Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Avanza Ala Vellfire Masuk Malaysia Tahun Ini, Harga Bermula RM87k
Auto Terkini

Toyota Avanza Ala Vellfire Masuk Malaysia Tahun Ini, Harga Bermula RM87k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Malaysia menyiarkan foto acah Toyota Avanza baharu di laman web rasmi dan Facebook wakil pengedar itu dengan kapsyen ringkas ‘The New Avanza, Coming Soon’ (Avanza Baharu, Akan Datang).

Imej ditunjukkan cuma separuh rupa depan model itu yang khabarnya akan dilancarkan suku ketiga tahun ini.

Avanza versi kemas kini itu menampilkan rekabentuk depan ala model premium, Vellfire dengan lampu depan Bi-LED dan lampu henti ketiga LED.  Di atas bumbung kelihatan antena bentuk sirip yu, manakala bahagian belakang ditambah reflektor dan bampar rendah.

BACA >>> Kembar Toyota Avanza, Daihatsu Xenia (2019) Kini Ada Varian Enjin 1.5L

Penambahbaikan kabin dapat dilihat pada rekabentuk konsol tengah bawah penyaman udara yang digantikan panel warna hitam piano dengan tekstur baharu lebih menarik. Pasaran Malaysia ditawarkan dalam tiga varian: 1.5S+ (RM87,888), 1.5S (RM83,888) dan 1.5E (RM80,888).

Pasaran Malaysia didatangkan dengan enjin 4-silinder 1.5L DOHC dengan teknologi Dual VVT-i berkuasa 102hp @ 6,000rpm dan tork 136Nm @ 4,200rpm. Hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi automatik 4-kelajuan .

BACA >>> Toyota Avanza 1.5X Versi Sporty dan Ranggi, Harga RM82,700

Kenderaan pelbagai guna (MPV) ini turut didatangkan dengan ciri keselamatan dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD), Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

GALERI
AVANZA VERSI INDONESIA
Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Kompak Toyota Toyota Avanza Toyota Avanza Facelift UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.