Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Avanza (2019) Ala Vellfire Kini di Malaysia, Harga Bermula RM80,888
Auto Terkini

Toyota Avanza (2019) Ala Vellfire Kini di Malaysia, Harga Bermula RM80,888

Abang GYLBy Abang GYL17/05/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASA dinanti-nanti kini tiba. Model kenderaan pelbagai guna (MPV) 7 kerusi, Toyota Avanza (2019) kini secara rasmi di Malaysia.

Ditawarkan dalam tiga varian iaitu; E, S dan S+, ia dijual pada harga bermula RM80,888. Lebih menarik, Toyota Avanza (2019) atau versi kemas kini itu menampilkan rekabentuk depan ala model premium, Vellfire dengan lampu depan Bi-LED selain gril ditarik hingga ke hujung.

HARGA

  • Toyota Avanza (2019) 1.5E – RM80,888
  • Toyota Avanza (2019) 1.5S – RM83,888
  • Toyota Avanza (2019) 1.5S+ – RM87,888

Toyota Avanza 2019LUAR SEAKAN MINI VELLFIRE

Turut dikenali sebagai Mini Vellfire, Toyota Avanza (2019) menampilkan pembaharuan dari segi kosmetik sama ada luaran mahupun dalaman. Berikut ialah penambahbaikan luaran dilakukan pada Toyota Avanza (2019).

  • Lampu depan LED
  • Lampu henti ketiga LED
  • Lampu belakang rekaan baharu
  • Gril depan baharu
  • Rim 15-inci bersama tayar Dunlop 185/65
  • Antena bentuk sirip yu
  • Reflektor dan bampar rendah

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan SUV dan Crossover?

DALAM KABIN KEMAS

Selain itu, beberapa penambahbaikan kabin turut dilakukan. Bagaimanapun, Toyota Avanza (2019) tidak menerima sistem kemasukan tanpa kunci. Berikut ialah antara ciri menarik pada ruang kabin;

  • Rekabentuk konsol tengah bawah penyaman udara digantikan panel warna hitam piano dengan tekstur baharu
  • Perakam Video hadapan dan belakang
  • Sistem infotaiment skrin sesentuh bersaiz 6.75 inci dengan sambungan Apple CarPlay, Android Auto
  • Kamera undur
  • Kerusi fabrik
  • Panel meter rekaan baharu

BACA >>> #PanduUji: Toyota Yaris (2019) Lagi Sedap dan Syok daripada Vios!

Toyota Avanza 2019 Malaysia

ENJIN SAMA SEPERTI MYVI & RUSH

Luar dan dalam terima banyak pembaharuan, tetapi aspek mekanikal Toyota Avanza (2019) kekal sama. Ia didatangkan dengan enjin 4-silinder 1.5L DOHC dengan teknologi Dual VVT-i berkuasa 102hp pada 6,000rpm dan tork 136Nm (4,200rpm). Ya, ia berkongsi enjin sama seperti Perodua Myvi dan Toyota Rush.

Hantaran kuasa ke roda pula disalurkan menerusi transmisi automatik 4-kelajuan dan tiada lagi versi manual ditawarkan pada Toyota Avanza (2019).

Aspek keselamatan pula, Toyota Avanza (2019) hanya hadir dengan dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

Bagi anda yang sedang tercari-cari MPV 7 kerusi pada harga bawah RM100,000, Toyota Avanza (2019) mungkin boleh dijadikan pilihan.

GALERI

Toyota Avanza 2019
Toyota Avanza 2019
Toyota Avanza 2019 Malaysia
enjin Toyota Avanza 2019 Harga Toyota Avanza (2019) Toyota Avanza (2019) Toyota Avanza (2019) Malaysia Toyota Avanza baru
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    LRT3 Laluan Shah Alam
    Auto Terkini

    LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Hari Ini, Tambang Sebulan Percuma hingga 31 Julai

    29/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026

    3 Comments

    1. Sarinawati on 23/12/2019 02:18

      I’m interested

      Reply
    2. Muhd Aliff Najdmi on 09/02/2020 10:03

      Hello, Mr can I know how much deposit for the half big Avanza new for malaysia 2019 … Thank You

      Reply
    3. hazrul on 28/02/2020 13:40

      can i tread in my w140 merz to new avanza

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.