Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Camry 2016 Terima 2 Ahli Keluarga Baharu – 7 Beg Udara & ESC Standard Semua Varian
Auto Terkini

Toyota Camry 2016 Terima 2 Ahli Keluarga Baharu – 7 Beg Udara & ESC Standard Semua Varian

Abang GYLBy Abang GYL05/12/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Camry 2016UMW Toyota Motor (UMWT) terus mengorak langkah agresif menerusi penambahan dua varian baharu Toyota Camry 2016 selain menambah baik model sedia ada.

Dua varian baharu itu adalah Toyota Camry 2.5 Hybrid Premium dan Camry 2.0 GX. Penambahan dua varian baharu itu melengkapkan lagi barisan ahli keluarga Camry yang terdiri daripada Camry 2.0E dan Camry 2.5 Hybrid Luxury.

Toyota Camry 2016HARGA

  • Toyota Camry 2.5 Hybrid Luxury – RM174,900
  • Toyota Camry 2.5 Hybrid Premium – RM164,900 (varian baharu)
  • Toyota Camry 2.0G X – RM159,900 (varian baharu)
  • Toyota Camry 2.0E – RM152,900

Toyota Camry 2016JAMINAN

Kesemua varian Camry didatangkan dengan jamina  selama lima tahun tanpa had perbatuan. Manakala pek bateri bagi varian Camry Hybrid pula menerima jaminan sehingga lapan tahun.

BACA >>> PREVIU: Toyota Camry Facelift (2015)

Toyota Camry 2016
Toyota Camry 2016

ENJIN KEKAL

Kehadiran kedua-dua varian baharu ini masih lagi dipadankan dengan enjin yang sama. Bagi Toyota Camry 2.0G X dan 2.0E, ia kekal menggunakan enjin petrol 6AR-FSE bersesaran 2.0L. Dengan bantuan kotak gear Super ECT 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 165hp pada 6,500rpm dan tork 199Nm (4,600rpm).

Manakala Toyota Camry 2.5 Hybrid Luxury dan Premium menggunakan enjin 2SR-FXE dengan gabungan motor elektrik Hybrid Synergy Drive System.

Enjin 4-siliner DOHC dengan VVT-i itu mampu menghamburkan kuasa sebanyak 158hp dan tork puncak 213Nm manakala penggunaan motor elektrik pula menghasilkan kuasa 141hp. Secara keseluruhan, Toyota Camry 2.5 Hybrid ini memiliki kuasa maksimum sebanyak 203hp.

Toyota Camry 2016APA YANG BAHARU

  • 7 beg udara – Standard semua varian
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Kawalan Traksi (TRC)
  • Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC)
  • Signal Stop Emergency (ESS)
  • Blind Spot Monitor (BSM) – Hanya Camry 2.5 Hybrid Luxury
  • Rear Corss Traffic Alert (RCTA)
  • Sistem audio JBL GreenEdge dengan 12 pembesar suara – Hanya Camry 2.5 Hybrid Luxury
  • Pengecas Wireless Qi
  • Perakam Video Memandu (DVR)
    Toyota Camry 2016
    Toyota Camry 2016

Maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my.

Toyota Camry 2.0E Toyota Camry 2.0G X Toyota Camry 2.5 Hybrid Luxury Toyota Camry 2.5 Hybrid Premium Toyota Camry 2016 Toyota Camry facelift UMW Toyota UMWT
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.