Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tengku Zafrul: “Buang Masa Lah Kerajaan Beri Pelbagai Keistimewaan Kepada Tesla?”
Auto Terkini

Tengku Zafrul: “Buang Masa Lah Kerajaan Beri Pelbagai Keistimewaan Kepada Tesla?”

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAPORAN mengenai Tesla untuk tidak meneruskan rancangan membuka kilang pembuatan kenderaan di Thailand termasuk di Malaysia dan Indonesia sudah mengundang respons  Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau menjawab isu itu dengan kenyataan panjang di platform X (Twitter) dengan:  “Tanya Tesla. Betul ke Tesla tak jadi bina kilangnya di Asia Tenggara?”

Tengku Zafrul juga menegaskan bahawa laporan mengenai perkara itu diterbitkan sebuah akhbar Thailand iaitu The Nation sebelum dipetik semula akhbar-akhbar tempatan Malaysia.

Ini kata beliau:

Pertamanya, laporan tersebut bukanlah kenyataan rasmi Tesla, sebaliknya hanya memetik sumber yang anonymous ataupun tak bernama. Jadi, bila ditanya, jawapan saya ialah wartawan perlu semak kesahihan berita ini dengan Tesla, kerana sumber berita ini bukanlah Tesla.

Kedua, MITI pun tak pernah buat pengumuman Tesla akan buka kilangnya di Malaysia. Memang kita adakan perbincangan dengan Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di sini.

BUANG MASA BERI KEISTIMEWAAN KEPADA TESLA

Tengku Zafrul kemudian meneruskan hujah berhubung satu persoalan yang dibahaskan ramai pihak yang merasakan Tesla menerima pelbagai insentif dan keistimewaan berbanding pengeluar automotif lain.

Beliau bertanya:

Habis tu, buang masa lah Kerajaan beri pelbagai keistimewaan kepada Tesla? Haa, tak betul tu.”

Tengku Zafrul kemudian menambah:

Dalam usaha mengukuhkan ekosistem EV, Kerajaan telah memperkenalkan Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri yang terbuka untuk mana-mana pembuat kenderaan EV. Antara syarat-syarat yang dikenakan ialah

  1. Memasang sekurang-kurangnya 50 unit ultra fast charger dengan kapasiti melebihi 180 kWh
  2. Memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada ultra fast charger yang telah dibangunkan di Malaysia dibuka untuk kegunaan awam iaitu untuk jenama kenderaan selain daripada jenama milik syarikat.
  3. Bekerjasama dengan sekurang-kurangnya 10 syarikat tempatan dalam membangunkan ekosistem industri perkhidmatan pengecasan EV termasuk menggunakan kontraktor tempatan yang membuat pemasangan pengecas EV, pembekal peralatan seperti transformer, kabel dan lain-lain lagi.

APA MOTIF INSENTIF ITU?

Tengku Zafrul menjawab:

Tujuan inisiatif ini ialah untuk meningkatkan rangkaian pengecas untuk kegunaan pemilik kenderaan EV tempatan dan juga meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem pengecasan EV.

Melalui program yang serupa, negara seperti China, Hong Kong, dan Norway telah mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik. Apabila ini berlaku, banyak PKS tempatan mendapat manfaat daripada penyertaan dalam ekosistem EV.

Setakat ini, hanya Tesla yang telah memohon dan diluluskan penyertaannya dalam inisiatif Global BEV ini tetapi kita mengalu-alukan penyertaan pembuat EV lain.

Jadi, bila kata Tesla dapat layanan istimewa, tak betul tu, mana-mana syarikat pun boleh memohon untuk inisiatif ini.

Sekali lagi saya ulang, MITI atau mana-mana agensinya TAK PERNAH BUAT PENGUMUMAN TESLA AKAN BUKA KILANGNYA DI MALAYSIA.”

Walau apapun, MITI akan terus berusaha menarik pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia. Strategi untuk menarik pelaburan dalam industri automotif tidak terhad kepada Tesla sahaja.”

Tanya Tesla.

Betul ke Tesla tak jadi bina kilangnya di Asia Tenggara?

Laporan ini diterbitkan oleh sebuah akhbar Thailand dan dipetik semula oleh akhbar negara kita.

Pertamanya, laporan tersebut bukanlah kenyataan rasmi Tesla, sebaliknya hanya memetik sumber yang anonymous… pic.twitter.com/fzMn0k0bwg

— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) August 8, 2024

autoterkini Kementerian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tesla batal kilang indonesia tesla batal kilang thailand tesla batal rancangan buka kilang di malaysia Tesla Malaysia The Nation
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Naik 40 Sen, Diesel Semenanjung Naik 70 Sen

    09/04/2026
    Auto Terkini

    B100 Biodiesel Kini Lebih Murah, Mampu Stabilkan Harga Diesel Negara

    09/04/2026
    Auto Terkini

    Chery Lancar Aplikasi Carlinko untuk Pemilik Kenderaan PHEV

    09/04/2026
    BIMS 2026
    Auto Terkini

    #BIMS2026: Pameran Motor Antarabangsa Bangkok 2026 Catat 135,000 Tempahan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    By Shazwan Hisam07/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.