Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota GR Supra (2020) yang Lebih Berkuasa Kini di Malaysia, Harga RM590k
Roda4

Toyota GR Supra (2020) yang Lebih Berkuasa Kini di Malaysia, Harga RM590k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA GR Supra dilancarkan di Malaysia pada September 2019, manakala GR Supra versi lebih berkuasa dilancarkan di Amerika Syarikat pada Februari tahun ini dengan enjin 4-silinder 2.0L, dipertingkat 14 peratus kepada 382hp.

Terbaharu, UMW Toyota Motor pun turut memperkenalkan GR Supra (2020) versi dipertingkat (facelift) yang dinaik taraf lebih berkuasa selepas kali terakhir menyiarkan video acah di laman facebook wakil pengeluar itu pada Julai lalu.

BACA >>> UMW Toyota Keluar Teaser Supra GR, Bakal Lancar Versi Facelift Lebih Berkuasa?

Apa yang menarik dan berbeza dengan GR Supra (2020) facelift ini?

1. Penambahbaikan GR Supra menumpukan kepada aspek kuasa enjin 6-silinder 3.0L pengecas turbo yang kini berkuasa 386hp @ 5,800-6,500rpm, iaitu pertambahan kuasa sebanyak 14 peratus. Namun, tork kekal pada 500Nm @ 1,800rpm-5,000rpm berbanding 1,600-4,500rpm sebelum ini.

2. Angka kuasa itu diperoleh menerusi penambahan manifold ekzos dua cabang utama dengan enam port (berbanding hanya dua), rekabentuk piston baharu dan nisbah mampatan enjin lebih rendah daripada 11:1 kepada 10.2:1. Enjin yang dipertingkat dengan julat tork lebih tinggi ini mengekalkan keupayaan rev tinggi dengan kelancaran optimum.

3. Dengan transmisi automatik 8-kelajuan ZF sebagai standard, pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 4.1 saat, berbanding 4.3 saat.

4. Toyota turut mengemas kini casis untuk meningkatkan kestabilan dan mengurangkan olengan badan selain penambahan rod prestasi untuk meningkatkan ketahanan.

5. Selain kaliper brek merah dengan logo Supra di depan, spesifikasi teknikal dan ciri lain kekal sama. Antara ciri standard GR Supra ialah suspensi variabel adaptif dan diferensial gelincir terhad (LSD) kawalan elektronik.

6. Ciri keselamatan lain terdiri daripada sistem aktif yang bekerjasama untuk membantu pemandu apabila diperlukan. Ada juga ciri seperti Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), sensor parkir pintar dengan fungsi brek kecemasan serta pemantau titik buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

BACA >>> #PanduUji: Puas Hati Balun Toyota GR Supra, Kereta Power yang Jimat Minyak!?

7. Ruang kabin menggabungkan kemewahan dan fungsi, serta pemanduan yang fokus pemandu. Sebagai contoh, paparan dongak (HUD) membolehkan pemandu menumpukan pandangan pada jalan dan pada masa
sama menegtahui maklukat penting pemanduan. Sistem hiburan menggunakan sistem audio JBL dengan 12 pembesar suara untuk kualiti bunyi terbaik.

8. GR Supra (2020) tidak lagi ditawarkan dengan warna badan Deep Blue Metallic, tetapi pelanggan masih boleh memilih tujuh warna lain seperti Prominence Red (merah), Lightning Yellow (kuning), White Metallic (putih), Silver Metallic (perak), Ice Grey Metallic (kelabu), Black Metallic (hitam), Matte Storm Grey Metallic (kelabuk usam)

9. GR Supra (2020) dijual pada harga RM589,987, dengan pengecualian cukai jualan, tidak termasuk insurans.

BACA >>> Toyota Hasilkan Semula Alat Ganti Supra Lama
BACA >>> 15 Kereta Sport Terbaik Pernah Dihasilkan Jepun

GALERI
Auto Terkini autoterkini Presiden UMW Toyota Motor Roda4 Toyota Toyota GR Supra Toyota GR Supra (2020) UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.