Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘The Beast’ – Kereta Paling Selamat Dunia Khas untuk Presiden Amerika
Auto Terkini

‘The Beast’ – Kereta Paling Selamat Dunia Khas untuk Presiden Amerika

TalibBy Talib04/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MANA-MANA negara pun, isu  keselamatan pemimpin memang penting. Jika di Malaysia, Proton Perdana sudah sinonim sebagai kereta rasmi orang kenamaan. Walaupun ada juga model lain digunakan, tetapi sistem keselamatan kenderaan tersebut masih  tidak setaraf ‘The Beast’.

‘The Beast’ ialah kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Seperti digembar-gemburkan propaganda media dan filem Hollywood, sistem keselamatan Presiden AS dikatakan terbaik di dunia. Mungkin ada benarnya kerana ia dibuktikan sendiri model Cadillac ini yang berperanan sebagai pengawal keselamatan terbaik sepanjang perjalanan atas darat.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Kereta Kegemaran Presiden AS, Donald Trump

Mari kita kenal serba sedikit mengenai sistem keselamatan yang ada pada ‘kereta kebal’ ini.

CIRI LUARAN

Luaran kereta ini disaluti perisai militari setebal sekurang-kurangnya 5 inci, terdiri daripada campuran besi, aluminium, titanium dan seramik yang mampu menghalang bom dan peluru.

Bahagian pintu menggunakan kepingan perisai setebal 8 inci dan seberat pintu Boieng 757. Apabila pintu ditutup, ruang kabin terlindung 100 peratus daripada ancaman luar. Pintu ini mampu menahan serangan kimia dan mengalirkan arus elektrik untuk menghalang penceroboh.

Tingkap kereta dibuat daripada 5 lapisan cermin dan polikarbonat yang mampu menahan serangan peluru penembus perisai. Tingkap juga tidak boleh dibuka kecuali sebelah pintu pemandu dan boleh dibuka 3 inci saja.

Bahagian casis diperkuat dengan lapisan kepingan besi supaya dapat bertahan daripada letupan bom. Tayar pula menggunakan lapisan besi supaya tidak terkoyak atau pancit. Lapisan rim besi dalam tayar membolehkan kereta dipandu walaupun tayar hancur.

BACA >>> Cadillac Escalade – SUV Limosin Paling Panjang di Malaysia Ini untuk Disewa, Sejam RM3k!

CIRI DALAMAN

Ruang kabin ‘The Beast’ mempunyai empat ruang yang dipisahkan lapisan cermin perisai. Cermin ini hanya boleh diturunkan Presiden. Boleh tumpang, tetapi duduk senyap saja dalam ruang ini. Ruang ini juga ada butang keselamatan panik dan ruang simpanan udara oksigen.

Jika berlaku kecemasan, ada telefon satelit di belakang kerusi Presiden yang disambungkan terus kepada Naib Presiden dan pejabat Pentagon. Tangki minyak direka dengan lapisan perisai besi dan mengandungi bahan salutan minyak untuk menghalang letupan sekiranya berlaku kemalangan dan terbakar. Ruang but dilengkapi alat pemadam api, gas pemedih mata dan penghalang asap.

KELENGKAPAN LAIN

Kereta ini turut dilengkapi senjata keselamatan seperti senapang patah dan pelancar pemedih mata. Ada juga bekalan darah yang sama jenis dengan Presiden sebagai persediaan sekiranya memerlukan pemindahan darah.

Ruang pemandu mempunyai sistem komunikasi lengkap dan sistem navigasi GPS. Bahagian depan ada sensor kamera dan radar yang terselindung bawah grill untuk memastikan keselamatan bahagian depan kereta. Pemandu pula terdiri daripada pegawai keselamatan terlatih dan mampu memandu dalam situasi kecemasan seperti mengelak serangan, melakukan putaran 180º atau buat pusingan J.

Minyak juga boleh disembur keluar untuk mengelak dikejar kenderaan musuh. Ini baru ciri asas yang didedahkan kepada umum. Semestinya ada banyak perincian keselamatan yang terdapat dalam kenderaan ini sekali gus menjadikan ia kereta paling selamat di dunia.

BACA >>> Ferrari F430 Milik Donald Trump Tidak Laku Dilelong, Mujurlah Ada Pembeli ‘Kautim’

GALERI

SUMBER: Metro.co.uk

Cadillac Donald Trump Kereta Presiden Amerika Syarikat Presiden Amerika Syarikat Presiden AS Roda4 The Beast
Talib

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.