Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Tempahan Hyundai Kona Edisi Iron Man Kini Dibuka Seluruh Dunia
Roda4

Tempahan Hyundai Kona Edisi Iron Man Kini Dibuka Seluruh Dunia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DARI mata peminatnya, Tony Stark ialah seorang lelaki supercar, yang muncul dengan Audi R8 dan Acura NSX dalam filem Iron Man. Tetapi kini dia memilih sesuatu yang lebih sederhana, iaitu sebuah Hyundai Kona.

Hyundai mengumumkan kedatangan Kona baharu – Edisi Iron Man. Crossover unit terhad itu hanya dipasangkan mengikut tempahan dan tempahan dibuka kepada pelanggan seluruh dunia. Seperti gambar ditunjukkan, penampilan model ini semestinya dibikin berasaskan ilham filem Iron Man yang kelihatan seperti sut besi adiwira itu.

BACA >>> Hyundai Kona EV – Cas Penuh Mampu Jelajah 300-500km

Kona Edisi Iron Man tampil berbeza daripada versi standard lain dengan lampu depan LED unik, yang seakan pancaran cahaya mata topeng. Ini termasuk motif topeng Iron Man pada bumbung, ventilator bonet bentuk v, lencana pada fender, juga motif topeng  Iron Man, dekal pintu belakang ‘Stark Industries’ dan rim kustom 18-inci dengan penutup tengah topeng Iron Man.

Model edisi khas ini hanya ditawarkan dalam warna kelabu kusam dalam aksen merah Iron Man.

Melihat ke dalam, crossover tersebut dihiasi tombol gear Iron Man yang unik, kerusi kustom dan paparan dongak (HUD) yang direka kemas dan tiada pada mana-mana model Kona lain.

Hyundai Kona Edisi Iron Man ini ialah lanjutan kempen pemasaran Hyundai dengan Marvel Studios. Awal tahun ini, pengeluar automotif itu mempamerkan model Veloster kustom yang muncul dalam filem Ant-Man and The Wasp, juga keluaran Marvel.

Pengeluaran Hyundai Kona Edisi Iron Man itu akan bermula Disember ini. Bagaimanapun harga tidak didedahkan setakat ini.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Ant-Man and the Wasp Crossover hyundai Hyundai Kona Hyundai Kona Edisi Iron Man Hyundai Kona Iron Man Edition Iron Man Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Marvel Studios Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.