Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Corolla GR yang Berkuasa, dan Seronok Dipandu Bakal Muncul?
Roda4

Toyota Corolla GR yang Berkuasa, dan Seronok Dipandu Bakal Muncul?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Corolla versi hatchback bakal dibangunkan dengan menumpukan aspek pengalaman pemanduan menyeronokkan. Jadi, bukanlah mengejutkan jika Toyota merancang menghasilkan model kompak itu dalam versi prestasi GAZOO Racing.

GAZOO Racing atau GR ialah divisyen prestasi baharu Toyota. Kaitan rapat dengan divisyen sukan permotoran membolehkan GR mengadaptasi segala apa yang dipelajari Toyota di litar lumba untuk digunakan dalam pembuatan kereta jalanan.

BACA >>> #GIMS2017: Toyota Yaris GRMN (2018), Hot-Hatch Bukan Turbo, Tapi Supercharged 205hp!

Hasilnya ialah produk seperti Yaris GRMN untuk pasaran Eropah dan kini sedang sibuk membangunkan Supra baharu, manakala Corolla GR bakal menjadi projek seterusnya.

BAKAL LARIS DI AUSTRALIA?

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Toyota Australia, Sean Hanley berkata, Corolla GR dijangka berjaya di pasaran Australia dan jika benar projek itu jadi kenyataan, dia sendiri akan melobi supaya model tersebut dijual di sana. Namun disebabkan Australia berada jauh dari Amerika, Toyota mungkin hanya akan menjual model tersebut di Amerika Utara.

“Kita nampak pada masa akan datang, tidak mustahil kami akan menerima Corolla yang bagus atau jenis kereta lain, dan jika peluang itu muncul menerusi pembangunan GAZOO Racing di sini, kami akan tangan untuk itu.

BACA >>> #GMS2018: 5 Fakta Pantas | Toyota GR Supra Concept

“Saya suka menyaksikannya secepat mungkin. Tetapi dalam tempoh 3 tahun akan datang, saya tidak akan mengetepikan kemungkinan dan kebarangkalian tentang sesuatu yang akan datang di bawah jenama GAZOO Racing,” kata Hanley.

Kemunculan Corolla GR masih jauh, dan itupun jika Toyota memberikan lampu hijau. Namun, ramalan kemunculan produk itu tidaklah mustahil jika mengambil kira kecenderungan pengeluar automotif dari Jepun itu menggandakan aspek  prestasi seperti pembangunan Supra baharu, melantik bekas pelumba Formula Satu (F1), Fernando Alonso untuk memandu kereta lumba dalam kejuaraan Kejuaraan Enduran Dunia (WEC) FIA, dan mengumumkan program perlumbaan LM GTE untuk Supra.

Jadi, memang ada potensi Toyota mahu menjadikan Corolla baharu yang lebih seronok, nampak sporty, memiliki casis kuat dan dalam transmisi manual.

“Kami teruja tentang GR, dan kemungkinan produk yang ditawarkan untuk masa depan,” kata Hanley.

* Foto model ditunjukkan ialah Toyota Corolla iM

GALERI

SUMBER: AutoGuide

GAZOO Racing (GR) GR hatchback kompak hatchback Roda4 Sean Hanley Segmen C Toyota Toyota Corolla Toyota Corolla GR Toyota Gazoo Racing
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.