Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tolak Hadiah Trak Pikap, Abang Viva Bimbang Tak Mampu Jaga ‘Maintenance’
Auto Terkini

Tolak Hadiah Trak Pikap, Abang Viva Bimbang Tak Mampu Jaga ‘Maintenance’

FarahBy Farah27/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAMA ‘Abang Viva’ tidak perlu diperkenalkan lagi kerana hampir setiap hari. Ada saja kisah mengenai anak muda itu trending di media sosial yang dianggap wira tidak didendang (unsung hero) kerana mengambil inisiatif sendiri membantu mangsa banjir.

Malah sebuah masjid di Kuala Lumpur berbesar hati mendoakan beliau dalam khutbah solat Jumaat minggu lalu.

Cerita mengenai Azwan mula tular apabila kelibatnya memandu Viva dengan menambat bot memancing atas bumbung kereta itu disiarkan media sosial.

Pemuda berusia 29 tahun itu dilaporkan memandu dari Melaka ke Shah Alam dengan berbekalkan wang belanja RM50 sahaja dalam usaha menjayakan misi menyelamatkan mangsa banjir.

BACA >>> ‘Abang Viva’ Tular! Tambat Bot Atas Bumbung Kereta dari Melaka Nak Selamat Mangsa Banjir

TOLAK HADIAH TRAK PIKAP

Beberapa hari lalu, seorang usahawan kosmetik terkenal, Wan Siti Aishah Wan Hasan menyatakan hajat mahu menghadiahkan dia sebuah trak pikap 4×4 sebagai menghargai jasanya membantu mangsa banjir.

Namun, hadiah besar itu ditolak baik Azwan kerana takut ada unsur pemasaran (marketing) dan pada masa sama merasakan tidak mampu menjaga kos penyenggaraan yang dianggap mahal. Bagaimanapun, Wan Siti Aishah memberi peluang supaya dia berfikir terlebih dahulu sebelum memaklumkan kepadanya.

BACA >>> Usahawan Nak Hadiahkan Kereta kepada ‘Abang Viva’

BUKAN KERETA SENDIRI

Temu bual portal Gempak hari ini pula mendedahkan Viva yang dipandu Azwan itu sebenarnya milik kakaknya dan dia hanya memiliki motosikal.

Sebenarnya kereta Viva ini bukan milik saya. Ia asalnya kakak saya punya yang kemudian dia beri ayah saya pakai. Saya cuma ada motor sahaja. Cuma waktu nak datang tolong mangsa banjir, saya cakap pada ayah nak pinjam kereta untuk misi ini.Viva ini kiranya kereta keluarga dan saya memang selalu pakai,” katanya.

Malah, enjin bot yang digunakan untuk menyelamat mangsa banjir juga dipinjamkan daripada rakannya.

Makin kita tahu kisah Abang Viva, baru rasa kerdil diri ini. Walaupun serba kekurangan, itu bukan alasan untuk tidak membantu orang lain. Kita boleh lihat betapa ikhlas hati beliau mahu membantu orang lain. Semoga ada rezeki Abang Viva memiliki kereta suatu masa nanti.

SUMBER: Gempak

Abang viva abang viva banjir abang viva pinjam kereta kakak azwan omar banjir Viva
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.