Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiga Ketua Pereka Hebat Ini Cetuskan Kebangkitan Volvo ke Persada Dunia
Auto Terkini

Tiga Ketua Pereka Hebat Ini Cetuskan Kebangkitan Volvo ke Persada Dunia

Abang HirataBy Abang Hirata30/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA hebat bukan dihasilkan seorang individu saja. Biasanya ada akan pertandingan di kalangan pereka dalam divisyen rekabentuk bagi memilih rekaan dikehendaki. Selepas keputusan diambil, semua pereka, termasuk yang tidak terpilih, akan berkerjasama menghasilkan rekaan tersebut.

Ini berbeza khabar angin yang kerap dikecohkan kononnya hanya seorang individu bertanggungjawab merekabentuk atau menetapkan hala tuju gaya sesebuah model.

BACA >>> Hyundai Group Lantik Pereka Lambo, Bentley Sebagai Ketua Pereka Baharu

Ya, memang benar individu seperti Chris Bangle, Peter Schreyer atau Peter Horbury bertanggungjawab mencetuskan atau menetapkan hala tuju sesuatu rekabentuk, tetapi hakikatnya mereka tetap kerja secara berpasukan. Menariknya, gaya yang dipilih itu kekal digunakan walaupun tokoh itu sudah pergi meninggalkan syarikat tersebut.

REKABENTUK JADI ASAS KEBANGKITAN

Rekabentuk mempunyai fungsi besar dalam kebangkitan sesebuah syarikat dan ini dibuktikan melalui Hyundai-Kia Automotive Group. Satu lagi contoh terbaru ialah Volvo Cars yang semakin hari semakin disegani dan kini sudah mula kembali semula atas landasan segmen kenderaan premium.

Rekabentuk baharu Volvo sebenarnya kembali kepada apa yang membuatkan Volvo sebagai Volvo, iaitu sarat dengan nilai tradisi Sweden. Individu yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan ini bukan Thomas Ingenlath sahaja, tetapi ada dua lagi individu penting, Robin Page dan Maximilian Missoni.

Jika Ingenlath ialah Ketua Pegawai Rekabentuk (CDO) Volvo, Page pula menyandang jawatan Ketua Volvo Design, manakala Missoni menjadi Ketua Rekabentuk Luaran Volvo. Dalam satu majlis di Stockholm, Sweden pada awal Disember lalu, Volvo Cars buat kali pertama mempertemukan mereka dengan kereta rekaan masing-masing.

UBAH PRESTASI KEWANGAN

logo-volvo

Barisan kenderaan baharu itu berjaya mengubah prestasi kewangan dan operasi Volvo dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Buktinya, Volvo Cars mencatatkan lima rekod jualan global sejak 2014 dengan peningkatan ketara dalam keuntungan syarikat.

Melalui kejayaan transformasi itu, mereka bertiga kini menumpukan perhatian kepada rekabentuk masa depan mengenai elektrifikasi dan kenderaan autonomi. Berikut beberapa butiran dan petikan sepanjang majlis rekabentuk Volvo di Stockholm:

  • Volvo XC90 dilancarkan pada 2014. Model pertama menggunakan gaya bahasa baharu Volvo dan menetapkan gaya baharu kepada model selepas itu seperti siri 90, 60 dan 40. Model itu dibina berasaskan platform modular SPA dan CMA.
  • Ketiga-tiga SUV siri XC berjaya merangkul anugerah Kereta Terbaik (COTY) di Amerika Utara, Asia dan Eropah, sekali gus mengiktiraf kehebatan dan hala tuju Volvo.
  • Ingenlath bertindak merangka strategi rekabentuk baharu Volvo sebelum disertai Page dan Missoni dalam usaha membina pasukan untuk merealisasikan visi tersebut menjadi realiti.
  • Kekuatan Ingenlath terletak kepada visi dan deria dalam mengesan perkara hebat akan datang.
  • Page pula menggabungkan aspek rekabentuk dan kualiti dalaman Volvo menjadi satu penanda aras baharu.
  • Kerjasama mereka bertiga tidak terhad kepada rekabentuk saja, tetapi juga bidang lain. Antaranya berkerjasama dengan pakar keselamatan Volvo dalam membangunkan kaedah komunikasi kenderaan autonomi masa depan seperti dipamerkan model konsep 360c.
  • Bagi ciptaan masa depan, tiga pereka itu bakal mengadunkan teknologi baharu dengan menghasilkan nadi rekabentuk Skandinavia dan dijelmakan pada model baharu jenama berkenaan.

BACA >>> #RetroAuto: Kenapa Volvo Begitu Sentimental dengan Udang Krai?

Dari Kiri: Robin Page, Maximilian Missoni, Thomas Ingenlath
Robin Page
Thomas Ingenlath
Volvo XC90 T8 PHEV
Auto Terkini Hyundai-Kia Automotive Group Maximilian Missoni Robin Page Thomas Ingenlath Volvo Volvo Cars Volvo XC40 Volvo XC60 Volvo XC90
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen Rancang ‘Rehatkan’ Sehingga 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang di Jerman

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental di Thailand

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.