Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tinjauan: 10 Kereta Paling Reliabel di Amerika untuk 2019
Auto Terkini

Tinjauan: 10 Kereta Paling Reliabel di Amerika untuk 2019

Han OthmanBy Han Othman26/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERTUBUHAN survei pengguna bebas, Consumer Reports (CR) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan 10 kereta paling reliabel sepanjang 2019 yang dibuat berdasarkan data tinjauan tahunan daripada 470,000 pemilik kenderaan di 17 kawasan berbeza seluruh AS yang berdaftar dengan CR.

Tinjauan CR dibuat sekali setahun dalam bentuk soal-jawab yang meminta pengguna berdaftar menyatakan sebarang permasalah kereta masing-masing yang berlaku sepanjang 12 bulan lalu. Pengguna juga diminta mengenal pasti jenis masalah dari segi kos, kegagalan mekanikal, keselamatan dan kekerapan kerosakan.

BACA >>> Tinjauan: Inilah 10 Jenama Kenderaan Paling Reliabel di Amerika Sepanjang 2017

Ini termasuk jenis masalah yang dilindungi waranti, tetapi tidak termasuk kerosakan akibat kemalangan atau notis panggil balik. Semua permasalah yang ditanya disusun dalam bentuk 17 senarai komponen dan fungsi membabitkan enjin dan transmisi hingga sistem penyaman udara, brek, sistem elektrik dan aksesori kuasa. Tidak dilupakan pengalaman peribadi yang mungkin membantu pihak CR memahami permasalahan sebenar dengan lebih tepat.

Keputusannya ialah seperti berikut:

10. MAZDA CX-5

Walaupun ruang agak sempit, tetapi kenderaan utiliti sukan (SUV) ini memberikan pengalaman pemanduan yang lancar dengan kemampuan pengendalian responsif.  CX-5 turut dilengkapi ciri keselamatan terbaik yang membantu model ini menjadi antara jenama paling reliabel dalam segmen SUV saiz pertengahan.

9. LEXUS NX

Mungkin ruang ditawarkan tidak seselesa saudara SUV lain berjenama sama, tetapi NX menawarkan kelancaran transmisi terbaik, terutama versi enjin hibrid, NX300h. Model ini boleh dikatakan layak mendapat status SUV dengan bahan api paling efisien di pasaran.

8. HONDA FIT

Di pasaran tertentu seperti Eropah, termasuk Malaysia, model ini dikenali sebagai Jazz. Model ini sentiasa mendahului pesaing lain dari segi fungsi yang menepati rekabentuk. Paling disukai ialah ‘Magic Seat’ yang sangat fleksibel untuk kegunaan harian, termasuk penjimatan bahan api terbaik

7. KIA SEDONA

Model ini ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan ruang dalaman paling luasa dalam segmen yang mampu menampung kapasiti maksimum 11 penumpang. Tempat duduk belakang boleh dilipat atau ditanggalkan untuk menambah ruang simpanan. Sedona dikuasakan enjin 3.3L V6 dengan transmisi automatik 8-kelajuan berkuasa 276hp.

6. MAZDA6

Wakil kedua Mazda ini memberikan pengalaman pemanduan lancar, rekabentuk dinamik dan muda. Dalam versi baharu, rintangan angin ditambah baik dengan menambah penebat bunyi dan kaca pintu lebih tipis.

5. TOYOTA PRIUS

Dianggap sebagai hibrid paling efisien di pasaran masa kini, Prius menawarkan tahap penjimataan 4.7 liter/100km untuk pemanduan bandar/lebuh raya. Pengendalian dan kesenyapan turut ditambah baik berbanding generasi terdahulu.

4. SUBARU CROSSTREK

Juga dipanggil XV di pasaran tertentu. Walaupun sesetengah pembeli di Malaysia mungkin takut-takut mahu memiliki model ini, tetapi faktanya Crosstrek ialah jenama yang reliabel dan banyak menyumbang kepada kejayaan Subaru di banyak negara. Crosstrek ini ialah pilihan sempurna kepada mereka yang mencari SUV yang kompak, jimat minyak dan mudah dikendali dalam bandar.

3. TOYOTA PRIUS PRIME

Ini ialah model Prius versi hibrid plug-in yang mampu bergerak sejauh 37km hanya dengan menggunakan motor elektrik tunggal. Sedan ini hanya mengambil masa 2 jam untuk mengecas penuh bateri litium-ion 240V. Bagaimanapun, kekurangan model ini ialah sistem hiburan intuitif dan kabin sempit yang cuma muat 4 penumpang, termasuk pemandu. Mungkin untuk pengguna negara Barat.

2. LINCOLN CONTINENTAL

Sedan perdana Lincoln ini disukai pembeli Amerika kerana faktor elegan dan moden. Ruang dalaman pula luas dan menggunakan material premium, serta disepadukan dengan banyak teknologi yang memenuhi keperluan pengguna.

1. TOYOTA PRIUS C

Semua jenama Toyota yang memasuki senarai paling reliabel 2019 ialah famili Prius. Sebabnya mudah, penjimatan bahan api dan Prius C menawarkan purata penggunaan minyak 6.3 liter /100km. Jimatkan? Namun, kereta urban ini kurang menarik dari segi rekaan dalaman yang nampak murah dan ruang storan yang sempit.

SUMBER: ConsumerReports

Consumer Reports CR kajian Kereta Paling Reliabel Realibiliti survey tinjauan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

12/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.