Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Century Hibrid (2018) – Limosin Mewah Sarat Tradisi Jepun
Roda4

Toyota Century Hibrid (2018) – Limosin Mewah Sarat Tradisi Jepun

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN model konsep, GR HV Sports Concept, Toyota Motor Corporation (Toyota) juga bakal mendedahkan Century baharu sempena Pameran Motor Tokyo 2017, hujung bulan ini. Mengikut perancangan Toyota, kereta mewah tersebut akan berada di pasaran bermula pertengahan tahun hadapan.

Century kini sudah memasuki generasi ke-3 sebagai model flagship Toyota yang dibina dengan kemahiran tinggi berasaskan seni pembuatan kereta, dipanggil monozukuri. Model mewah tersebut kini diperbaharui teknologi mesra alam dengan rekabentuk yang mementingkan keselesaan penumpang.

BACA >>> 10 Trivia Menarik Mengenai Limosin Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Bahagian luaran dan dalaman pula diadunkan dengan ciri kontemporari, termasuk mengekalkan warisan yang sedia ada pada model itu. Toyota mendakwa model berkenaan dilengkapi ciri canggih dan keselesaan yang setanding limosin mewah di pasaran.

UTAMAKAN KESELESAAN

Century dikuasakan enjin 5.0L V8 hibrid yang menawarkan kecekapan bahan api cemerlang. Jarak roda dipanjangkan, manakala perbezaan tinggi antara ambang pintu dan lantai dikurangkan. Ketinggian bukaan pintu pula dinaikkan untuk memberikan lebih keselesaan kepada penumpang belakang.

Bahagian luaran diserikan dengan elemen rekaan tradisional Jepun, seperti gril dan kemasan hitam pada lampu belakang kombi. Bahagian dalaman mengetengahkan siling bumbung yang kini lebih tinggi, manakala kerusi pula menggunakan material fabrik eksklusif.

Kerusi direka supaya benar-benar selesa dengan fungsi boleh laras dan juga urutan, serta perehat kaki yang mampu memberi kualiti keselesaan sebuah kereta kelas pertama. Walaupun Toyota sudah mempunyai Vellfire dan Alphard dengan ruang kabin bak lounge mewah, ternyata model seperti Century menawarkan prestij tersendiri.

BACA >>> Bukan Limosin, Presiden Perancis Baharu Naik Crossover Sebagai Kereta Rasmi

SPESIFIKASI TOYOTA CENTURY (2018)

Panjang × Lebar × Tinggi 5,335mm × 1,930mm × 1,505mm
Jarak Roda 3,090mm
Enjin 2UR-FSE
Sesaran 4,968cc
Bateri Nickel hydride

GALERI

Kereta kereta mewah limosin monozukuri Pameran Motor Tokyo 2017 Roda4 segmen-F Tokyo Motor Show 2017 Toyota Toyota Century
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Audi Q9 2027 Didedahkan – SUV Flagship Tiga Baris Tempat Duduk

    29/07/2026
    TGR Vios Gold Championship 2026
    Sukan Permotoran

    Menjelang Penentuan Akhir, Toyota Vios Gold Championship 2026 Makin Sengit

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Forza 720 2027 EU
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    By Abang Hirata29/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.