Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Service Savers: Pakej Terbaik untuk Pembeli Baharu, Pemilik Sedia Ada
Auto Terkini

Toyota Service Savers: Pakej Terbaik untuk Pembeli Baharu, Pemilik Sedia Ada

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota
menawarkan program Toyota Service Savers iaitu pakej servis prabayar yang memberi banyak manfaat penyenggaraan kepada dua golongan pemilik kereta Toyota iaitu pembeli baharu dan pelanggan sedia ada. Pakej ditawarkan terbahagi kepada dua kategori iaitu pembeli dan pemilik kenderaan Toyota :

  • Pembeli baharu boleh memilih sama ada pakej 5 tahun atau 3 tahun.
  • Pemilik sedia ada ditawarkan pakej 2 tahun.

Apa Manfaat Pakej Toyota Service Savers?

  • Jaminan kos servis (ikut pakej)
  • Diskaun 20 peratus untuk penjajaran dan imbangan roda (wheel alignment and balancing) dan servis penyaman udara
  • Diskaun 10 peratus alat ganti terpilih
  • Akses servis di mana-mana pusat servis Toyota*. UMW Toyota ada 85 pusat servis di seluruh negara.
  • Boleh gunakan pakej secara serta-merta

* Jika beli di Langkawi dan Labuan, Toyota Service Savers cuma boleh digunakan di sana sahaja (kawasan bebas cukai).

Pakej Ditawarkan dan Untuk Siapa?

Pembeli baharu boleh mendapatkan pakej 3 atau 5 tahun bagi lapan model berikut:

  • Vios, Yaris, Corolla, Hilux, Camry, Avanza, Rush dan Corolla Cross.

Pelanggan sedia ada pula boleh dapatkan pakej 2 tahun untuk lima model, iaitu:

  • Vios, Hilux, Yaris, Corolla dan Camry.

Berikut harga pakej untuk pembeli baharu (5 tahun) dan pemilik sedia ada (2 tahun) serta berapa banyak penjimatan yang dapat dinikmati mengikut jenis model:

Butiran dan perincian lanjut pakej mengikut setiap model kereta dan kategori pembeli atau pemilik sedia ada boleh didapati di: Toyota Service Savers

PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN

Selain pakej prabayar Toyota Service Savers, UMW Toyota ada menawarkan tiga perkhidmatan selepas jualan terbaik untuk ketenangan jiwa dan kelegaan khas untuk pembeli baharu mahupun pemilik kenderaan Toyota sedia ada.

Pusat Servis Toyota

Pusat Servis Toyota meneruskan tawaran perkhidmatan penyenggaraan dan baik pulih kenderaan dengan pelbagai manfaat terbaik kepada semua pemilik Toyota, ini termasuk:

  • Waranti keselamatan kenderaan untuk 5 tahun.
  • Kepakaran juruteknik terlatih.
  • Alat ganti dijamin tulen.
  • Penggunaan kelengkapan diagnostik termaju, dan alat servis khas.
  • Pemeriksaan kesihatan kenderaan secara menyeluruh hingga 23 poin.
  • Waranti buruh untuk tiga bulan atau perbatuan 5,000km.
  • Waranti alat ganti untuk 12 bulan atau 20,0000km.
  • Potensi nilai beli semula (resale value) tinggi.
  • Harga berbaloi.

Baik Pulih Badan dan Cat (Body & Paint)

UMW Toyota menyediakan perkhidmatan baik pulih badan dan mengecat (Body & Paint) kepada semua pemilik Toyota seandainya kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan. Perkhidmatan ini termasuk kerja-kerja baik pulih yang dilakukan juruteknik profesiona dengan standard tinggi berserta jaminan seperti berikut:

  • Kenderaan masih dalam waranti 5 tahun – ikut waranti yang masih ada.
  • Kenderaan tamat tempoh waranti – 12 bulan waranti 

Alat ganti digunakan dijamin tulen dan setiap proses baik bulih dan mengecat dibuat menepati piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Proses dokumentasi turut disediakan untuk ketenangan minda. Toyota turut menyediakan khidmat tundaan percuma.

Pakej Insurans Toyota

Faedah yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Keahlian percuma Toyota 24SEVEN Road Assists
  • Tiada caj polisi ekses
  • Kelulusan tuntutan sepantas 24 jam
  • Bayaran 100 peratus daripada jumlah diinsuranskan hingga 10 tahun
  • Pelanggan tidak perlu membayar caj naik nilai (betterment) untuk umur kenderaan sehingga 10 tahun.
camry Corolla hilux Pusat Servis Toyota Servis Toyota Toyota Service Savers UMW Toyota vios Yaris
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.