Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Teknologi Hibrid Hi4 GWM Didedahkan – AWD Pintar, Jimat Minyak dan Lebih Selamat!
Auto Terkini

Teknologi Hibrid Hi4 GWM Didedahkan – AWD Pintar, Jimat Minyak dan Lebih Selamat!

SyafieBy Syafie08/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GWM Malaysia menerusi satu sesi lawatan korporat ke Baoding, China baru-baru ini membentangkan secara terperinci teknologi hibrid plug-in (PHEV) AWD terkini mereka yang dikenali sebagai Hi4, yang bakal menjadi tunjang kepada kebanyakan model masa depan jenama itu untuk pasaran global termasuk Malaysia.

Teknologi ini dibangunkan bagi memenuhi permintaan SUV moden yang memerlukan gabungan prestasi tinggi, penjimatan bahan api, kestabilan pemanduan dan keselamatan maksimum – khususnya bagi kenderaan segmen keluarga dan SUV bersaiz sederhana sehingga besar.

Apa Itu GWM Hi4?

Hi4 iaitu akronim kepada Hybrid Intelligent 4WD adalah sistem PHEV AWD generasi baharu yang menggabungkan:

  • Enjin petrol turbo
  • Motor elektrik hadapan
  • Motor elektrik belakang
  • Transmisi khas Dedicated Hybrid Transmission (DHT)
  • Sistem pengagihan tork pintar

Berbeza dengan kebanyakan sistem hybrid AWD konvensional yang masih menumpukan pacuan utama di bahagian hadapan, Hi4 memposisikan motor utama di gandar belakang, sekaligus menghasilkan:

  • Agihan berat kenderaan hampir 50:50 depan – belakang
  • Cengkaman lebih baik
  • Pengurangan wheel spin
  • Kestabilan tinggi ketika selekoh dan jalan basah

Masalah Hybrid Konvensional Yang Disasarkan

GWM mendedahkan tiga isu utama sistem hybrid AWD biasa:

  • Beban depan terlalu berat
    •  Semua komponen berkumpul di hadapan, menyebabkan stereng kurang sensitif dan keselesaan menurun.
  • Kehilangan kuasa mekanikal
    • Coupling dan geseran trenkuasa mengurangkan kuasa efektif sampai ke roda.
  • Keselamatan pelanggaran kurang optimum
    • Kepadatan komponen di ruang hadapan menjejaskan zon remuk ketika kemalangan.

Solusi Melalui Reka Bina Hi4

Hi4 menyusun sistem elektrik dan pacuan secara distributed power layout, bukan tertumpu di depan seperti sistem lama.

Antara inovasi utama Hi4:

  • Rear-Mounted Main Drive Motor: Motor utama diletakkan di belakang untuk daya tarikan lebih kuat dan stabil.
  • Intelligent Torque Vectoring Control (iTVC): Sistem agihan tork pintar kiri-kanan serta depan-belakang dalam masa secepat 10 milisaat, untuk kestabilan di selekoh dan laluan licin.
  • Multi-Gear Electro-Mechanical Coupling: Transmisi khas membolehkan tindak balas kuasa lancar tanpa kehilangan tenaga.
  • Dual-Motor Series-Parallel AWD Architecture: Kenderaan boleh bergerak dalam pelbagai mod seperti:
    • EV tulen
    • Hybrid series
    • Hybrid parallel
    • AWD elektrik
  • Distributed Layout: Rekabentuk kuasa berpecah hadapan dan belakang:
    • Keseimbangan casis lebih baik
    • Zon keselamatan impak lebih besar
    • Kabin lebih senyap

Kelebihan Utama Hi4 untuk Pengguna

Prestasi

  • Pecutan 0-100 kmj hingga 40 peratus lebih pantas berbanding petrol biasa
  • 23 peratus lebih pantas berbanding sistem hibrid pesaing
  • SUV segmen sederhana dengan Hi4 mencatatkan kemampuan  0-100 kmj hanya 5.9 saat

Kelancaran

  • Jerk acceleration hanya 0.7 m/s²
  • Pecutan EV 0-60 kmj mengambil 0.5 saat
  • Pemanduan lebih smooth dan tidak tersentak

Kesenyapan

  • Struktur trenkuasa lebih padat dan seimbang mengurangkan bunyi sehingga 8 dB
  • Kabin lebih senyap dari SUV petrol konvensional.

Penjimatan

  • 30 peratus lebih jimat berbanding petrol biasa
  • 10 petrol lebih cekap berbanding hybrid pesaing
  • Penggunaan bahan api campuran sekitar: 5.8 – 5.9 L/100 km (WLTC)

Keselamatan

  • Torque vectoring pintar
  • Agihan berat 50:50
  • Tingkat kestabilan di jalan basah dan selekoh
  • Membantu pemandu mengawal SUV besar dengan lebih yakin.

Hi4 Performance – SUV Sederhana dan Besar

Bagi SUV segmen C hingga E yang lebih berat, GWM memperkenalkan varian Hi4 Performance.

Ciri utama:

  • Dual motor AWD
  • Transmisi khas 4-kelajuan Dedicated Hybrid Transmission (80 kW)
  • Enjin 1.5T atau 2.0T
  • Motor belakang sehingga 220 kW
  • Agihan berat 50:50

Prestasi SUV Besar Dengan Hi4 Performance:

  • 0-100 kmj sepantas 4.7 saat
  • Penggunaan bahan api sekitar 5.95 L/100 km
  • Prestasi setaraf SUV turbo prestasi tinggi tetapi penggunaan minyak hampir sama kereta kompak.

Kecekapan Terbaik Dalam Kelas

Sistem DHT 4-kelajuan Hi4 memastikan enjin sentiasa bekerja pada julat kecekapan optimum.

Kecekapan Terma:

  • Hi4 Performance: 38.6 peratus
  • Hibrid pesaing: 34.7 peratus
  • Hybrid series konvensional: 32.6 peratus

Hi4 muncul sebagai hibrid AWD paling efisien dalam kelasnya.

Penggunaan Global dan Ujian Dunia Sebenar

Teknologi Hi4 bukan sekadar konsep makmal – ia sudah digunakan secara komersial sejak 2023 pada model berikut:

Model keluarga:

  • Haval Xiaolong Max
  • Haval Raptor (Menglong)
  • Haval Big Dog Gen-2

Jumlah jualan: 190,000 unit

Hi4 Performance:

  • WEY Blue Mountain
  • WEY Gaoshan
  • WEY New Mocha

Jumlah jualan: 140,000 unit

Pasaran Eksport

Hi4 telah memasuki pelbagai pasaran antarabangsa:

  • Thailand – TANK 700 Hi4
  • Brazil – TANK 300 Hi4
  • Kazakhstan – TANK 700 Hi4-T
  • Australia – POER Sahara Hi4

Ini menunjukkan teknologi Hi4 sudah lulus ujian seperti:

  • Pelbagai iklim ekstrem
  • Laluan desert, off-road dan lebuhraya
  • Kegunaan harian sebenar

Anugerah Antarabangsa

Teknologi Hi4 sudah meraih pelbagai pengiktirafan seperti:

  • China Auto Awards – Best AWD Off-Road Performance
  • China Heart – Top 10 Hybrid Power Systems
  • Automotive Evaluation Institute – World Top 10 Hybrid System
  • WNVC – Global New Energy Innovation Award

Rangkaian Ujian Global

Bagi memastikan ketahanan dan kesesuaian global, GWM kini memiliki:

  • 1,682 unit peralatan verifikasi
  • Lebih 2,000 fasiliti ujian dan pensijilan
  • Ribuan ujian kalibrasi di luar negara

Fasiliti meliputi:

  • Makmal Kawalan Impak dan Keselamatan
  • Makmal EMC
  • Smart Transportation Testing Field
  • NVH Lab
  • Interaction dan Simulation Lab

Bertujuan memastikan teknologi Hi4 selamat digunakan di lebih 30 pasaran dunia termasuk ASEAN.

Impak Kepada Pasaran Malaysia

Sekiranya model seperti:

  • Haval Raptor Hi4
  • Xiaolong Max
  • Penawaran dari jenama WEY

dibawa masuk ke Malaysia, pembeli boleh menjangkakan:

  • SUV AWD jimat minyak
  • Prestasi setara SUV turbo besar
  • Kesenyapan ala EV
  • Tambahan cengkaman ketika hujan
  • Tahap keselamatan lebih tinggi

Hi4 Lebih Fokus Keperluan Pengguna, Bukan Sekadar Teknologi

Hi4 bukan sekadar hybrid biasa, sebaliknya ia adalah sistem AWD elektrifikasi pintar yang menyasarkan keseimbangan 4 elemen utama seperti prestasi, kecekapan, keselesaan, dan keselamatan.

Dengan sokongan ujian global serta penggunaan komersial di lebih 10 negara, Hi4 dilihat matang untuk pasaran Malaysia dan berpotensi menjadi pencetus perubahan bagi segmen SUV hibrid AWD tempatan.

Auto Terkini GWM Malaysia Hibrid Plug-In (PHEV) Hybrid Intelligent 4WD (Hi4)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    28/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.