Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Target 800 Unit sebulan, Tapi Honda BR-V Berjaya Terima 4,000 Tempahan Dalam Tempoh 3 Minggu
Auto Terkini

Target 800 Unit sebulan, Tapi Honda BR-V Berjaya Terima 4,000 Tempahan Dalam Tempoh 3 Minggu

Abang GYLBy Abang GYL24/01/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

honda-br-v-2017_pandulaju-17KURANG sebulan, Honda BR-V menerima lebih daripada 4,000 unit tempahan sekaligus menjadikan ia antara model paling diminati ramai.

Dengan sasaran awal sebanyak 800 unit sebulan, Honda BR-V kini sudah melangkaui kuota dan tempoh menunggu dianggarkan sekitar dua bulan.

Daripada jumlah berkenaan, varian V adalah paling laku dan diikuti dengan Honda BR-V E.

BR-V, diambil daripada singkatan Bold Runabout Vehicles ialah model yang dibangunkan khas untuk pasaran Asean dan pertama kali dilancarkan di Indonesia, disusuli Thailand, India dan Filipina.

BACA >>> 8 Sebab Kenapa Anda Wajib Beli Honda BR-V, Harga Pula ‘Tak Masuk Akal’

honda-br-v-2017_pandulaju-31ENJIN 1.5L

Honda BR-V serba baharu dikuasai oleh enjin 1.5L i-VTEC dan dipadankan dengan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT) yang dibangunkan di bawah “Honda Earth Dreams Technology”.

Ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 118hp pada 6,600rpm dan tork puncak 145Nm (4,600rpm).

honda-br-v-2017_pandulaju-267 TEMPAT DUDUK

Menawarkan kapasiti 7-tempat duduk, Honda BR-V menampilkan desain signatur Honda menerusi ‘Solid Wing Face’ bersama rel bumbung yang nyata menyerlahkah penampilan penuh bergaya dan berkarakter.

Menambahkan elemen trendy Honda BR-V ialah kehadiran lampu siang (DRL) dan rim aloi dua tona 16-inci, termasuk ciri keselamatan asas seperti kamera undur dan pelbagai sensor.

honda-br-v-2017_pandulaju-41KESELAMATAN 5-BINTANG

Honda BR-V menerima pengiktirafan 5-Bintang ASEAN NCAP. Ia memiliki dua beg udara, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), kamera undur dan Bantuan Mula-Mendaki (HSA).

JAMINAN 5 TAHUN

Honda BR-V didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan dengan selang servis 10,000km.

Paling penting, kehadiran Honda BR-V bakal ‘menggerunkan’ pesaingnya lain berikutan harga jualan yang dikatakan lebih mampu milik dan paling murah dalam segmennya.

GALERI

honda br-v 2017
br-v Honda BR-V Honda Malaysia sasaran honda br-v SUV tempahan honda br-v
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.