Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026
Sukan Permotoran

TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam17/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA kereta, UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia untuk bersaing dalam musim 2026 Thailand Super Series (TSS), dengan penyertaan penuh dalam kategori GT4 menggunakan dua jentera Toyota GR Supra GT4 Evo2.

Pasukan ini diketuai oleh Jason Ong, manakala Akira Iida dilantik sebagai pengarah pasukan. Iida merupakan pemenang GT500 di Jepun serta pemenang Nürburgring 24 Hours dalam kelas SP8 dan SP Pro, selain pernah menjuarai kelas GTE dalam Asian Le Mans Series.

Barisan Pemandu Berpengalaman

Barisan pemandu terdiri daripada empat pelumba berpengalaman iaitu Shaun Thong dan Weiron Tan yang memandu jentera #81, manakala Nazim Azman dan Putera Adam mengendalikan jentera #83.

Kedua-dua jentera akan bersaing dalam kelas GT4 yang turut disertai model seperti Porsche 718 Cayman GT4 RS Clubsport, Mercedes-AMG GT4 dan Aston Martin Vantage GT4, selain beberapa lagi GR Supra GT4 termasuk penyertaan oleh pasukan Malaysia, Wing Hin Motorsport.

Shaun Thong, 31 tahun, merupakan pemandu paling berpengalaman dengan rekod 45 kemenangan perlumbaan, tujuh kejuaraan dan lebih 250 penyertaan. Beliau pernah beraksi dalam pelbagai siri termasuk British Formula Renault, Formula Ford UK, Nürburgring 24H bersama Audi, GT World Challenge Asia serta Super GT300.

Rakan sepasukannya, Weiron Tan juga berusia 31 tahun dan merupakan juara Lotus Supercup GT4 2011. Beliau pernah berlumba dalam Asian Le Mans Series, FIA World Endurance Championship dan GT World Challenge Asia, selain pernah menjadi pemandu rasmi Audi Sport Asia.

Bakat Muda Malaysia

Nazim Azman, 24, memulakan karier dalam Italian Formula 4 sebelum beraksi dalam British Formula 3, Euro Formula Open dan FIA Formula 3 Championship. Beliau juga pernah bersaing dalam Porsche Carrera Cup Asia bagi musim 2023 dan 2024.

Putera Adam, 19, pula merupakan produk program pembangunan bakat Toyota Gazoo Racing Malaysia menerusi Vios Challenge. Beliau kini mencipta sejarah sebagai pelumba Asia pertama menjuarai Lamborghini Super Trofeo Europe kategori Pro bagi musim 2025.

Spesifikasi GR Supra GT4 Evo2

Toyota GR Supra GT4 Evo2 dibina mengikut spesifikasi kategori GT4 dengan enjin enam silinder sebaris berkapasiti 2,996 cc turbo tunggal jenis twin-scroll. Kuasa maksimum bergantung kepada Balance of Performance (BoP), manakala tork maksimum mencecah 660 Nm. Jentera ini menggunakan transmisi automatik tujuh kelajuan ZF yang diubah suai, dipadankan dengan aci pemacu berprestasi tinggi oleh GKN serta differential jenis limited-slip daripada Drexler.

Sistem suspensi menggunakan konfigurasi MacPherson di hadapan dan multi-link di belakang dengan penyerap hentak boleh laras KW. Sistem brek pula menggunakan cakera keluli 390 mm di hadapan dan 355 mm di belakang dengan angkup enam piston dan empat piston. Tayar menggunakan set “square” Pirelli 305/660-18 pada rim OZ bersaiz 18 inci di keempat-empat penjuru.

Jadual Thailand Super Series 2026

Musim 2026 Thailand Super Series akan bermula dengan ujian pra-musim di Chang International Circuit, Buriram pada 22 hingga 23 April, diikuti pusingan pertama pada 21 hingga 24 Mei di litar yang sama.

Pusingan kedua akan berlangsung di litar jalan raya Bangsaen sebelum siri beralih ke PETRONAS Sepang International Circuit untuk pusingan ketiga dan keempat pada 21 hingga 23 Ogos serta 18 hingga 20 September. Musim akan berakhir di Buriram pada 31 Oktober hingga 1 November.

Buriram International Circuit motorsport Sepang International Circuit TGR Malaysia Thailand Super Series 2026 Toyota Gazoo Racing Toyota GR Supra GT4 Evo2 UMW Toyota Motor
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Formula Satu

    Antonelli Raih Kemenangan Sulung F1 di China, Tewaskan Russell

    17/03/2026
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Mulakan Kempen Michelin 24H Series Eropah 2026 Di Mugello

    17/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Naquib Azlan dan Porsche 911 GT3 Cup (992.2)
    Sukan Permotoran

    Porsche Malaysia Hantar Naquib Azlan ke Piala Porsche Carrera Asia (PCCA) 2026

    11/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.