Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Camry (2020) Versi Amerika Kini dengan Opsyen AWD
Roda4

Toyota Camry (2020) Versi Amerika Kini dengan Opsyen AWD

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS versi 1988-1989, Toyota Camry (2020) kini kembali dengan sistem pacuan semua roda (AWD) yang dipadukan bersama trenkuasa 4-silinder 2.5L berkuasa 202hp.

Dalam usaha menyaingi pesaing seperti Subaru Legacy dan model crossover popular lain di pasaran Amerika Syarikat (AS),  Toyota rasmi melancarkan Camry (2020) dan Avalon (2021) versi AWD. Ini juga kali pertama Avalon dilengkapkan trenkuasa AWD, dan pertama untuk Camry sejak 1991.

Dibina berasaskan fleksibiliti platform Arkitektur Global Baharu Toyota  (TNGA), trenkuasa AWD dipinjamkan daripada model kenderaan utiliti sukan (SUV) RAV4 menerusi teknologi Kawalan Dinamik Tork (DTC) AWD yang dibangunkan khas untuk spesifikasi AS.

BACA >>> Toyota Avalon (2020) – Sedan Perdana yang Lebih Besar daripada Camry

Camry AWD ditawarkan dalam varian LE, XLE, SE dan XSE, manakala Avalon AWD dalam varian XLE dan edisi terhad. Kebanyakan konfigurasi Camry adalah 4-silinder 2.5L berkuasa 203hp dan tork 249Nm, manakala hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi automatik 8-kelajuan.

Ini bukan kali pertama Camry dilengkapkan sistem AWD kerana pernah ditawarkan Camry All-Trac (1988-1989). Namun, berbeza versi 31 tahun lalu, versi 2020 ini memiliki teknologi, keselesaan dan ciri keselamatan dipertingkat. Sistem AWD baharu ini pula membolehkan 50 peratus hantaran tork disalurkan ke roda belakang apabila roda depan menggelincir. Bagaimanapun, versi V6 tiada ciri AWD.

Dipasangkan di Georgetown, Kentucky, Camry (2020) bakal berada di pengedar Toyota seluruh AS menjelang musim bunga tahun depan, manakala Avalon (2021) di pasaran menjelang musim luruh berikutnya.

BACA >>> Toyota Camry (2019) Raih Rating 5 Bintang dengan Skor Tinggi dalam Asean NCAP

GALERI
Toyota Toyota Camry Toyota Camry AWD (2020)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.