Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Bangunkan Platform GA-B untuk Kereta Segmen B
Auto Terkini

Toyota Bangunkan Platform GA-B untuk Kereta Segmen B

Abang HirataBy Abang Hirata06/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU daripada nadi sesebuah pengeluar ialah pelantar, atau popular dipanggil platform. Komponen ini adalah asas kepada kereta dan boleh menjadi harta intelek berharga apabila dilesenkan kepada pengeluar lain.

Platform kereta sekarang dibuat robust atau modular yang mana ia boleh digunakan berulang kali untuk pelbagai jenis model seperti kereta penumpang, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV). Ini juga memberikan penjimatan kos yang besar.

Antara pengeluar yang mahir dalam pembangunan dan penggunaan platform ialah Toyota. Platform generasi baharu yang dibangunkan pengeluar dari Jepun itu ialah Arkitektur Global Baharu Toyota (Toyota New Global Architecture, TNGA).

BACA >>> 6 Sebab Kenapa Toyota C-HR Sangat Berbaloi Dimiliki

TNGA – UBAH PENAMPILAN MODEL BAHARU TOYOTA

Platform TNGA adalah penyumbang kepada perubahan model baharu Toyota kerana dibina untuk pengendalian, keselesaan dan rekabentuk pada tahap berbeza berbanding generasi terdahulu. Siri platform TNGA pertama ialah GA-C untuk kereta saiz sederhana yang dapat dilihat pada Prius, C-HR dan Corolla baharu.

Platform seterusnya pula ialah GA-K yang digunakan pada Camry dan RAV4 terbaharu. Sekarang, Toyota memberikan tumpuan pula kepada platform baharu, GA-B, khas untuk kereta kecil atau segmen-B.

Sama seperti GA-C dan GA-K, platform GA-B dibina untuk pemanduan meyakinkan dengan mengadaptasikan beberapa teknik kejurutteraan seperti teknologi sambungan (joining) untuk mendapat tahap ketegaran tinggi pada bahagian bawah badan.

PLATFORM GA-B – POSISI DUDUK RENDAH, SPORTY

Ciri kedua, suspensi MacPherson depan menggunakan damper dengan geseran rendah dan pelbagai jenis spring. Suspensi belakang pula boleh menggunakan torsion beam atau multi-link, bergantung kepada karakter dan jenis kenderaan.

Satu lagi ciri menarik, posisi kerusi pemandu diletakkan rendah dan ke belakang menghampiri bahagian tengah kereta. Ini membolehkan pusat graviti kereta dikurangkan, manakala posisi pemanduan dengan stereng didekatkan pada sudut optimum.

Antara cabaran kenderaan segmen B adalah cara menjadikan ruang dalaman lebih luas. Jadi, jarak roda (wheelbase) dipanjangkan dan begitu juga susunan pintar (smart packaging). Hasil gabungan itu membuatkan profil kereta tampil rendah, lebar dan sporty.

Akhir sekali, model Toyota manakah yang bakal menggunakan platform GA-B? Sebagai rekod, model segmen B Toyota ialah Vios, Yaris atau mungkin juga SUV atau MPV baharu?

BACA >>> SUV Toyota, Daihatsu Baharu Debut November Ini, Bakal Perodua Kembara?

Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) Auto Terkini GA-B Platform Platform GA-B teknologi TNGA Toyota Toyota New Global Architecture (TNGA)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.