Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tempahan smart #1 Dibuka untuk Pasaran Malaysia, Anggaran Harga RM200k-RM250k!
Auto Terkini

Tempahan smart #1 Dibuka untuk Pasaran Malaysia, Anggaran Harga RM200k-RM250k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SMART Malaysia mengumumkan pembukaan tempahan smart #1 untuk pasaran tempatan, sekali gus menjadikan Malaysia negara Asean pertama membuka tempahan untuk model kenderaan elektrik (EV) tersebut.

Pengumuman itu dibuat susulan Memorandum Perjanjian (MoA) dimeterai antara smart dan Proton di Nanning, China, hari ini yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong dan Timbalan CEO, Roslan Abdullah.

CEO smart Malaysia, Zhang Qiang berkata;

Kami berbangga berada di barisan depan untuk ketibaan jenama smart di Asean, selepas smart Automobile mengumumkan majlis penyampaian kereta pertama smart #1 di Malaysia.

“Pencapaian ini bermakna smart Malaysia kini bersedia bermula dengan penghantaran kenderaan kepada pelanggan pada suku keempat 2023 dengan sembilan pengedar kami sudah bersiap sedia menyambut mereka.

“Kami juga teruja mengumumkan program manfaat #1 Early Bird dengan ganjaran kepada pelanggan yang merebut peluang ini untuk menjadi antara pemilik pertama smart #1.”

TEMPAHAN AWAL DAPAT GANJARAN

  • Tempahan smart #1 boleh dibuat menerusi aplikasi Hello smart dengan deposit RM1,000 (boleh dikembalikan)
  • Pembeli awal akan menerima manfaat #1 Early-Bird eksklusif dalam bentuk kredit pengecasan bernilai RM1,001 menerusi aplikasi Hello smart untuk 501 pelanggan pratempahan pertama.
  • Kredit pengecasan akan dikreditkan ke akaun pemilik selepas smart #1 dihantar.
  • Hello smart ialah aplikasi EV bersepadu pertama yang direka untuk meningkatkan kemudahan dan memperkaya gaya hidup pengguna smart.

ADA 3 MODEL PILIHAN

Pro
  • Model smart #1 yang akan dijual di Malaysia terdiri daripada varian Pro, Premium dan BRABUS.
  • Varian Pro dan Premium memiliki rekabentuk bergaya dengan menawarkan pengalaman pemanduan mengujakan sebagai EV pintar.
  • Varian BRABUS pula digelar supercar prestasi tinggi  dengan rekabentuk luaran menarik, ruang kabin cerah dan prestasi dipertingkat.

HARGA

  • Anggaran harga smart #1 Pro, Premium dan BRABUS dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), tanpa insurans  adalah antara RM200,000 hingga RM250,000.

APA MENARIK?

  • smart #1 Pro menggunakan rim aloi 19 inci seretan rendah untuk kestabilan, dan bumbung halo panoramik yang memberikan pencahayaan dan pemandangan semula jadi.
  • Dilengkapi pek bateri LFP 49kWh dengan jarak pemanduan sejauh 315km mengikut ujian kitaran Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).
  • smart #1 Premium menerima tambahan lampu depan CyberSparksLED + Matrix, gril depan bercahaya dan pek bateri  NMC 66kWh.
  • Unit motor sama seperti Pro, iaitu motor tunggal 200kW (268hp) dan tork 343Nm. Model pacuan roda belakang (RWD) itu menawarkan jarak pemanduan 440km.
  • smart #1 BRABUS direka buat mereka yang mahukan EV prestasi tinggi dengan pecutan 0-100kmj  sepantas 3.9 saat.
  • Varian ini menggunakan dwi-motor berkuasa 315kW (422hp) dan tork 543Nm, dengan sistem pacuan semua roda (AWD) untuk jarak pemanduan kira-kira 400km.

WARNA

i. smart #1 Pro
  • Digital White (putih), Laser Red (merah), Cyber Silver (perak), Quantum Blue (biru) dan Future Green (hijau).
  • Tona kabin After Dark.
ii. smart #1 Premium
  • Ada lima warna sama seperti Pro dan ada tambahan warna Atom Grey-Matte (kelabu kusam) dan Lumen Yellow (kuning).
  • Kemasan kabin Dark Matter dalam dwi-tona putih dan hitam. kedua-duanya menampilkan Eclipse Black Roof  (kecuali Atom Grey) yang mendapat warna bumbung sama dengan badan kenderaan.
iii. smart #1 BRABUS
  • Kemasan kabin BRABUS
  • Ada tujuh kombinasi warna badan:
    • Atom Grey-Matte, Meta Black dan Cyber Silver dengan bumbung Radiant Red (merah)
    • Digital White, Laser Red dan Cyber Silver dengan bumbung hitam.
    • Atom Grey-Matte dengan warna bumbung-badan sama.
smart #1 PRO
Pro
smart #1 PREMIUM
Premium
smart #1 BRABUS
Auto Terkini Dr. Li Chunrong Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 Roslan Abdullah Smart #1 smart Malaysia WLTP Zhang Qiang
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.