• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Toyota Camry Facelift (2015)

PREVIU: Toyota Camry Facelift (2015)

April 4, 2015 By Admin 1 Comment

FacebookTwitter

P1280346UMW Toyota Motor secara rasminya melancarkan Toyota Camry versi dipertingkat (facelift) dan Camry Hybrid yang juga model hibrid pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD) pertama di Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) di Shah Alam.

Toyota Camry 2015 ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu 2.0E, 2.0G dan 2.5 Hybrid. Berbanding dengan model sebelumnya yang dijual pada harga di antara RM150,000 hingga RM181,000, UMW Toyota berjaya menurunkan harga Camry generasi ketujuh itu termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta insurans.

HARGA

  • Toyota Camry 2.0 E: RM149,900
  • Toyota Camry 2.0 G: RM159,900
  • Toyota Camry 2.5 Hybrid: RM174,900

Untuk makluman, varian 2.5L enjin konvensional tidak lagi ditawarkan dan digantikan dengan 2.5L Hybrid. Menurut UMW Toyota, pihaknya tidak bercadang menawarkan varian terdahulu memandangkan model Hybrid adalah jauh lebih baik termasuk prestasi dan penjimatan bahan api.

PESAING

  • Honda Accord: RM135,000 - RM170,000 (2.0L -2.4L)
  • Mazda6: RM155,000 - RM185,000 (2.0L - 2.5L)
  • Hyundai Sonata: RM139,000 - RM154,000 (2.0L sahaja)
  • Kia Optima: RM146,000 (2.0L sahaja)

Menyentuh aspek jualan bagi tahun ini, UMW Toyota Motor menyasarkan penjualan sebanyak 9,000 unit Camry di mana 7,000 unit terdiri daripada varian hibrid manakala selebihnya  enjin konvensional.

P1280374PRESTASI

Bagi varian 2.0L G dan E, kedua-duanya dilengkapi dengan kotak gear transmisi automatik 6-kelajuan. Dengan penggunaan enjin 6AR-FSE 4-silinder DOHC bersama VVT-iw (Variable Valve Timing – Intelligent Wide), ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 165hp pada 6,500rpm dan tork puncak 199Nm (4,600rpm).

P1280331Varian 2.5L Hybrid pula dijana unit enjin 2SR-FXE dengan gabungan motor elektrik Hybrid Synergy Drive System. Enjin 4-siliner DOHC dengan VVT-i itu mampu menghamburkan kuasa sebanyak 158hp dan tork puncak 213Nm manakala penggunaan motor elektrik pula menghasilkan kuasa 141hp. Secara keseluruhan, Toyota Camry 2.5 Hybrid ini memiliki kuasa maksimum sebanyak 203hp.

Dari aspek penggunaan bahan api, varian 2.0L mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 7.3L per 100km dan 2.5L Hybrid pula adalah 5.2L per 100km. Penjimatan ini dicapai apabila Camry Hybrid dipadankan dengan transmisi Electronically Controlled Continuosly Variable Transmission (e-CVT).

P1280352LUARAN

Melihat keseluruhan sosok badan Camry facelift ini, ia tampak lebih sporty dan menarik jika dibandingkan dengan model terdahulu.

Penggunaan lampu siang LED (Daytime Running Lights) dan kehadiran gril baharu nyata berjaya membuatkan ia ke arah yang lebih baik dan tidak lagi dikategorikan sebagai kereta 'orang tua'. Penambahan sistem dua ekzos juga membawa Camry ke tahap lebih baik jika dibandingkan dengan pesaingnya.

P1280389    P1280394

P1280312    P1280336

Lebih tampak garang, varian 2.0L dilengkapi dengan rim aloi baharu bersaiz 16 inci manakala 2.5L Hybrid menggunakan saiz 17 inci.

DALAMAN

Ruangan dalaman juga tidak kurang hebatnya apabila dilengkapi dengan tempat duduk dibaluti kulit bersama pelarasan tempat duduk hadapan secara elektronik bagi varian hibrid dan kerusi fabrik untuk varian 2.0L.

20150331_0768

20150331_0714    P1280299

Ketiga-tiga varian didatangkan dengan ciri standard iaitu sistem kemasukan pintar dengan butang penghidup, panel kluster, paparan informasi dan meter kombinasi Optitron.

Aspek hiburan, Camry menawarkan skrin sesentuh bersaiz 7-inci dengan 10 pembesar suara JBL, sistem navigasi, pemain DVD dan sokongan MP3, USB, iPod serta sambungan Bluetooth.

20150331_0295KESELAMATAN

Aspek keselamatan, Camry Hybrid didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan baharu yang mengagumkan seperti 7 beg udara, Pemantau Titik Buta (Blind Spot Monitor), sistem pengawasan trafik belakang dan Nano-e TM iaitu sistem pembersihan udara daripada ions negatif.

Lebih menarik, ia juga menawarkan pengecas tanpa wayar yang pertama dalam kelasnya kepada pengguna untuk hanya meletak dan mengecas telefon pintas mereka.

20150331_0302JAMINAN BATERI 8 TAHUN

Sama seperti model Prius dan Prius C, UMW Toyota Motor menawarkan jaminan selama lapan tahun bagi bateri Camry Hybrid.

Hadir dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km perbatuan (mana tiba dahulu), pengguna juga ditawarkan dengan lima pilihan warna menarik iaitu Grey Metallic, Medium Silver Metallic, Attitude Black, Silver Metallic dan White Pearl.

GALERI

Toyota Camry Facelift
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Datuk Ismet Suki, Pandu uji Toyota Camry, Toyota, Toyota Camry, Toyota Camry 2015, Toyota Camry facelift, Toyota Camry Hybrid, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my