PENGELUAR kereta elektrik dari Amerika Syarikat (AS), Tesla membuat debut rasmi di pasaran Malaysia dengan melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik 5-kerusi, Tesla Model Y pada harga bermula RM199,000!
Tesla Model Y ditawarkan dalam tiga varian, iaitu:
- Tesla Model Y RWD - RM199,000
- Tesla Model Y Long Range AWD - RM246,000
- Tesla Model Y Performance AWD - RM288,000
Selain pelancaran Model Y di Malaysia, Tesla turut memperkenalkan lapan stesen cas Tesla Supercharger tertutup pertama di Malaysia yang akan dibuka tidak lama lagi.
Stesen cas Tesla Supercharger itu memiliki kapasiti kuasa 250kW, yang mengambil masa 5 minit mengecas untuk jarak pemanduan 120km.
1. TESLA MODEL Y RWD - RM199,000
Varian aras mula, Tesla Model Y hadir dalam warna putih sebagai standard, dengan rim Gemini 19 inci dan motor tunggal belakang untuk jarak pemanduan sejauh 430km sekali cas, mengikut kitaran Prosedur Ujian Kenderaan Harmoni Seduani (WLTP).
Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 6.9 saat, manakala mencapai kelajuan maksimum 217kmj.
Ruang kabin menggunakan kemasan tona hitam, tetapi perlu membayar ekstra RM5,000 jika mahu mendapatkan kerusi dan papan pemuka putih. Rim standard 19 inci juga boleh ditukar kepada jenis rim Induction Wheels 20 inci.
2. TESLA MODEL Y LONG RANGE AWD - RM246,000
Varian Long Range ini datang dengan dwi-motor yang mampu memecut 0-100kmj sepantas 5 saat. Varian ini juga mampu bergerak sejauh 533km (WLTP) dengan kelajuan maksimum masih sama, 217kmj.
Rim juga 19 inci sebagai standard, tetapi boleh dipertingkat kepada rim Induction Wheels 20 inci, manakala ruang kabin hitam sebagai standard.
3. TESLA MODEL Y PERFORMANCE AWD - RM288,000
Seperti namanya, Tesla Model Y Performance AWD ialah Model Y paling premium, yang juga paling laju dan paling mahal.
Dengan kelajuan maksimum 250kmj, varian ini hanya memerlukan 3.7 saat saja untuk memecut 0-100kmj. Didatangkan standard dalam warna putih dengan rim Überturbine Wheels 21 inci. Tona kabin juga hitam.
Bagaimanapun, jarak perjalanan kurang sedikit daripada Long Range, iaitu 513kmj (WLTP). Varian ini turut mendapat ciri khas seperti seperti spoiler gentian karbon, brek prestasi, pedal aluminium aloi dan suspensi rendah.
Berikut pilihan tambahan ditawarkan untuk mengubah suai Tesla Model Y di Malaysia:
- Warna cat Hitam, Silver atau Biru: RM5,000
- Warna cat merah (multi-coat): RM10,000
- Rim 20 inci Induction Wheels:RM10,000
- Interior hitam dan putih: RM5,000
- Enhanced Autopilot: RM16,000
- Kebolehan pemanduan autonomi sepenuhnya: RM32,000
Dalaman
Ciri dalaman SUV EV ini ialah bumbung panoramik, unit infotaimen 15 inci, dua port pengecas wayarles, empat port USB Type-C, perehat tangan, material dalaman daripada sumber bukan haiwan, penyaman udara dengan kawalan iklim termaju dengan penapis udara HEPA.
Kapasiti ruang but 854 liter,manakal ruang bonet (yang menggantikan ruang enjin) 117 liter.
Audio dan Media
Ciri audio adalah jenis premium dengan 13 pembesar suara, siap dengan satu subwufer, dan dua amplifier.
Ada sambungan media dan muzik menggunakan konektiviti Bluetooth, dan USB Type-A dengan storan mudah alih berkapasiti 128GB.
Keselesaan
Antara keselesaan ditawarkan Tesla Model Y ini ialah:
- Kawalan kerusi depan elektronik
- Ada pemanas kerusi depan dan belakang
- Ada pemanas stereng
- Ada penapis udara HEPA
- Ada bumbung panoramik gelap (tinted) dengan pelindung ultraungu dan inframerah.
- Kerusi belakang boleh lipat berasingan
- Karpet dalaman
Ciri Lain
- Lampu kabus LED
- Cermin sisi boleh lipat elektrik, automalap dengan fungsi pemanas
- Profil pemandu kustom
Dimensi
Tesla Model Y memiliki dimensi panjang 4,751mm, lebar 1,921mm, tinggi 1,624mm, dan jarak roda 2,890mm.
Waranti
Pembeli diberikan waranti standard 4 tahun atau 80,000km. Ada juga waranti 8 tahun atau 160,000km untuk bateri dan unit pemanduan. Pembeli juga dapat menikmati pengecualian duti import dan eksais penuh untuk kenderaan elektrik (EV).
Selain itu, pelanggan mendapat manfaat 100 peratus pengecualian cukai jalan dan pelepasan cukai pendapatan individu hingga RM2,500 untuk perbelanjaan yang ada kaitan dengan kemudahan cas EV bagi tahun taksiran 2023.
Syarikat yang menyewa EV bukan komersial turut boleh menuntut potongan cukai ke atas jumlah sewa hingga RM300,000 dari tahun taksiran 2023 hingga 2025.
BACA >>> Tesla Buka Ibu Pejabat di Selangor Tahun Ini
BACA >>> Harga Rasmi Tesla Model Y di Malaysia Bermula RM199k
Leave a Reply