienna ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis minivan yang duduk sebaris Kia Carnival (Sedona) dan Honda Odyssey. Nama model ini diambil sempena nama bandar di Tuscany, Itali. Sienna juga adalah model pengganti Previa (Estima) yang mana generasi pertama diperkenalkan di AS pada 1997.

Sienna (2021) adalah model generasi keempat yang direka, dibangunkan dan dikeluarkan di AS. Semua model minivan tersebut kini ditawarkan dalam trenkuasa hibrid dengan dilengkapi ciri kereta moden canggih.

Sienna (2021) adalah hasil rekabentuk bersama Pusat Kajian Rekabentuk CALTY di Newport Beach, California dan Ann Arbor, Michigan. Model berkenaan menggunakan platform global baharu Toyota, dipanggil TNGA-K yang hadir dengan rekabentuk ekspresif ala Camry. Sienna juga boleh diibaratkan Camry versi MPV.

BACA >>> Honda Japan Dedah Foto Freed (2020) Facelift, Debut Oktober Depan

Rupa depan Sienna mengambil ilham kereta api laju Jepun, Shinkansen dengan menampilkan rekabentuk slik, laju dan berkeyakinan. Sisi belakang kelihatan melebar ala kereta sport, manakala rupa belakang tampil berani dengan lampu seakan huruf T.

Toyota sedar pelanggan masa kini tidak mahu memandu sebuah MPV seperti sebuah bas. Jadi pasukan pereka menggunakan batasan itu dengan menggabungkan praktikaliti minivan dan kehendak emosi untuk pengalaman memandu yang lebih personal.

Terma utama dalam mendefinisikan semula cita rasa minivan ialah keyakinan, perincian dan inovasi pintar.

CIRI TOYOTA SIENNA (2021)

TRENKUASA
  • Enjin 2.5L Dynamic Force VVT-iE dengan motor elektrik Toyota Hybrid System II yang menghasilkan output total 243hp.
  • Ada opsyen pacuan roda depan (FWD) dan semua roda (AWD) dengan sistem baharu Electronic on-demand AWD.
  • Tiada kotak pindahan (transfer case) AWD dan aci pacu (driveshaft), tetapi diganti motor elektrik untuk menggerakkan roda belakang.
  • Agihan tork bergantung kepada situasi. Daripada 100:0 dalam kondisi biasa kepada 20:80 atas permukaaan licin.
  • Ada empat mod pemanduan: EV, NORMAL, ECO dan SPORT.
DALAMAN
  • Bahagian tengah antara pemandu dan penumpang depan ada konsol jejambat (bridge console) dengan rekabentuk papan pemuka ala kereta.
  • Ada dua opsyen konfigurasi tempat duduk: 7- atau 8-kerusi.
  • Ada tujuh slot USB dan 18 pemegang cawan.
  • Pakej standard Toyota Audio terdiri daripada skrin sentuh 9 inci, 6 pembesar suara, konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay, serasi Amazon Alexa, pengecaman suara, penstriman muzik melalui sambungan Bluetooth dan lain-lain mengikut varian.
  • Vakum dan peti sejuk untuk Sienna Platinum.
KESELAMATAN

Dilengkapi sistem bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) 2.0 dengan ciri berikut:

  • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS) dengan Pengesan Pejalan Kaki/Pengesan Lampu Rendah / Pre-Collision System with Pedestrian Detection/Lowlight Detection.
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) Julat Halaju Penuh / Full-Speed Range Dynamic Radar Cruise Control
  • Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng / Lane Departure Alert with Steering Assist.
  • Bantuan Pengesanan Laluan (LTA) / Lane Trace Assist
  • Lampun Puncak Automatik (AHB) / Automatic High Beams
  • Bantuan Tanda Jalan (RSA) / Road Sign Assist

Turut dibekalkan sebagai ciri standard ialah: Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), 10 beg udara, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) Dipertingkatkan dengan Kawalan Traksi (TRAC), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Teknologi Henti Pintar (SST).

Sienna (2021) juga satu lagi ciri sangat berguna iaitu Pengingat Kerusi Belakang (RSR). Fungsinya, mengingatkan pemandu tentang penumpang belakang melalui mesej pada paparan meter, iaitu:

Attention: Check Rear Seat for Passengers and Cargo.”

BACA >>> SUV Toyota Yaris Cross Diperkenal, Guna Platform Yaris Hatchback

GALERI

 

 

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Shinkansen Toyota Toyota Sienna Toyota Sienta (2021)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.