Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 5 Perkara Penting Tentang Bateri Kereta yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: 5 Perkara Penting Tentang Bateri Kereta yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman04/07/2019110 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BATERI kereta berfungsi membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin. Bateri kereta turut menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi. Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Anggap saja seperti paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.

Asasnya, binaan bateri terdiri daripada dua bahagian logam yang direndam dalam asid. Tindak balas kimia antara plat bateri (logam) menghasilkan asid-plumbum yang dikenali sebagai bateri asid-plumbum.

Binaan bateri terbahagi kepada jenis lazim dan bebas senggara, sama ada cas basah atau kering. Bagi mendapatkan kuasa bateri yang tahan lama, penyenggaraan perlu dilakukan daripada semasa ke semasa seperti memeriksa aras elektrolit, membersihkan endapan karbon di terminal dan kabel sambungan bateri supaya voltan dapat dialirkan kepada komponen elektrik yang diperlukan semaksimum mungkin.diagram-bateri-kereta-pandulajudotcomdotmy

Bateri yang lemah atau kurang cas perlu dicas untuk menguatkan lagi sel-sel bateri supaya dapat bertahan lama. Berikut ialah kegagalan yang biasa berlaku pada bateri kenderaan:

1. BATERI TERNYAHCAS

  • Terlupa matikan suis lampu.
  • Pintu kereta tidak ditutup rapat.
  • Suis penghidup terbiar menyala (ON) semalaman.

Dalam kes begini, jika enjin susah dihidupkan, dapatkan seseorang untuk membantu anda menolak kereta. Masukkan gear tiga dengan suis kunci dalam keadaan ‘ON. Lepaskan brek dan tekan injak pendikit dan enjin dijangka hidup. Sekiranya enjin masih sukar dihidupkan, keluarkan bateri daripada enjin dan cas dengan pengecas bateri.

  • Bateri sudah lama tidak digunakan.

Kabel bateri harus ditanggalkan daripada terminal jika kenderaan tidak digunakan dalam tempoh seminggu atau lebih. Ini untuk mengelakkan voltan mengalir balik daripada bateri kepada punca bumi, sekali gus melemahkan bateri.

  • Bateri sudah sampai hayat.

Tiada jalan lain selain menggantikan bateri baru. Gunakan bateri yang sama ampere seperti bateri lama, misalnya N40 atau N50 (kereta biasa). Jika takut tersilap, bawa saja bateri lama itu ke kedai bateri. Anda juga boleh menukar beli (trade-in) bateri lama di kedai bateri pada harga sekitar RM10.

2. BATERI TIDAK DAPAT SIMPAN CAS LAMA

  • Sukatan nisbah asid sulfurik dan air suling tidak tepat.

Kandungan air terlalu banyak, atau nisbah asid sulfurik dengan air suling tidak tepat. Situasi ini mampu menyebablan cas tidak dapat disimpan lama. Caranya, keluarkan semua cecair daripada bateri hingga kering dan gantikan dengan elektrolit (campuran asid sulfurik + air suling) sedia ada di kedai bateri.

  • Sel-sel bateri sudah reput.

Gantikan dengan bateri baru yang sama saiz seperti asal.

3. BATERI SENTIASA PERLU TAMBAH AIR


Bateri yang sentiasa perlu ditambah air menunjukkan kemungkinan berlaku cas berlebihan kerana pengatur voltan dilaras terlalu tinggi. Jika berlaku, periksa jumlah voltan cas daripada pengatur voltan dengan meter voltan.

4. PLAT BATERI BENGKOK

Sekiranya bateri dicas pada kadar tinggi dan pada masa berlebihan, haba yang terjana boleh menyebabkan plat bengkok. Kadangkala cecair elektrolit yang tidak mencukupi semasa bateri dicas juga menjadikan plat bateri bengkok kerana terlalu panas. Pastikan aras elektrolit diperiksa atau air suling ditambah sebelum mencapai paras yang mencukupi bateri dicas.

5. ELEKTROLIT BERUBAH WARNA

Apabila bateri digunakan dalam tempoh lama, plat dan sel-sel akan berubah bentuk dan struktur. Perubahan ini disebabkan suhu dalam bateri yang sentiasa berubah. Kadangkala, sel-sel akan retak, pecah atau sebahagiannya hancur akibat tindak balas kimia dan ini akan menukarkan warna elektrolit dalam kotak bateri.

Anda dinasihatkan supaya menukar saja bateri baharu. Antara tanda-tanda awal bateri anda bermasalah ialah enjin sukar dihidupkan, lampu menyala kurang terang dan komponen elektrik tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan bekalan voltan daripada bateri.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta dan Perlukah Dicas Semula?


CIRI-CIRI BATERI KERETA YANG BAIK

  • Bateri kereta dicas secukupnya.
  • Umur bateri bertahan lama.
  • Aras elektrolit bateri sentiasa terkawal.
  • Tiada perlu kerap menambah air suling.
autotainment bateri kereta car maintenance penyenggaraan kereta tentang bateri kereta tip bateri kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026

110 Comments

  1. shahrul on 31/07/2017 10:25

    Apa beza bateri jenis NSxL dengan xxDxL ya…
    Contoh NS70L dengan 85D23L..?

    Reply
    • AO on 21/01/2019 18:28

      Itu cuma gred bateri yang sesuai untuk jenis kereta, Tak perlu detail sangat, Beli ikut disyorkan manufacturer

      Reply
  2. Azhar on 15/08/2017 13:18

    Mohon pencerahan ayat “Kabel bateri harus ditanggalkan daripada terminal jika kenderaan tidak digunakan dalam tempoh seminggu atau lebih”. Selama ni yg saya diberitahu bateri tidak boleh ditukar jika enjin tak hidup kononnya setting ECU akan lari. Benarkah setting ECU lari dan perlu di set semula?

    Reply
    • anonymous on 03/03/2018 15:35

      tgk jenis kereta..mana kereta yg guna sistem komputer beteri mmg x blh d tanggalkan..mana mana kereta lama.. boleh je

      Reply
      • Alrafiu Alipnor on 09/03/2018 11:34

        Saya guna axia SE 2015. Sy baru tukar bateri tnpa hidupkn enjin. Adakah setting ecu akan tganggu?

        Reply
  3. Mir on 10/09/2017 00:26

    Jika terlupa tutup lampu kereta selama satu jam 30 min, apakan bateri akan ternyah cas?

    Reply
    • Jimbut on 15/04/2018 12:27

      Yup

      Reply
      • izzara on 25/10/2018 19:53

        kalau tak sampai satu jam?

        Reply
      • ewan on 27/08/2019 23:19

        Jika lampu lupa di padamkan sehingga batteri kosong. Adakah batteri itu masih boleh di pakai? Batteri baru di beli pada bulan 5/2019. Adakah boleh di hantar ke kedai untuk di cas semula? Batteri jenis kering

        Reply
  4. Selvia on 19/10/2017 07:26

    Hi..bateri kereta kami baru 10 bulan, tapi dah tak boleh startkan kereta, pluk pun dah tukar. Kenapa ya..adakah bateri kereta auto ni cuma bertahan 10 bulan saja? Terima kasih

    Reply
    • ABG GYL on 19/10/2017 10:40

      Bateri kena tengok pada cara penggunaan. Sepatutnya boleh melepasi 1 tahun untuk bateri. Boleh cuba claim di kedai. Atau jika beli di pusat servis, waranti adalah 1 tahun atau 20,000km (mana 1 tiba dahulu).

      Reply
  5. Saiful on 06/11/2017 14:34

    Bateri basah bleh isi semula ke ngn air bateri yg jual kt petronas,petron dan shell ??
    Bateri bru usia setahun lebih…

    Reply
    • ABG GYL on 06/11/2017 17:44

      Boleh. Tak kisah brand apa, janji air bateri. Jangan air ketum sudah.

      Reply
      • Azimah on 18/11/2018 22:31

        Br guna Honda brv April 2017..b3 Kong bln Nov 2018..dlm keta xde dvd cume sy kerap charge guna USB cable dlm keta.. Adakah sebb tue b3 keta cepat Kong..

        Reply
  6. Aj ib on 13/11/2017 00:23

    Salam tuan.
    Bateri sel kering boleh di cas tak ?

    Reply
    • ABG GYL on 13/11/2017 10:52

      Boleh. tapi jangka hayat bateri kebiasaannya 1 tahun

      Reply
  7. Helmy on 21/11/2017 22:42

    Berapa sukatan asid sulfuric..utk bateri kereta n70…or bateri motor….

    Reply
  8. Sham on 26/11/2017 12:09

    Toyota avanza 2012 1.5 batery dia sebenar NS60 ke?saya tak pasti sebab saya beli second kereta ni..tgk bateri lama cam kecik je.

    Reply
  9. Musyarraf on 27/11/2017 20:57

    Assalam. Nak tanya, charger telefon yang disambung pada pencucuh rokok adakah mempengaruhi cepat habisnya atau ternyah cas nye bateri. Sebab bateri kereta isteri mudah cepat rosak baterinya. Beli yang mahal, yang murah. 6 hingga 8 bulan dah kong. Basah dan kering sama juga situasi.. buat pemeriksaan pendawaian, tiada kebocoran.. tak pernah lupa tutup lampu.. cuma sering charge telefon.. jenis kereta, myvi SE 2012

    Reply
  10. YgCubaMembantu on 29/11/2017 06:07

    Adalah dinasihatkan supaya tidak mengamalkan pnggunaan cas telefon/gadget/elektronik dgn menggunakan tempat pencucuh rokok tu..dsebabkan kemungkinan voltage yg dihasilkan tidak sama sekaligus akn membuatkan fius terbakar/jangka hayat bateri fon/gadget/elektronik tidak lama @ cip pd papan litar mudah terbakar/rosak..sebaiknya gunakan pengecas kereta yg mampu utk cut off voltage @ pengecas yg ada bacaan voltage….alternator bertindak seperti pengecas kpd bateri kereta..sekiranya carbon drpd alternator tersebut habis,boleh menjadi salah satu sebab bateri tidak dpt dicas dgn sempurna..selain itu, pemasangan aksesori tambahan yg melibatkan sistem pendawaian @ penggunaan bateri juga turut mempengaruhi jangka hayat bateri kereta anda..hal ini kerana sekiranya voltage yg digunakan melebihi dari kapasiti yg sepatutnya,kmungkinan besr jentera anda bakal menghadapi masalah sistem pendawaian dan sekaligus menyebabkan bateri kereta anda cepat kong..

    Reply
    • mat on 08/08/2018 08:28

      bateri kereta boleh cas berapa kali ye….
      sebelum ni pnh cas sekali..
      hari ni start kete..lemah..
      boleh cas lagi x…

      Reply
  11. pali pali on 28/12/2017 16:41

    Bateri sel kering boleh tambah air bateri tak?sebab rasa macam susah nk start.bateri dah hampor 1 tahun.

    Reply
    • ABG GYL on 28/12/2017 19:38

      tak boleh. waranti bateri kebiasaannya setahun

      Reply
  12. Baharum on 30/12/2017 20:01

    Salam tuan,

    Bateri kereta jenis sel kering boleh di cas ke?

    Tq

    Reply
    • AO on 21/01/2019 18:30

      Boleh kalau cas masih kuat

      Reply
  13. Sherra on 02/02/2018 13:49

    kalau bateri weak sebab lupa tutup lampu, lepas jumper bateri tu masih boleh pakai lagi tak?

    Reply
    • ABG GYL on 02/02/2018 15:50

      boleh kalau bateri masih kuat

      Reply
  14. Acap on 17/02/2018 18:21

    Bateri basah baru beli dari kedai . Tapi nampak ada kesan basah dekat bahagian atas bateri. Sudah lap pastu ada kesan basah lagi. Apa punca nya? Tq

    Reply
    • AO on 21/01/2019 18:26

      Tutup ketat penutup

      Reply
  15. jai on 21/02/2018 14:22

    Saya pakai honda city…saya tukar bateri dalam keadaan kereta mati…adakah ECU kereta saya akan berubah…kene reset semula ke ECU kereta saya??

    Reply
    • AO on 21/01/2019 18:25

      Kalau tak ada apa perubahan tak perlu reset

      Reply
  16. Madz on 21/02/2018 20:19

    Salam.nk tau beteri y digunakn OK lg or mcm mne ea.

    Reply
    • ABG GYL on 22/02/2018 13:46

      Boleh semak power atau pergi ke mana-mana kedai bateri untuk check. Kebiasaanya jangka hayat bateri adalah sekitar 1-3 tahun, bergantung kepada jenama bateri dan cara penggunaan.

      Reply
  17. fazila on 06/03/2018 12:05

    nk tanya kalau kedudukan bateri kereta myvi 143 cca. bateri perlu tukar tak

    Reply
  18. Jmj on 12/04/2018 20:27

    Nk tanya bateri kereta proton waja saya baru tukar tp jarang pakai sbb ada kereta lain.skrg kereta waja tu tk blh start blum sampai sebulan. Adakah cara lain untuk mnghidupknnya selain tolak atau jumper start?

    Reply
    • ABG GYL on 15/04/2018 11:19

      Untuk kes tuan, kami syorkan buka terminal bateri jika tidak merancang manu menggunakan kereta berkenaan bagi tempoh masa lama. Buat masa ini, untuk hidupkan, tuan perlu jumper (dengan cara betul) atau bawa bateri ke kedai bateri berdekatan untuk recharge.

      Reply
  19. Adam on 01/05/2018 10:14

    Asalamwalaikum tuan,
    Nk tanya lh .kalu buka cable 1 untk bateri kereta adakah cas bateri blh habis ?

    Reply
    • ABG GYL on 01/05/2018 14:20

      Maaf, kami kurang jelas dengan soalan anda.

      Reply
    • Shamz on 07/08/2018 22:53

      1) Ya, cas boleh habis. Berapa lama? Tergantung kepada sais bateri dan suhu. Semakin tinggi suhu, semakin cepat bateri akan kehilangan cas. Jenis bateri juga mempunyai kadar kehilangan cas yang berbeza bergantung kepada meterial yang digunakan (Antimony/ Kalsium/ Silver)
      2)Kebiasaannya tujuan membuka 1 cable (Negatif) bagi mengurangkan kehilangan cas ketika kenderaan tidak digunakan. “Parasitic Load” iaitu arus yang dibekalkan pada accessory kenderaan seperti Jam, Radio, Alarm, ECU dan sebagainya akan menyebabkan bateri lebih cepat kehilangan cas.

      Nota: Semua jenis bateri akan kehilangan cas secara semula jadi walaupun tidak digunakan.

      Harap dapat membantu.

      Reply
      • ABG GYL on 07/08/2018 23:27

        POWER !!!

        Reply
  20. usop on 21/05/2018 21:12

    saya ada beli battery Hitachi NS60.kedai kata warranty 3 tahun tapi baru 5 bulan rasa dh 5 kali battery kong walau kereta tak dihidupkan dalam tempoh kurang 1 minggu. Sebelum ini dgn guna battery lama masalah ini tak terjadi. Adakah bermaksud battery yg dibeli punya masalah. Bagaimana nk tahu bila battery dibeli tidak elok atau dh expired?

    Reply
    • ABG GYL on 21/05/2018 22:08

      Kalau macam tu hantar kedai untuk tukar atau claim baru.

      Reply
  21. Ilaj on 22/05/2018 19:47

    Kereta saya baru tukar bateri lima bulan tukar kereta tetiba tak bileh start kereta. Nasib boleh hidup setelah buat jumper ngan bateri lain… Ke ada sebab lain

    Reply
    • AO on 21/01/2019 18:24

      Kadang-kadang kita tak perasan terpasang lampu dalam kabin. Itupun boleh jadi punca bateri kong.

      Reply
  22. Muhammad Elliz Azroy on 30/05/2018 15:02

    Kereta sy tahun 2008..klu sy cabut terminal bateri tu dlm 2 mggu..ley x..sy mahu pndapat tnteng bateri..sbb nk cuti sekolah kn..

    Reply
    • ABG GYL on 31/05/2018 00:05

      Boleh. Tak ada masalah. Tanggal sebelah sudah memadai

      Reply
  23. eron on 23/06/2018 22:47

    halou admin,,nissan navara np300 VL 2.5 auto, lampu led dekat pangkal stering tak mati2 dan bunyi open close alarm pelik tak seperti biasa..saya terbaca dalam blog, untuk mengubah seperti normal, wayar negatif ditanggalkan dalam 30saat dan pasang balik..betulkah begitu?

    Reply
    • AO on 21/01/2019 18:23

      Boleh cuba. Atau mungkin problem alternator. Check kat bengkel

      Reply
  24. Shah on 04/08/2018 06:20

    Batery saya jenis sel basah dah 1thun 4bulan sy pki..sy kerap lupa tutup ekon dn radio..tiba2 kereta xdpt d hidupkan..adakah batery perlu d cas semula atau beli y baru

    Reply
    • ABG GYL on 04/08/2018 10:48

      Kebiasaanya jangka hayat bateri adalah setahun dan ke atas. Jika pandai jaga, boleh pergi sampai 3 tahun. Pandangan kami, boleh ditukar. TQ

      Reply
  25. kai on 05/08/2018 06:08

    nak tanye,klau skrg kereta pakai bateri kering,boleh tak tukar ke bateri basah?

    Reply
    • ABG GYL on 05/08/2018 23:56

      Boleh tak ada masalah

      Reply
  26. Kumalasari on 13/08/2018 18:21

    Assalamualaikum
    Saya nak Tanya Ada 1 Hari tu Saya tersalah letak posisi bateri tapi Enjin boleh start…bila Saya tutup bonet depan kereta..bonet tu Tak tutup kemas.. maksud Saya Tak rapat sgt…Saya start Enjin dalam 5 minit tu Saya nampak asap keluar Kat bonet kereta…Saya tutup enjin…bila besok Saya nak start Enjin dah Tak boleh start…ayah Saya ckp Saya slh taruk posisi bateri dia betulkan… Tapi bila nak start keta dah xboleh start…bateri Baru beli 3 bulan…Saya pakai bateri kering…nak kena jumper Baru boleh start..kereta kembara auto

    Reply
    • AO on 21/01/2019 18:22

      Check kedai bateri sebab waranti masih ada

      Reply
  27. bryan on 14/08/2018 21:11

    nak tanya . perodua myvi asal park sehari bateri mesti weak . dah cas semula bateri . dah check bateri ok takde masalah . altenator pun dah chck pun ok juga . tapi yg hairan tu bateri weak baru sehari parking tak jalan . kereta takde pasang apa2 benda audio sytem apa semua takde boleh pula weak . mohon pencerahan yg arif

    Reply
    • Ramli on 26/08/2018 10:41

      Kereta wira saya pun parking satu jam dah xleh start….jadi sekarang bila parking saya cabut 1 cable…

      Reply
    • AO on 21/01/2019 18:21

      Ada masalah eletrikal tu. Mungkin kereta ada buat wiring tambahan yang sebabkan masalah baattery drain

      Reply
  28. GoN on 06/09/2018 23:13

    Saya biarkan lampu headlights menyala 2 malam..skrang kereta xboleh start battery kong..saya perlu jumpstart je ke or nk kene tukar baru battery??

    Reply
    • AO on 21/01/2019 18:20

      Kena bawa kedai bateri pergi recharge

      Reply
  29. mad d on 08/09/2018 18:48

    saya nk tya apa kh saiz bateri yg sesuai utk kereta yg berkuasa 2000 cc

    Reply
    • AO on 21/01/2019 18:19

      Setiap model tak sama jenis bateri. Rujuk bateri asal atau buku manual

      Reply
  30. Jason yew on 15/09/2018 16:56

    Bro… Kalau battery baru yang tak pasang lagi, biasa blh tahan bape tahun

    Reply
  31. Muhd Farif on 24/10/2018 12:11

    bateri kereta sy Axia dh kong . sy dh tukar yg baru tanpa hidupkan enjin kerana tiada kabel jumpstart. apakah kesan terhadap kereta tersebut kerana sy perasan timing enjin macam rendah sikit. adakah perlu sy refer ke perodua atau biarkan saja. kerana mengikut perodua timing dah lock tak boleh adjust. minta penjelasan.
    thx

    Reply
    • AO on 21/01/2019 18:18

      Setakat tukar bateri, sepatutnya tiada masalah

      Reply
  32. Azlan on 31/10/2018 21:30

    Ada orang kata kalau battery terletak dekat engine, elok gunakan battery basah…betul ke ?

    Kalau guna maintenance free boleh ke , untuk gantikan battery basah yang datang bersama toyota fortuner saya semasa beli..

    Terima kasih

    Reply
    • AO on 21/01/2019 18:17

      Boleh je bateri kering

      Reply
      • Swanitsme on 04/08/2019 08:27

        Salam..
        Masa servis kereta , level bateri menunjukkan cuma 50% sahaja.. Berapa lama boleh tahan atau perlu di tukar serta merta?

        Reply
  33. arif on 22/12/2018 19:46

    hello boss sya punye bateri baru beli 2 bln apsal tiba tiba x bleh start kereta ehh mohon penjelasan

    Reply
    • AO on 21/01/2019 18:16

      Periksa di bengkel. Mungkin bukan sebab bateri

      Reply
  34. Pretrorians on 21/06/2019 23:22

    Bateri no maintenance boleh je tambah air cuma disebabkan di seal tu yg ssh utk dibuka… Klau dah expired warranty tu boleh la cuba2 kopek elok2 yg diseal tu… Lps tu cek air….. Klau dah nmpak nk kering tu boleh la tambah air bateri…

    Reply
  35. Dir on 14/07/2019 09:00

    Berapa tahun jangkahayat bateri baru boleh disimpan

    Reply
  36. Swanitsme on 04/08/2019 08:32

    Semasa servis kereta, saya di maklumkan yg level batery cuma 50% saja. Adakah bateri perlu diganti segera atau berapa lama ia boleh bertahan?

    Reply
    • AO on 04/08/2019 08:53

      Boleh cas semula

      Reply
  37. Caro on 27/09/2019 21:29

    Bateri kete sy cepat Kong xdampai setahun kenapa ea….artenator sy cek ok…cuma Ade org bateri ckp wayar bateri longgar…2 pon boleh bust bateri kong ke

    Reply
    • AO on 28/09/2019 20:43

      Kebanyakan pengeluar bateri akan bagi waranti setahun untuk bateri kereta. Ada sampai setahun setengah. Kalau bateri kong sebelum tarikh tu boleh claim baru.

      Reply
  38. Ramlan on 16/10/2019 01:22

    Bolehkan kereta yg jenis bateri ns40 untuk menggunakan bateri ns60?tq

    Reply
  39. Yuzie on 07/11/2019 20:10

    Kereta vios 2017 sy bateri kong..hari tu jumper hidup tp bila dah mati x blh hidup sendiri(perlu bantuan jumper). Sementara nak tgu beli bateri..kereta x start dlm 4hari..sekarang sy dah beli bateri tp pintu kereta x boleh buka..mcmana ye..mohon bantuan..

    Reply
  40. Mat on 12/11/2019 16:17

    Saya tak tanggalkan kunci kereta selama 1 hari.tapi kunci dalam keadaan off..boleh tak jadi bateri bermasalah?

    Reply
  41. Airul on 25/11/2019 09:38

    Bolehkan estima saya pakai bateri besar dari ns70…cthnya ns70

    Reply
  42. Serai on 17/01/2020 01:20

    Alternator sudah tukar batery pun sudah tukar baru tapi masalah tetap sama?? Parking malam esk pagi nak start dh tak boleh batery kong.. apa punca sebenarnya…

    Reply
  43. Jonh labu on 27/01/2020 23:22

    Nk tanya..ble bli bteri at kedai bteri mst kdg2 dia tny nk yg 9plate ke brpe plate? Mkin byk plate mkin naik skit hrge. Nk tny ap funsgi bateri plate tu n klebihan pd pguna. Adkah lg bgus amik byk plate? Mne yg rekomen? Jwb please

    Reply
  44. victor on 07/03/2020 11:37

    Perlu bantuan, Alternator ok, starter ok..bateri baru guna 2 minggu..tapi selepas 2 minggu bateri mulai tidak masuk cas..apa masalahnya ya..
    Tapi bila jumper hidup plak..

    Reply
  45. aminuddin on 02/04/2020 09:56

    Ada pengecas bateri kereta jenis SOUER menyatakan bateri boleh dicas tanpa bateri dikeluarkan dari kenderaan. Apakah maksudnya boleh dicas sedangkan kebal positif dan negatif tidak ditanggalkan dari kepala bateri?

    Reply
  46. ceq on 09/04/2020 10:15

    saya nak beli jumper..berapa amp yg sesuai..klu beli yg 2000 amp sesuai x untuk kereta sedan persona biasa?

    Reply
  47. Nazarudin on 10/04/2020 22:16

    Assalam admin..mohon bantuan pertanyaan.. sy tak tahu bateri ada level air bateri..jadi sy cek air bateri, sy igtkan air bateri kurang..sy isi air bateri smpai penuh terus..lebih dari takat level dia.. so, ada effect tak dekat bateri tu ya? Mohon jawapan yg arif.. terima kasih..

    Reply
    • Abang GYL on 10/04/2020 23:30

      Kalau boleh buang sikit ikut level

      Reply
  48. BokkKuBossMuJua on 16/04/2020 14:05

    Kalau saya haus, boleh tak nak minum sikit air bateri tu bossku??

    Reply
  49. Azman on 22/04/2020 00:52

    Saya gna kereta wira..mslah skrg kereta jarang naik…kadang semgu bru start runing enjin tpi bila semgu nk start beteri kong kna jumper bru idup apa punca jd mcm ni ye??beteri alternator baru…

    Reply
  50. johnton on 26/04/2020 13:06

    Salam tuan…..bateri EFB start stop boleh masuk ke kereta lama ke? Contoh bateri kereta aruz ke kereta kelisa….tq

    Reply
  51. Chen on 29/04/2020 03:28

    Salam nak tanya kalau kereta axia e basic manual..ditinggalkan di negeri lain sbb sy terkandas masa pkp ni…boleh saya tahu apa kesan pada bateri kalau kita tinggal lebih sebulan dgn jenis kereta manual ni ya? Dan apa sy perlu buat memandangkan pkp masih diteruskan?

    Reply
  52. Luna on 11/05/2020 17:54

    Asalamualaikum ..sy nk tanya mcmna ye nk buka pintu kereta yg bateri weak.. guna kunci alarm pun xboleh..kunci utama xblh..kunci pendua pn xboleh buka jgk..macamna ye cara yg blh buka pntu kereta tu..?

    Reply
    • Abang GYL on 12/05/2020 12:01

      Sepatutnya kunci manual boleh

      Reply
  53. Yuyu on 22/05/2020 21:21

    Salam. Kalau nak tukar bateri kereta kena pergi proton servis ke boleh pergi mana2 kedai yanh jual bateri?

    Reply
    • Abang GYL on 22/05/2020 21:52

      Mana-mana yang ada jual pun boleh

      Reply
  54. Ahmad on 03/06/2020 13:07

    Antar servis keta honda city katanyer batery ada 49percent..maseh kah boleh saya guna batery tur atau perlu dtukar segera

    Reply
    • AO on 03/06/2020 13:23

      Masih boleh guna. Cuba cas untuk panjangkan hayat bateri. Boleh tukar kalau dah drop bawa 40%

      Reply
  55. izzat on 08/06/2020 11:53

    kalau battery disimpan dan dibiar lama tak pakai boleh ada effect pada battery tu ke? battery jenis sel kering. sebab saya ada beli battery extra untuk preparation just in case kalau battery yg sedang digunakan sekarang ada masalah then boleh just tukar battery yg baru.

    Reply
  56. Zulkefli on 08/06/2020 16:29

    Dlm mood menunggu dgn aircond terpsang tanpa mghidupkn ejin kereta adakah ia akn memberi kesan sampingan selain dari segi jangkahayat bateri tersebuut

    Reply
  57. Nil on 16/06/2020 12:28

    hii..sy mengunakan kereta Nissan serena 2020 baru beli..jadi sy akan tinggal kan kereta selama 13 hari tanpa di hidupkan engin dan tanpa cabut beteri.jadi sy nak bertanya bagaimana cara nak tinggalkan kereta selama 13 hari supaya beteri tak kong/lemah.

    Reply
  58. Rahman on 10/08/2020 13:25

    Battery sel basah boleh cas ke

    Reply
  59. Azhar on 16/08/2020 23:01

    Saya nk tanya ,bateri sy sel kering…sy cas menggunakan charger bateri ..klu guna mod repair sambil letak multimeter pd terminal bateri volt menunjukkan 6.++v…adakah bateri tu dah xblh masuk cas?

    Reply
  60. Hazlin on 18/08/2020 10:23

    Salam,bateri satria neo adalah DIN55R. Tetapi penggendali bateri kereta saya salah bawa size. Ditukar kepada DIN55L pada bulan 2/2020. Sekarang 8/2020 kereta saya dah taknboleh start. Jumper baru boleh start. Adakah bateri tersebut tidak sesuai atau tidak ikut spesifikasi bateri sepatutnya yg menyebabkan bateri saya lemah dengan cepat?

    Reply
  61. Muhammad hasrul bin Halim on 24/12/2020 12:43

    Hi.tumpang tanya.sy memiliki kereta Nissan navara d40.masalah sekarang bateri sy tengok keluar air ikut tudung tambah air tu,dan sy cek voltage 14.2/13.8 bila on ekon ms drive..sbb apa ya air tembak keluar blk.ada yg ckp alternator dah xok.overcas.sy tkt akan ganggu ECU Keta..boleh bg pencerahan kalau sy tukar bateri lain akan selesaikan masalah atau tak?

    Reply
  62. Faizal jack on 25/04/2021 15:51

    Saya memiliki kereta Proton pesona. Batteri baru, altenator ok, cable terminal ok dan dipasang kemas tapi masih flat batteri ada idea tentang hal ini

    Reply
  63. Awang Muhammad Nasib on 24/11/2021 16:53

    Bolehkan guna bateri lebih besar kuasa Dari biasa

    Reply
    • AO on 24/11/2021 18:18

      Tak boleh

      Reply
  64. OV on 19/06/2022 23:04

    Assalam.
    Saya mempunyai kereta Audi A4 B6, semasa saya membeli, tuan dahulu telah menukae enjin dan gearbox, jika dilihat engin 1.8, tetapi gearbox asal 5speed (rujuk website), tetap yang saya dapat adalah 7speed, jadi bateri Din apakah yg sesuai dengan kereta saya.terima kasih

    Reply
    • AO on 10/08/2022 20:19

      Ikut spec enjin baru

      Reply
  65. Syl Tan on 28/03/2023 14:31

    Nak tanya tuan.
    Kerata sya sga flx mnual masalanya jika kereta sya bergerak dlm jngka msa ygnlma sdikit masa nak hidupkan kembali.agak sukar dan kadang perlu tunggu hinggga berpa minit baru bole dihidupkan semula.
    Apa masalahnya jika terminal bateri terasa panas dan apa bila sejuk kereta snang dihidupkan.
    Terima kasih tuan

    Reply
  66. proton on 16/07/2023 00:37

    terima kasih atas perkongsian

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.