Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiga Tema Konsep Mobiliti Toyota Bakal Realisasi Teknologi Elektrifikasi Masa Depan
Auto Terkini

Tiga Tema Konsep Mobiliti Toyota Bakal Realisasi Teknologi Elektrifikasi Masa Depan

Han OthmanBy Han Othman23/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Motor Corporation (Toyota)
baru-baru ini mengadakan sesi taklimat teknikal ‘Toyota Technical Workshop’, di bawah tema ‘Mari Ubah Masa Depan Kereta’ (Let’s Change the Future of Car) dengan mengumumkan pelbagai teknologi baharu yang bakal menyokong transformasi syarikat mobiliti.

Dalam bengkel itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi (CTO), Hiroki Nakajima menjelaskan strategi teknologi dan hala tuju pembuatan kereta masa depan Toyota mengenai kepelbagaian dan teknologi spesifik, termasuk konsep di bawah pembangunan yang akan membantu pengeluar itu mencapai visi berkenaan.

Penjelasan ‘Toyota Mobility Concept’  menggariskan tiga tema yang menjadi kunci dalam merealisasi elektrifikasi, kecerdasan dan kepelbagaian.

Dalam aspek elektrifikasi, Toyota akan menggunakan pelbagai pendekatan, termasuk memperkenalkan trenkuasa optimum untuk setiap rantau. Aspek kecerdasan pula menjadi tambahan kepada kenderaan dan perkhidmatan yang akan mempromosi inisiatif meluaskan hubungan dengan masyarakat seperti Bandar Woven Toyota di kaki Gunung Fuji, Jepun.

Toyota juga akan terus mempelbagaikan perniagaan dengan meluaskan skop daripada kereta kepada masyarakat untuk kebebasan mobiliti dan mempelbagai pilihan tenaga buat semua.

Bagi mempromosi tiga tema itu secara teknologi, Toyota sudah memindahkan sumber kepada lapangan Pembangunan Termaju (Advanced Development), dan secara aktif melabur di kawasan berorientasi masa depan.

Sejak Mac tahun ini, Toyota sudah memindahkan lebih separuh staf divisyen penyelidikan dan pembangunan (R&D), dan kira-kira separuh perbelanjaan R&D ke lapangan Pembangunan Termaju.

Toyota akan mempromosi pembuatan kereta berasaskan tiga teras. Pertama keselematan dan sekuriti tanpa kompromi. Toyota juga akan memperhalusi semula teknologi Toyota Safety Sense (TSS) dan memberikan teknologi yang reliabel dan selamat kepada pelanggan.

Kedua, masa depan akan dibina setiap orang. Toyota akan mencipta masa depan dengan menghubungkan rakan kerja seluruh dunia menerusi insiatif seperti usaha CJPT untuk menyah karbon sektor komersial, perkongsian dengan CP Group di Thailand, dan kolaborasi dalam sukan permotoran.

Ketiga, Toyota akan memperhebat aspek lokalisasi yang menjadi keperluan pelanggan setiap rantau. Toyota akan memacu pembangunan berhampiran pelanggan di pusat R&D pengeluar itu di seluruh dunia

Auto Terkini Hiroki Nakajima Toyota Toyota Mobility Concept Toyota Technical Workshop
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.