
BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada Khamis.
Insiden tersebut mula tular di media sosial selepas seorang pengguna berkongsi keadaan kenderaan yang dipercayai dinaiki penyanyi terkenal itu dalam keadaan rosak teruk di tepi lebuh raya.
Dalam Perjalanan Pulang Dari Sepang

Difahamkan, Siti Nurhaliza ketika itu dalam perjalanan pulang selepas selesai menghadiri majlis di Sepang.
Menurut pengurusnya, Rozi Sangdewi, kemalangan berlaku di KM14.2 Lebuhraya MEX dan melibatkan empat kenderaan.
Dua kereta kami baru selesai mengadakan persembahan di RedQ AirAsia Sepang. Ketika melalui MEX, berlaku kemalangan melibatkan empat kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Siti,” jelasnya.
Netizen Doakan Keselamatan
Susulan kejadian itu, ruangan media sosial dibanjiri doa daripada peminat dan orang ramai yang berharap agar penyanyi lagu Kesuma itu berada dalam keadaan selamat.
Siti turut sempat berkongsi di Instagram Stories dengan meluahkan rasa syukur, namun tidak memperincikan kejadian tersebut.
Cedera Ringan, Terima Rawatan
Menurut laporan, Siti Nurhaliza sudah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Pemeriksaan mendapati beliau hanya mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil.
SUMBER: SinarHarian







