• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV Besar untuk Amerika, Toyota Sequoia (2023) Lancar

SUV Besar untuk Amerika, Toyota Sequoia (2023) Lancar

February 3, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

448
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALANGAN mereka yang sudah berkeluarga atau mahu bawa ramai penumpang, anda ada tiga pilihan kenderaan untuk dibeli, sama ada van, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan 7-kerusi.

Mungkin janggal hendak bawa hingga tujuh penumpang dalam SUV berbanding van atau MPV dengan jarak bumbung tinggi dan lantai rendah, tetapi sudah ada banyak model sebegitu ditawarkan. Misalnya, di pasaran tempatan, kita ada Mitsubishi Outlander, Nissan X-Trail, Volkswagen Tiguan Allspace hingga segmen premium seperti Volvo XC90 dan Mazda CX-9.

BACA >>> #PanduUji: Volvo XC90 T8 Inscription Plus (2019) - Edisi Facelift yang Paling Eksklusif

Pasaran tempatan turut ditawarkan dengan SUV tiga baris tempat duduk berasaskan trak pikap seperti Toyota Fortuner, Ford Everest dan sebelum ini ada Mitsubishi Pajero Sport dan Isuzu MU-X (foto atas).

Antara pasaran utama SUV dunia ialah Amerika Syarikat (AS) yang menawarkan banyak model saiz penuh (full-size) dan mewah. Terbaharu, Toyota Sequoia (2023) generasi ketiga dilancarkan di negara itu bagi menggantikan model generasi kedua yang dikeluarkan sejak 2007.

Dengan gaya rekabentuk Toyota terkini, trak pikap saiz penuh ini tampil lasak dan moden yang dijana dalam  trenkuasa hibrid sebagai ciri standard. Berikut ciri Sequoia (2023):

Trenkuasa

  • Enjin 3.4L V6 turbo kembar hibrid i-FORCE MAX berkuasa 437hp dan tork 790Nm, serta dipadankan sistem transmisi automatik 10-kelajuan.
  • Ada pilihan pacuan dua roda (2WD) dan empat roda (4WD) separuh masa.
  • Sistem 4WD separuh masa mempunyai mod 2WD, 4WD high dan 4WD low.

Casis dan Keupayaan

  • Jenis badan-atas-frem (body-on-frame).
  • Menggunakan platform Arkitektur Global Toyota Baharu (TNGA-F), sama seperti Tundra, Land Cruiser dan Lexus LX baharu.
  • Casis diperkukuh dengan kimpalan laser dengan sistem suspensi belakang multi-link.
  • Pembeli ditawarkan varian dengan suspensi belakang udara boleh laras (Load-Leveling Rear Height Control Air Suspension) dan Suspensi Variable Adaptif (Adaptive Variable Suspension, AVS).
  • Keupayaan tunda hingga 4,082kg (bergantung varian), fungsi Trailer Backup Guide dan Straight Path Assist supaya lebih mudah untuk mengundur dan ke depan.

Dalaman

  • Tiga baris tempat duduk.
  • Bergantung varian, kerusi baris kedua jenis bench atau kapten.
  • Kerusi baris kedua boleh dilipat ke bawah dan dianjak ke depan untuk ekstra muatan.
  • Kerusi baris ketiga dengan sandaran belakang boleh laras dan anjakan hingga 6 inci untuk tambahan ruang simpanan.

Ciri Keselamatan

  • Dilengkapi ciri standard Toyota Safety Sense (TSS) 2.5, terdiri daripada fungsi Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) dengan Pengesan Pejalan Kaki, termasuk dalam cahaya rendah dan penunggang basikal ketika siang.
  • Bantuan Kecemasan Stereng (SEA), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DCRC), Peringatan Tukar Lorong (LDW) dengan Bantuan Stereng (SA), Bantuan Pengesan Laluan (LDA).
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHBA), Bantuan Papan Tanda Jalan Raya, Peringatan Kerusi Belakang, Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).
  • Bantuan Parkir Depan dan Belakang (FRPA) dengan Brek Automatik (BA).

Varian

  • Sequoia R5.
  • Sequoia Limited.
  • Sequoia Platinum.
  • Sequoia TRD Pro (foto atas).
  • Sequoia Capstone.

Sequoia (2023) akan dipasang bersama saudara trak pikapnya di kilang Toyota di Texas, AS. Harga belum didedahkan dan Sequoia generasi kedua di pasaran kini dijual bermula AS$50,000 (RM209,500) hingga AS$64,625 (RM270,780)

BACA >>> Toyota Laris Sepanjang 2021! Vios, Hilux Kekal Model Paling Popular
BACA >>> UMW Toyota Lancar Corolla Cross Hybrid (2022) CKD, Harga Mula RM136k!

Toyota Sequoia Capstone
Toyota Sequoia Capstone.01
Toyota Sequoia Capstone.02
Toyota Sequoia Capstone.03
Toyota Sequoia Capstone.04
Toyota Sequoia Capstone.05
Toyota Sequoia Capstone.06
Toyota Sequoia Capstone.07
Toyota Sequoia Capstone.08
Toyota Sequoia Capstone.09
Toyota Sequoia Capstone.10
Toyota Sequoia Capstone.11
Toyota Sequoia Capstone.12
Toyota Sequoia Capstone.13
Toyota Sequoia Capstone.14
Toyota Sequoia Capstone.15
Toyota Sequoia Capstone.16
Toyota Sequoia Capstone.17
Toyota Sequoia Capstone.18
Toyota Sequoia Capstone.19
Toyota Sequoia Capstone.20
Toyota Sequoia Limited 2023
Toyota Sequoia Limited.01
Toyota Sequoia Limited.02
Toyota Sequoia Limited.03
Toyota Sequoia Limited.04
Toyota Sequoia Limited.05
Toyota Sequoia Limited.06
Toyota Sequoia Limited.07
Toyota Sequoia Limited.08
Toyota Sequoia Limited.09
Toyota Sequoia Limited.10
Toyota Sequoia Limited.11
Toyota Sequoia Limited.12
Toyota Sequoia Limited.13
Toyota Sequoia TRD Pro 2023
Toyota Sequoia TRD Pro.01
Toyota Sequoia TRD Pro.02
Toyota Sequoia TRD Pro.03
Toyota Sequoia TRD Pro.04
Toyota Sequoia TRD Pro.05
Toyota Sequoia TRD Pro.06
Toyota Sequoia TRD Pro.07
Toyota Sequoia TRD Pro.08
Toyota Sequoia TRD Pro.09
Toyota Sequoia TRD Pro.10
Toyota Sequoia TRD Pro.11
Toyota Sequoia TRD Pro.12
Toyota Sequoia TRD Pro.13
Toyota Sequoia TRD Pro.14
Toyota Sequoia TRD Pro.15
Toyota Sequoia TRD Pro.16
Toyota Sequoia TRD Pro.17
Toyota Sequoia TRD Pro.18
Toyota Sequoia TRD Pro.19
Toyota Sequoia TRD Pro.20

Artikel Berkaitan

448
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA), Full-Size SUV, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV Saiz Penuh, TNGA-F, Toyota, Toyota Sequoia, Toyota Sequoia 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my