Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Sequoia TRD PRO (2024), SUV 3 Baris Mewah, Lasak untuk AS, Harga Mula RM282k
Roda4

Toyota Sequoia TRD PRO (2024), SUV 3 Baris Mewah, Lasak untuk AS, Harga Mula RM282k

Abang HirataBy Abang Hirata13/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA awal 2022 kami ada menerbitkan artikel Toyota Sequoia yang bukan saja bersaiz besar, tetapi bernadikan enjin besar 3.4L V6 turbo kembar hibrid i-FORCE MAX.

Bentangan enjin V6, pengecas turbo kembar dan komponen hibrid dimuat dalam satu pakej yang menghasilkan output kuasa 437hp dan tork 790Nm. Toyota Sequoia menggunakan transmisi automatik 10-kelajuan.

Melihat kepada ciri diberikan, i-FORCE MAX berbeza daripada Toyota Hybrid System (THS) kerana dibuat untuk prestasi dan kecekapan.

Terbaharu, Toyota mengemas kini Toyota Sequoia (2024) melalui penawaran pakej Nightshade Package untuk varian Limited, kit TRD Off-Road untuk Platinum 4×4, dan warna eksklusif untuk TRD PRO.

Seperti sebelum ini, ada lima varian Toyota Sequoia (2024) ditawarkan, iaitu SR5, Limited, Platinum, TRD Pro dan Sequoia Capstone.

Toyota Sequoia TRD PRO

Daripada lima varian itu, Toyota Sequoia TRD PRO menarik perhatian dengan ciri lasak untuk sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) famili.

Varian ini juga menunjukkan Toyota Racing Development (TRD) masih bernilai tinggi walaupun Toyota mempunyai divisyen GAZOO Racing (GR).

Berbeza varian lain yang menggunakan pacuan dua roda (2WD), atau sistem empat roda (4WD) separuh masa, Toyota Sequoia TRD PRO hanya dibuat dalam pacuan 4WD.

Sistem 4WD separuh masa itu menggunakan kotak agihan yang dikawal melalui butang pada konsol tengah bagi memilih pacuan 2WD, 4WD tinggi (high) atau 4WD rendah (low). Varian ini mensasarkan keluarga yang gemarkan cabaran.

Ciri mewah juga tidak kalah dengan kerusi kapten pada tempat duduk baris kedua, stereng TRD dengan pemanas dan kemasan TRD pada kerusi dan tombol gear.

Suspensi juga hebat menerusi absorber FOX talaan TRD untuk pemanduan lancar atas jalan raya dan meyakinkan di laluan off-road.

Sistem kunci diferensial belakang (RDL) mempunyai mod Multi-Terrain Select, CRAWL Control dan Downhill Assist Control. Turut dipasang untuk laluan off-road ialah plat skid bagi melindungi bahagian bawah enjin.

Dari segi gaya, bahagian depan varoan TRD Pro menyerlah menerusi gril yang tertera logo TOYOTA dan sebaris lampu TRD. Ruang roda diisi rim aloi TRD dengan tambahan ofset untuk kedudukan lebar. Di sudut kiri bampar ada dua muncung ekzos TRD yang mengeluarkan bunyi garang daripada enjin i-FORCE MAX.

Sebagai SUV mewah dengan ciri lasak, Toyota Sequoia TRD PRO dijual pada harga AS$78,710 (RM365,780), iaitu berbeza ribuan dolar daripada varian aras mula SR5 2WD yang berharga AS$60,875 (RM282,900).

Pakej TRD Sport

Kepada pelanggan yang gemarkan gaya TRD, tetapi tidak mahu Sequoia TRD PRO, Toyota menawarkan pakej TRD Sport khas untuk Toyota Sequoia SR5 dengan rim TRD 20 inci hitam kusam.

Absorber asal diganti set Bilstein talaan TRD dan dipadan spring talaan TRD. Ruang kabin dipasang pedal alumnium dengan kemasan TRD dan butang penghidup TRD warna merah.

Pakej TRD Off-Road

Toyota Sequoia SR5

Berbeza TRD Sport yang fokus kepada pemanduan jalan raya, pakej TRD Off-Road pula menumpukan keupayaan pemanduan off-road. Pakej ini ditawarkan untuk Sequoia SR5 (foto atas), Limited (foto bawah kanan) dan Platinum 4×4 (foto bawah kiri).

Antara ciri khas varian ini ialah mod RDL seperti Multi-Terrain Select dan Downhill Assist. Fungsi Crawl Control juga dijadikan ciri asas.

Toyota Sequoia Platinum
Toyota Sequoia Limited

Sistem pemantauan Multi-Terrain Monitor pula membantu pemandu memantau sudut sukar dilihat. Set suspensi juga daripada Bilstein dan TRD serta tampak lebih garang dengan aci pacu (driveshaft) depan merah.

Kedua-dua varian Sequoia SR5 dan Limited dipasang rim 18 inci, manakala bahagian dalam dilengkapi pedal aluminium dan butang penghidup TRD.

Meriah dengan Pilihan Warna

Toyota Sequoia (2023) ditawarkan dalam 10 warna menarik seperti: Ice Cap (putih), Wind Chill Pearl (putih), Celestial Silver (perak), Lunar Rock (kelabu kehijauan kusam), Magnetic Gray Metallic (kelabu), Blueprint (biru), Midnight Black Metallic (hitam), Smoked Mesquite (coklat), Supersonic Red (merah) dan Solar Octane (jingga).

Warna Terra (jingga kusam) dibuat khusus untuk TRD PRO.

BACA>>> SUV Besar untuk Amerika, Toyota Sequoia (2023) Lancar
BACA>>> Toyota GR Corolla Dipilih Pace Car Kejuaraan NASA, Pembeli Dapat Sesi Hari Litar Percuma
BACA>>> Toyota C-HR (2024) Diperkenal dengan Rekabentuk Dramatik, Enjin Hibrid Sahaja

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Toyota Sequoia Toyota Sequoia (2024) Toyota Sequoia TRD Pro Toyota Sequoia TRD Pro 2024
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
HEV

Honda CR-V Generasi ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.