Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tawaran Mac Volkswagen: Jimat Beli Passat Hingga RM11.5k! Diskaun Baik Pulih Hingga 30 Peratus!
Auto Terkini

Tawaran Mac Volkswagen: Jimat Beli Passat Hingga RM11.5k! Diskaun Baik Pulih Hingga 30 Peratus!

Han OthmanBy Han Othman01/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan promosi penjimatan untuk barisan model Passat dan Pakej Baik Pulih untuk alat ganti baharu.

Pembeli Passat Elegance dan Passat R-Line kini ditawarkan insurans percuma selama setahun bernilai RM5,500 dan rebat petrol percuma juga selama setahun bernilai RM2,500. Jika membuat tempahan menerusi Volkswagen eShowroom, pembeli akan menikmati tambahan rebat atas talian bernilai RM3,500 dengan keseluruhan penjimatan hingga RM11,500.

Mengenai trenkuasa, Passat Elegance dan varian lebih sporty, Passat R-Line dijana enjin 2.0TSI pengecas turbo yang dipadankan kotak gear anjakan terus (DSG) jenis klac basah 7-kelajuan dengan kuasa 188hp dan tork 320Nm. Varian tertinggi Passat R-Line dilengkapi Kawalan Casis Dinamik (DCC) dan ciri canggih lain untuk pengalaman pemanduan dinamik.

Harga jualan Elegance selepas pengecualian cukai ialah RM181,856, manakala R-Line berharga RM203,411.

BACA >>>> Volkswagen Touareg Kini Ada Ciri Parkir Auto Kawalan Jauh Guna Telefon Pintar

 

PAKEJ BAIK PULIH

Sementara itu, pemilik kenderaan Volkswagen yang berusia lebih lima tahun boleh memanfaatkan tawaran Pakej Baik Pulih untuk alat ganti seperti absorber (depan dan belakang), dan cakera brek, termasuk pad brek (depan dan belakang). Bulan ini dimulakan dengan bering roda depan dan belakang serta tali sawat pemasaan.

Semua alat ganti dan kos buruh itu ditawarkan diskaun 30 peratus dengan waranti dua tahun.

Sebagai jaminan tambahan, hanya alat ganti tulen 100 peratus saja yang akan digunakan, manakala komponen relevan lain seperti nat dan bolt akan digantikan sebagai sebahagian kos bagi memastikan prestasi dab keselamatan lebih baik. Semua kerja baik pulih itu dilakukan juruteknik Volkswagen terlatih mengikut standard global dengan alatan diluluskan pengeluar itu.

Berikut penjimatan yang ditawarkan untuk Pakej Baik Pulih:

  • Set absorber depan – RM1,702
  • Set absorber belakang – RM1,174
  • Set brek depan – RM1,117
  • Set brek belakang – RM786
  • Bering depan (1 unit) – RM586
  • Bering depan (sepasang) – RM1,146
  • Bering belakang (1 unit) – RM483
  • Bering belakang (sepasang) – RM958
  • Tali sawat pemasaan – RM448

Bagi melayakkan diri mendapat penjimatan itu, pemilik Volkswagen perlu memuat turun aplikasi mobil Volkswagen Cares dan menunjukkan e-baucar diterima di mana-mana Pusat Servis Volkswagen yang sah.

Pemilik boleh membuat janji temu servis secara atas talian menerusi komputer atau telefon pintar dengan memilih pengedar, tarikh dan masa dimahukan. Perkhidmatan ambil dan hantar juga disediakan.

VPCM menegaskan, semua pengedar Volkswagen seluruh negara mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di bawah inisiatif #SafeHands Volkswagen dengan melaksanakan langkah kebersihan ketat seperti proses sanitasi premis dan bahagian sentuhan utama, pemeriksaan keselamatan betul, penerimaan kenderaan tanpa sebarang kontak, selain sanitasi untuk semua unit pandu uji dan pameran.

Maklumat lanjut boleh layari www.volkswagen.com.my

BACA >>> Volkswagen Golf R (2022) Debut dengan Kuasa 315hp, Mod Drift

Auto Terkini Pakej Baik Pulih Repair Packages Volkswagen Volkswagen Passat Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

04/07/2026
Auto Terkini

Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

03/07/2026
Auto Terkini

Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

03/07/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

01/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

By Abang Hirata04/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
Roda4

Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

By Abang Hirata29/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.