Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tengku Zafrul Yakin EV, Hibrid Capai 15 Peratus Jualan Kenderaan Tujuh Tahun Lagi
Auto Terkini

Tengku Zafrul Yakin EV, Hibrid Capai 15 Peratus Jualan Kenderaan Tujuh Tahun Lagi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KENDERAAN elektrik (EV) dan hibrid dijangka merangkumi 15 peratus jumlah keseluruhan industri (TIV) Malaysia dalam tempoh tujuh tahun lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pernah membuat pengumuman itu pada pelancaran sedan elektrik, BYD Atto3 pada awal Disember 2022.

Pagi tadi, Zafrul mengulangi pengumuman sasaran kenderaan EV dan hibrid 2030 pada majlis pelancaran Mercedes EQS 500 versi pemasangan tempatan (CKD).

SASARAN EV, HIBRID MALAYSIA

  • 2030: EV dan hibrid mencapai 15 peratus TIV.
  • 2040: EV dan hibrid merangkumi 38 peratus TIV.
  • 2025: Mencapai misi penyediaan 10,000 stesen cas EV seluruh negara.

Mengimbas kembali prestasi EV tahun lalu, Malaysia cuma mencatatkan jualan 2,631 unit berbanding 274 unit sepanjang 2021. Stesen cas EV pula dianggarkan 1,000 unit seluruh negara.

APA KATA ZAFRUL

Mercedes Benz Malaysia adalah satu contoh syarikat yang membekalkan kenderaan (elektrik) di sini. Dan ada syarikat lain juga membuat pemasangan kereta EV di Malaysia.

“Tapi yang lebih penting adalah sasaran yang saya sebut tadi, di mana Kerajaan bersama dengan industri automotif kita dan industri EV lain perlu bekerjasama dalam stesen pengecas EV dan ekosistem EV.

“Ia penting, bukan saja dari industri automotif. Penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga penting.

“Salah satu contoh adalah sasaran 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025. Kita perlu bekerjasama dengan syarikat-syarikat pemasang pengecas EV, PBT dan Kementerian terlibat.

“Kalau tidak, kereta EV ada tapi charger tak ada. Ini menyebabkan tidak lengkap ekosistem EV.”

Beliau berkata, insentif diberikan Kerajaan sebelum ini membantu pengeluar EV dan mewujudkan limpahan ekonomi positif kepada Malaysia seperti peluang pekerjaan dan peralihan teknologi.

KENAPA ZAFRUL YAKIN SASARAN MAMPU DICAPAI?

Sasaran itu memang tinggi dan faktor harga. Kalau dilihat kereta-kereta EV di pasaran, (harga) masih lagi tinggi berbanding (kenderaan berasaskan) trenkuasa pembakaran dalaman (ICE).

“Tapi apa yang kita lihat ialah harga semakin menurun. Ini satu contoh. Kalau lihat seluruh dunia, harga kenderaan EV pun nampak trend menurun dengan perkembangan lebih banyak teknologi. Seterusnya permintaan. Jika permintaan tinggi dengan economy scalable (ekonomi boleh skala), kita harap ia terus turun.

“Saya optimis dengan perkembangan teknologi yang begitu pantas akan mengurangkan harga EV. Kita pun ada sasaran 38 peratus (TIV) menjelang 2040, tetapi ini bukan hanya sasaran EV tetapi juga kenderaan hibrid.

“Kalau sasaran itu cuma EV, saya rasa sukar untuk dicapai kerana kos kereta EV masih lagi tinggi untuk dapat volum yang kita sasarkan.”

BACA >>> Proton Mahu Malaysia Jadi Hab, Pengeksport EV Pemanduan Kanan
BACA >>> Ni Hsin EV Tech Mahu Bawa Masuk Superbike Elektrik ke Malaysia Menjelang 2025
BACA >>> Menteri: Kereta Elektrik Versi CKD Mampu Beri Harga Bawah RM100k
BACA >>> Volvo C40 Recharge Pure Electric (2023) Versi CKD Kini di Malaysia, Harga RM288k!
BACA >>> #TahukahAnda: Volkswagen Sudah Bikin Kereta Elektrik Sejak 1972!
BACA >>> Toyota HEV: Kenapa Teknologi Hibrid Toyota Berbeza?

Auto Terkini Mercedes-Benz Malaysia Sasaran Kenderaan EV Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tukar Minyak Enjin Pun Boleh Dapat Perlindungan? Ini Yang Ditawarkan Automaster Care

    19/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.