Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Terkenang Naik Basikal Arwah Ayah ke Sekolah, Lelaki Ini Kumpul Lebih 40 Basikal Klasik
Auto Terkini

Terkenang Naik Basikal Arwah Ayah ke Sekolah, Lelaki Ini Kumpul Lebih 40 Basikal Klasik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMORI menunggang basikal tua peninggalan arwah bapa ke sekolah ketika remaja mendorong Ahmad Fauzi Ismail membeli dan mengumpul basikal klasik dari seluruh negara.

Ahmad Fauzi, 61, yang mesra disapa Pak Lang G memulakan hobi mengumpul basikal sejak 1990-an lagi. Beliau kini memiliki lebih 40 unit basikal klasik, termasuk jenama Hercules dan Raleigh.

Beliau yang bekerja sebagai penggali kubur sejak 30 tahun lalu berkata, semua koleksi basikalnya berada dalam kondisi baik dan boleh ditunggang.

BACA >>> Pengangkutan Awam, Basikal dan Jalan Kaki Cara Elak 50 Juta Kematian Jalan Raya Setahun

Ahmad Fauzi dalam temu bual dengan Bernama berkata;

Semuanya bermula dengan sebuah basikal tua peninggalan arwah ayah yang saya gunakan ketika ke sekolah dulu. Seterusnya pada 1990-an saya bekerja, jadi ada duit lebih sikit. Ketika itu, saya mula cari basikal klasik ini sebelum membelinya untuk dijadikan koleksi.

“Dari situ mula timbul hobi untuk terus mengumpul basikal-basikal klasik dan saya terus cari serta beli. Sekarang ada lebih 40 basikal klasik dikeluarkan sekitar 1940-an dan 1960-an yang kebanyakannya jenama Hercules dan Raleigh buatan England.”

Beliau membeli basikal dari beberapa negeri seperti Kelantan, Johor dan Pahang. Ada basikal dipos menggunakan khidmat syarikat kurier dan ada juga dibeli beliau sekitar Pulau Pinang. Jika basikal itu rosak, ia akan dibaik pulih.

BACA >>> Basikal Tiada Loceng Denda RM2k, Guna Lebuh Raya Denda RM5k, Jel Setahun

ALAT GANTI DAN BAIK PULIH

Pak Lang G mengakui lebih mudah mendapatkan alat ganti dari China untuk kerja baik pulih atau menggantikan komponen basikal klasik rosak berbanding 20 tahun lalu. Apatah lagi model basikal klasik tidak lagi dijual.

Katanya, kos membeli basikal klasik adalah antara RM200–RM1,000, tetapi kos penyelenggaraan agak tinggi kerana alat ganti basikal klasik lebih mahal berbanding basikal biasa.

BACA >>> 15 Tahun Dah Jadi Mekanik Basikal Lajak
BACA >>> Basikal Lajak: Ibu Bapa Boleh Kena Denda Sampai RM20k, atau Penjara 5 Tahun!

TAK BOLEH TIDUR

Cerita Pak Lang G lagi, ada peminat barang antik memujuknya menjual basikal klasik dalam simpanan, dan ada juga sanggup menawarkan harga tinggi untuk memiliki koleksinya, tetapi ditolak.

Sejak mula mengumpul koleksi basikal klasik ini, baru sekali saya jual, itu pun kepada kawan baik. Selepas basikal itu dijual, saya jadi tidak senang duduk, malah tidak boleh tidur hingga beberapa malam kerana memikirkan kenapa saya jual basikal tersebut. Sayang basikal itu hanya Allah saja yang tahu.

“Alhamdulillah kawan saya jaga dengan baik basikal tersebut sehingga sekarang. Sejak itu, saya memang tidak jual lagi koleksi basikal yang ada, biarlah saya jaga sendiri.”

Ahmad Fauzi berkata, setiap basikal klasik ada sejarah dan ‘peranan’ tersendiri dan beliau mengingati peranan tersebut supaya mudah untuk menceritakan kepada sesiapa yang bertanya. Ada basikal klasik pernah digunakan posmen di Jepun dan Singapura untuk mengirim surat.

BACA >>> Ini Pecahan Harga Komponen Basikal Dua Pelumba Trek Negara

SANGGUP TAWAR RM3,000

Pak Lang G berkata;

“Ada pernah tawarkan sebuah basikal klasik hingga harga RM3,000 tapi saya memang tak jual, lagipun anak-anak saya, tiga lelaki dan dua wanita juga menunjukkan minat untuk bersama menjaga koleksi basikal klasik yang ada ini.

“Untuk Hari Raya nanti, ramai dah tempah untuk penggambaran, dari segi kos sewa memang saya tidak tentukan kadar, sebaliknya penyewa bayar ikhlas. Seterusnya, saya cuma ambil duit untuk kos penyelenggaraan, manakala bakinya didermakan ke tabung masjid berhampiran rumah.”

Basikal klasik miliknya kerap digunakan dalam aktiviti bersama komuniti di Sungai Dua, Pulau Pinang, jemputan membawa pengantin dan penggambaran, terutama musim perayaan dan perkahwinan.

SUMBER: Bernama

Ahmad Fauzi Ismail basikal Bernama Hercules Pak Lang G Raleigh
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Protected: iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.