Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Eco Youth 2025: Presiden UMWT Turun Padang Sokong Projek SMK Pendamaran Jaya!
Auto Terkini

Toyota Eco Youth 2025: Presiden UMWT Turun Padang Sokong Projek SMK Pendamaran Jaya!

SyafieBy Syafie02/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

UMW Toyota Motor (UMWT) terus memperkukuh komitmen terhadap kelestarian alam sekitar apabila Presidennya, Datuk Ravindran K., turun padang melawat SMK Pendamaran Jaya, salah satu daripada 30 sekolah yang mengambil bahagian dalam Toyota Eco Youth (TEY) 2025.

Lawatan ini memberi peluang beliau menyaksikan sendiri usaha pelajar sekolah tersebut yang melaksanakan projek komuniti bagi menangani isu perparitan di sekitar Jalan Young, Klang, yang sering dilanda banjir kilat dan takungan air akibat sistem saliran tersumbat.

Pelajar Aplikasikan Kaedah Toyota 8-Step Problem-Solving

Melalui Toyota 8-Step Problem-Solving Methodology, para pelajar menganalisis punca utama masalah, mencadangkan penyelesaian jangka panjang, menggerakkan aktiviti gotong-royong membersihkan longkang, serta mengadakan kempen kesedaran bersama penduduk setempat mengenai kepentingan pengurusan sampah dan penjagaan alam sekitar.

Ketika lawatan itu, pelajar turut membentangkan hasil kajian mereka kepada Datuk Ravindran sebelum membawa beliau dan pasukan pengurusan UMWT meninjau tapak projek.

“Pemimpin Muda Bawa Perubahan Nyata” – Datuk Ravindran

Datuk Ravindran menyatakan rasa kagum dengan usaha pelajar yang berani dan berinovasi dalam mencari penyelesaian kepada masalah komuniti.

“Penyelesaian yang dipamerkan hari ini menunjukkan keberanian, kreativiti dan empati generasi muda. Apa yang saya lihat menjadi peringatan jelas bahawa perubahan sebenar boleh bermula daripada kepimpinan pelajar. Inilah semangat ‘Mobility for All’ – membawa impak yang berpanjangan bukan sahaja kepada individu, malah kepada seluruh komuniti.”

Toyota Eco Youth 2025 – 24 Tahun Membina Generasi Hijau

Toyota Eco Youth kini memasuki tahun ke-24 sejak diperkenalkan, menjadikannya program alam sekitar belia paling lama di Malaysia.

Program ini bukan sekadar platform nasional, tetapi juga memberi kesan nyata kepada komuniti setempat, seiring dengan visi Toyota untuk memastikan kelestarian dan tanggungjawab sosial melalui slogan “Mobility for All”.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek TEY SMK Pendamaran Jaya dan sekolah lain yang menyertai, ikuti perkembangan di Instagram rasmi TEY atau layari www.toyota.com.my/toyotaecoyouth.

 

Auto Terkini Toyota Eco Youth (TEY) 2025 UMW Toyota Motor (UMWT)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Elektrifikasi

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    25/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.