• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Kereta Elektrik Versi CKD Mampu Beri Harga Bawah RM100k

Menteri: Kereta Elektrik Versi CKD Mampu Beri Harga Bawah RM100k

January 4, 2023 By Sharil Leave a Comment

24
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN elektrik (EV) boleh menjadi salah satu kenderaan utama Malaysia pada masa depan sekiranya Kerajaan mampu menetapkan harga di bawah RM100,000 menerusi produk pemasangan tempatan (CKD).

Dipetik Utusan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, usaha tersebut mampu direalisasikan menerusi kerjasama pengeluar automotif selain pembinaan kilang pemasangan dalam negara.

BACA >>> Proton Mahu Hasilkan Kenderaan EV Sendiri Bermula 2027, Saga Jadi Model Pertama?
BACA >>> Pertama di Malaysia, Etiqa Tawar Pelan Perlindungan untuk Pengecas EV di Rumah!

Menurutnya, Malaysia tiada masalah sumber untuk pembangunan dan penggunaan kereta elektrik. Jika berhasil, ia dapat membantu merealisasikan misi ke arah negara rendah karbon.

Cuma kita tidak mahu golongan berpendapatan tinggi (T20) saja boleh pakai. Sekurang- kurangnya kita sasarkan golongan pertengahan (M40) pun boleh pakai,” katanya.

Nik Nazmi juga menyatakan kos adalah perkara paling penting dan lambakan kenderaan elektrik tidak boleh dibiarkan begitu saja tanpa mampu digunakan rakyat Malaysia.

Nik Nazmi sebelum ini memaklumkan Kerajaan akan meneliti usaha membawa masuk lebih banyak kenderaan elektrik (EV) mampu milik berharga bawah RM100,000 untuk pasaran tempatan.

Langkah itu dibuat berikutan harga kebanyakan kereta elektrik di Malaysia masih lagi dianggap mahal dan di luar kemampuan kerana dijual di atas harga RM100,000.

Bagaimanapun, cadangan tersebut mengundang reaksi negatif sesetengah pihak, terutama melibatkan kos penyenggaraan.

Kereta Elektrik Ora Good Cat dijual pada harga bermula RM139,800.

Apabila penggunaan EV semakin meluas di Malaysia, kos bekalan sumber dan penyenggaraan juga akan menjadi lebih murah berbanding sekarang.

Dari segi sumber kita tiada isu. Cuma kos saja. Mungkin ada orang bangkitkan isu pengecas, bateri dan sebagainya. Tapi apabila bertambah pengguna kereta ini nanti, kos akan turun. Kalau mahu cas tenaga pantas, pengguna mungkin perlu bayar sikit,” katanya.

SUMBER: Utusan

Artikel Berkaitan

24
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, CKD, EV, Kenderaan Elektrik, kereta elektrik, Mampu milik, Nik Nazmi Nik Ahmad, RM100k

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike Retro Klasik Yamaha GT150 Fazer (2023) Lancar di China, Harga RM8.4k
    Sportbike Retro Klasik Yamaha GT150 Fazer (2023) Lancar di China, Harga RM8.4k
  • Skuter Advencer dari Sepanyol Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga Mula RM17k!
    Skuter Advencer dari Sepanyol Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga Mula RM17k!
  • DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
    DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
  • Penemuan Ajaib di Kuantan, PBT Jumpa Bangsal Kereta Tengah Jalan!
    Penemuan Ajaib di Kuantan, PBT Jumpa Bangsal Kereta Tengah Jalan!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my