Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Teksi Motosikal – Dego RIDE Diarah Tutup, Tiada Lesen Operasi
Auto Terkini

Teksi Motosikal – Dego RIDE Diarah Tutup, Tiada Lesen Operasi

Han OthmanBy Han Othman13/02/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

dego ride
TAHUKAH anda di Malaysia ada perkhidmatan teksi motosikal? Jangan malu jika anda baru tahu sebab kami pun baru saja mengetahuinya selepas membaca berita Harian Metro semalam mengenai amaran Kementerian Pengangkutan Malaysia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Dego RIDE kerana beroperasi tanpa lesen sah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Siapakah Dego RIDE dan apakah pula teksi motosikal? Biar kami jelaskan kepada anda.

Dego RIDE ialah perkhidmatan pengangkutan motosikal berbayar yang beroperasi menggunakan aplikasi atas talian atau online sepenuhnya. Anda cuma perlu bayangkan perkhidmatan GrabCar atau Uber versi motosikal. Cara tempahan juga tidak banyak berbeza dengan dua perkhidmatan pengangkutan kereta online tersebut.

Berdasarkan tinjauan kami di laman web Dego RIDE, mereka mengenakan caj tambang serendah RM2.50 untuk perjalanan berjarak 3km, dan tambahan 0.60 sen bagi setiap kilometer berikutnya. Sekarang bayangkan anda menumpang motosikal dari Jalan Telawi di Bangsar ke Mid Valley Megamall dengan membayar hanya RM2.50! Wow!

Buat masa sekarang Dego RIDE menyediakan perkhidmatan teksi motosikal itu untuk pengguna sekitar Lembah Klang membabitkan Kuala Lumpur (KL) dan Selangor sahaja. Uniknya, kawasan liputan perkhidmatan ditandakan dengan nombor poskod, dan jika lokasi anda termasuk dalam ‘wilayah’ poskod itu, ya, anda boleh menggunakan Dego RIDE. Apa yang boleh kami katakan, hampir seluruh kawasan KL dan Selangor berada dalam liputan perkhidmatan tersebut.

KEMENTERIAN ARAH BERHENTI

Mengenai berita Harian Metro pula, Kementerian Pengangkutan mengarahkan perkhidmatan tersebut dihentikan serta-merta atas faktor keselamatan. Menurut Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar), buat masa sekarang pihak kementerian tiada sebarang perancangan untuk mengeluarkan lesen operasi bagi perkhidmatan tersebut. Justeru tindakan undang-undang akan diambil jika terus beroperasi.

Menurut Tiong Lai, penunggang tidak boleh membawa orang awam dan mengenakan tambang kerana ia satu kesalahan di bawah JPJ. Bagaimanapun, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dego RIDE, Nabil Feisal Awad Bamadhaj berkata, tiada peruntukan undang-undang yang menghalang mereka menawarkan perkhidmatan seperti itu.

Merujuk status Facebook Nabil pada 26 Januari lalu, pihaknya belum menerima sebarang notis rasmi daripada pihak berkuasa yang menggesa supaya perkhidmata Dego RIDE dihentikan.

PATUTKAH DILULUSKAN?

https://www.retailnews.id/wp-content/uploads/2016/07/grabbike.jpg

Apa pula pendapat anda? Di Indonesia dan Vietnam, perkhidmatan teksi motosikal sudah diluluskan pihak berkuasa negara itu di bawah pengendali GrabBike yang juga bersekutu dengan GrabCar. Malah, GrabBike dan Go Jek (pengendali tempatan) terlebih dahulu mendapat lesen sah daripada Kerajaan Jakarta kerana tidak perlu berdepan kontroversi dan konflik kepentingan dengan perkhidmatan teksi kereta sedia ada.

Persoalannya, bersediakan kita menerima trend baharu pengangkutan awam jenis ini? Beranikah anda membonceng motosikal untuk ke destinasi tertentu? Semestinya isu keselamatan sangat kritikal, tambahan lagi penunggang motosikal sememangnya terdedah kepada bahaya yang lebih tinggi berbanding kereta. Setakat bacaan kami, Dego RIDE cuma menyediakan perlindungan hingga RM500 bagi setiap permohonan yang kami faham sebagai merujuk kepada jaminan penghantaran barang dengan selamat. Ataupun ia turut membabitkan perlindungan insurans peribadi ke atas penumpang?

aplikasi pengangkutan motosikal Auto Terkini Dego RIDE perkhidmatan teksi motor teksi motor teksi motosikal Malaysia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.