Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tekan Suis Tingkap, Tapi Pintu Pula Terbuka – Nissan AS Panggil Balik Altima
Auto Terkini

Tekan Suis Tingkap, Tapi Pintu Pula Terbuka – Nissan AS Panggil Balik Altima

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

nissan-altima-recall-2017
INI antara insiden yang sangat jarang berlaku dalam dunia automotif apabila Nissan Altima di pasaran Amerika Syarikat (AS) menghadapi masalah pendawaian berbahaya. Siapa sangka suis tingkap kuasa yang diketik untuk menurunkan tingkap rupa-rupanya boleh menyebabkan pintu terbuka!

Menurut Pentadbiran Keselamatan Lalulintas Lebuhraya Kebangsaan Amerika (NHTSA), selak pintu belakang dan kabel kunci kemungkinan tidak dihalakan dengan betul, sekali gus menyebabkan gangguan tidak diduga terhadap mekanisme bukaan tingkap. Kesannya, pintu boleh tiba-tiba terbuka ketika kereta sedang memecut. Tidak dapat dibayangkan apa yang bakal berlaku!

Menurut Nissan seperti dimaklumkan kepada ABC News, walaupun tiada kemalangan atau kecederaan berlaku akibat masalah tersebut, tetapi Nissan memutuskan memanggil balik 363,000 unit kereta di seluruh dunia untuk menangani masalah berkenaan.

Berdasarkan artikel di laman web Roadshow – CNET, cara menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan memasang pelindung pada bahagian pemasangan pintu sebelah dalam (inner door assembly). Bagaimanapun, bahagian pemasangan kabel kunci dan skrin pengedap pintu kemungkinan besar perlu diganti baharu.

NOTIS PANGGIL BALIK SUDAH HANTAR

Notis panggil balik sudah diserahkan kepada Kerajaan AS pada 18 Januari lalu, tetapi masalah tersebut cuma pertama kali dikesan pada musim panas lalu berikutan laporan satu kemalangan. Kemudian pada September atau Oktober lalu, satu lagi kejadian sama berulang. Pada masa itu barulah Nissan menyedari masalah kabel-hala (routed cable) yang dihadapi Altima.

Proses baik pulih boleh dibuat terus di kilang Nissan, tetapi notis panggil balik hanya akan diumumkan jika pengeluar dari Jepun itu masih lagi mendapat laporan sama dalam beberapa bulan akan datang. Nissan memberitahu akan menghantar notis pemberitahuan dalam tempoh dua bulan akan datang bagi memaklumkan apa yang perlu dilakukan pemilik.

Jadi, buat sementara waktu, pemilik Altima di AS untuk keluaran 2015-2017 diminta memberitahu anak mereka supaya tidak bermain dengan suis tingkap kuasa.

Sementara itu di Malaysia, Altima dipasarkan dengan nama Teana, iaitu sedan segmen-D yang dibikin untuk mencabar kehadiran Honda Accord dan Toyota Camry . Model Teana paling terkini – generasi ke-3 – adalah versi rebadge daripada Altima Amerika Utara. Apapun setakat ini tiada apa-apa aduan diterima daripada pemilik Nissan Teana @ Altima di Malaysia.

SUMBER: CarThrottle

Auto Terkini Nissan Nissan Altima Nissan Teana Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

25/06/2026
Mazda Flair Crossover XS
Auto Terkini

Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

25/06/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

25/06/2026
Auto Terkini

Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.