Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Labur RM7.1b untuk Tingkat Pengeluaran Kenderaan Hibrid di Thailand
Auto Terkini

Toyota Labur RM7.1b untuk Tingkat Pengeluaran Kenderaan Hibrid di Thailand

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA akan membuat suntikan pelaburan tambahan sebanyak 55 bilion baht (RM7.15 bilion) untuk meningkatkan lagi aktiviti pembuatan kenderaan, termasuk model hibrid di Thailand.

Thailand menjadi hab pengeluaran penting untuk Toyota dan sudah menggalaskan tugas pembuatan kenderaan jenama Jepun itu sejak 60 tahun lalu.

Menurut laporan Bangkok Post, Pengerusi Toyota Motor Corp, Akio Toyoda menyatakan hasrat melabur jumlah tersebut di Thailand untuk meluaskan pembuatan kenderaan hibrid.

Menteri Industri Thailand, Akanat Promphan pula berkata, pelaburan Toyota akan melibatkan penyusunan atau peningkatan semula barisan pengeluaran untuk menyokong enjin pembakaran dalaman dan motor kenderaan bateri-elektrik untuk model hibrid.

Jumlah pelaburan baharu itu akan membawa kepada ciptaan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Thailand, pemindahan teknologi dari Jepun dan pembangunan sumber manusia.

Akanat berkata demikan selepas Toyoda mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra di Rumah Kerajaan.

Kerajaan Thailan juga dikatakan sudah bersedia untuk menetapkan polisi-polisi yang diperlukan atau dikehendaki industri automotif dan mengimbangi kepentingan pihak pengeluar dan konsumer demi mencapai manfaat ekonomi bersama.

Turut dinyatakan ialah polisi itu termasuk mempromosi pertumbuhan mampan industri kenderaan elektrik (EV) pada ketika Kerajaan berusaha untuk memajukan insentif tenaga hijau Thailand.

Toyoda turut mengulas komponen automotif dihasilkan di Thailand adalah setanding standard dan kualiti seperti alat ganti dari kilang Jepun

Toyota ialah pengeluar automotif terbesar dunia, tetapi dikritik kerana menghasilkan jumlah EV rendah. Namun, keputusan menumpukan kepada model hibrid mendatangkan manfaat keuntungan lebih baik.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024, Toyota menjual 10.3 juta kenderaan di pasaran global dengan jualan hibrid 3.5 juta unit, naik 31 peratus berbanding tempoh sebelumnya.

SUMBER: BangkokPost

Akanat Promphan Akio Toyoda Roda4 Thailand TOYOTA Motor Corp Toyota Motor Japan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny โ€“ Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.