• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tesla Batal Rancangan Buka Kilang EV di Thailand

Tesla Batal Rancangan Buka Kilang EV di Thailand

August 7, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TESLA membatalkan rancangan mendirikan kilang pembuatan kenderaan elektrik (EV) di Thailand dan mahu menumpukan sepenuhnya kepada stesen pengecas.

Maklumat ini didakwa disampaikan sumber pentadbiran Kerajaan kepada portal berita National Thailand. Keputusan itu diambil berikutan 'pembubaran' pasukan eksekutif Tesla yang melawat Thailand sekitar November-Disember lalu.

Sumber memberitahu portal itu;

Tesla buat masa ini cuma bincang pasal stesen pengecasan, rancangan (pembukaan) kilang digantung bukan hanya di Thailand tetapi seluruh dunia. Mereka tidak akan meneruskan (rancangan itu) di Malaysia, Indonesia atau mana-mana kecuali China, Amerika dan Jerman."

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pada November lalu berkata, Tesla mahu menjadikan Thailand sebagai hab pengeluaran EV. Pengumuman itu dibuat selepas beliau mengadakan beberapa mesyuarat dengan eksekutif Tesla di AS dan Thailand.

Malah Srettha pernah melawat kilang Tesla Fremont di California ketika lawatan ke AS bertemu eksekutif Tesla dan bergambar bersama sebuah  Cybertruck.

Pengumuman dibuat sebelum ini menyatakan Tesla sedang mencari tiga tapak yang berpotensi mendirikan kilang  dan syarikat itu dijangka mengumumkan jumlah pelaburan lebih AS$5 bilion (RM22.5 bilion) pada suku pertama tahun ini.

SUMBER: The Nation

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Autoglobal, Kenderaan Elektrik (EV), Srettha Thavisin, Tesla Fremont, tesla thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my