Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota RAV4 Prime – SUV Hibrid Berkuasa 302hp!
Roda4

Toyota RAV4 Prime – SUV Hibrid Berkuasa 302hp!

Abang HirataBy Abang Hirata25/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA RAV4 generasi kelima baru saja setahun diperkenalkan dengan menumpukan pasaran Amerika Syarikat (AS) sebagai sasaran jualan berbanding Honda CR-V yang global.

Namun pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 baru-baru ini, media tempatan diberikan peluang memandu uji model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu. Adakah itu menunjukkan RAV4 akan memasuki pasaran Jepun dan Asia?

Pengenalan RAV4 di AS ditawarkan dalam pelbagai varian. Terbaharu di Pameran Auto Los Angeles (LAAS) 2019, Toyota memperkenalkan RAV4 Prime, iaitu varian premium paling berkuasa, pantas dan cekap bahan api. Anggaran kuasa dihasilkan model ini ialah 302hp dan dilengkapkan dengan sistem pacuan semua roda (AWD), suspensi talaan sport dan gaya eksklusif.

BACA >>> Toyota RAV4 (2019) Bakal Perkenal Enjin Petrol dan Hibrid

Dari segi pecutan, RAV4 Prime hanya memerlukan 5.8 saat untuk mencapai kelajuan 0-100kmj, sekali gus menempatkan SUV itu dalam liga SUV premium berprestasi tinggi. Sebagai perbandingan, RAV4 (2006-2012) dengan enjin 3.5L V6 menghasilkan kuasa 269hp dengan pecutan 0-100kmj sepantas 6.3 saat. Ini jelas menunjukkan RAV4 Prime lebih pantas!

Prestasi luar biasa RAV4 Prime  diperoleh daripada trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) yang menggabungkan enjin 2.5L dan motor elektrik, yang juga model PHEV pertama dalam sejarah SUV itu. Teknologi PHEV digunakan juga membolehkan SUV ini dipandu dengan kuasa elektrik sepenuhnya sejauh kira-kira 63km (anggaran) dengan sekali isian cas penuh.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Kereta Hibrid, Hibrid Plug-In (PHV) dan Kereta Elektrik (EV)?

RAV4 Prime berkongsi enjin 2.5L petrol daripada RAV4 Hybrid dengan talaan berbeza. Namun, kuasa enjin kedua-dua model itu kekal sama, iaitu 176hp. Cuma output total meningkat kepada 302hp untuk edisi Prime  selepas bergabung kuasa dengan motor elektrik.

Tambahan 83hp disumbangkan generator motor lebih berkuasa, bateri lithium-ion kapasiti tinggi baharu dan  penukar buster (booster converter). Selain enjin, RAV4 Prime turut menggunakan sistem AWD elektrik on-demand daripada RAV4 Hybrid.

Kedua-dua model menggunakan motor elektrik berasingan di bahagian belakang untuk membekalkan kuasa kepada roda belakang apabila diperlukan, terutama pada permulaan pecutan dan bahagian roda kurang cengkaman.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Toyota Raize yang Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?

GALERI
Kenderaan Utitili Sukan (SUV) LAIAS 2019 Pameran Auto Los Angeles (LAAS) 2019 PHEV Roda4 SUV Toyota Toyota RAV4 Toyota RAV4 Hybrid Toyota RAV4 Prime
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.