Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Lagi Monopoli TnG, Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit September Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Monopoli TnG, Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit September Ini

Han OthmanBy Han Othman21/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGGUNA jalan raya akan dibenarkan menggunakan kad debit dan kredit untuk pembayaran tol di beberapa lebuh raya utama negara bermula selewat-lewatnya September ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka (open payment system) itu adalah inisiatif awal dalam peralihan ke arah sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang sedang giat diusahakan.

BACA >>> Menteri: PLUS Tambah 12 Lorong RFID Menjelang April Ini
BACA >>> TnG Akan Keluar 3.5 juta Kad NFC Tahun Ini, Percepat Proses Bayar Baki

Lebuh raya terbabit ialah:

  • Lebuhraya Sungai Besi
  • Lebuhraya Baru Pantai
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur
  • Lebuhraya Koridor Guthrie
  • Jambatan Pulau Pinang

Alexander berkata;

Melalui pelaksanaan MLFF, open payment system akan dilaksanakan bagi kutipan tol bagi kesemua lebuh raya di Malaysia dan akan membuka peluang kepada lebih ramai pihak pemberi kemudahan e-Wallet untuk turut serta dan tiada lagi monopoli pihak Touch ‘n Go.

“Dengan itu, persaingan sihat akan wujud antara pemain industri yang akan membuka lebih banyak pilihan kepada pengguna lebuh raya untuk membuat pembayaran tol sekali gus memberikan kemudahan kepada mereka.”

Menurutnya, pembuktian konsep sistem MLFF akan dijalankan sebelum penghujung Oktober 2023 bagi menilai sistem tersebut sebelum dilaksanakan di lebuh raya seluruh negara.

Namun, lokasi bagi pembuktian konsep masih dirundingkan dan bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat, sebelum pelaksanaan MLFF sepenuhnya dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya suku ketiga 2024.

Pengumuman itu dibuat susulan perancangan dan perbincangan diadakan bersama pihak terlibat termasuk syarikat konsesi lebuh raya sejak awal tahun ini.

Alexander berkata demikian bagi mengulas mengenai isu monopoli Touch ‘n Go yang diketengahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

BACA >>> Lebuhraya CCLEX Filipina Tangguh Guna RFID Penuh, Elak Kaunter Khidmat Pelanggan Sesak
BACA >>> Sistem Bayaran Tol Terbuka MLFF Mungkin Laksana Sebelum 2025

SUMBER: Awani

Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Auto Terkini Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Menteri Kerja Raya TnG Touch N Go
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.