Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tak Sampai Sebulan, Toyota GR Yaris RM286k Habis Jual!!!
Auto Terkini

Tak Sampai Sebulan, Toyota GR Yaris RM286k Habis Jual!!!

Abang GYLBy Abang GYL19/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JIKA anda masih ingin memiliki Toyota GR Yaris, lupakan saja hasrat itu kerana kesemua unit di Malaysia sudah habis dijual dalam tempoh kurang sebulan!

Ya, anda tidak salah baca. Kesemua hatchback berprestasi tinggi yang berharga RM286,896 dengan pakej Performance Pack Edition itu habis terjual. 

Pada masa sama, kami cuba nasib dengan menghubungi beberapa pengedar Toyota GR menyatakan hasrat ingin menempah GR Yaris secara tunai (riak kan) turut dimaklumkan ia susah habis dijual.

Nampak gayanya Abang Gan terpaksalah setia bersama Proton Saga Turbo yang kini sudah mencacah usia hampir 10 tahun. 

Bagi anda mungkin tidak ketahui, Toyota GR Yaris yang diperkenalkan secara rasmi pada 17 Disember 2020 itu hanya dikeluarkan sebanyak 25,000 unit saja di dunia. 200 unit daripadanya dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Jadi, apa yang menarik mengenai aspek mekanikal Toyota GR Yaris ini?

  • Dikuasakan enjin 3-silinder sebaris 1,618cc DOHC pengecas turbo berkuasa 259hp @ 6,500rpm dan tork 360Nm @ 3,000-4,600rpm.
  • Enjin patuh regulasi WRC2 ini dikatakan enjin 3-silinder paling berkuasa di dunia, dan juga unit turbo 1.6L paling ringan dan unit pengeluaran paling kecil.
  • Dipadankan transmisi manual pintar (i-MT) 6-kelajuan yang menawarkan tukaran gear mengikut kelajuan enjin untuk fiil lancar dan selesa. Tombol gear diletakkan tinggi di konsol tengah dan lebih dekat dengan stereng untuk tukaran gear pantas. Anjakan gear pendek dan ringan untuk fiil kawalan lebih tinggi.
  • Menggunakan sistem pacuan empat roda (AWD) sepenuh masa, GR-Four.
  • Ada tiga mod pemanduan: Normal, Sport dan Track. Ini pertama dibangunkan Toyota sejak sistem pacuan empat roda (4WD) untuk GT-4 kira-kira 20 tahun lalu.
  • Sistem GR-Four mengagihkan kuasa antara gandar depan dan belakang melalui kombinasi respon tinggi dan klac multiplat yang dikawal secara elektronik.
  • Dalam mod Normal, agihan tork depan dan belakang dalam nisbah 60:40, mod Sport (30:70) dan mod Track (50:50). Performance Pack Edition juga dilengkapi diferensial gelincir terhad (LSD) Torsen.
  • Suspensi rali ditala pasukan Toyota GAZOO Racing (TGR) World Rally dengan geometri dan tetapan untuk memaksimumkan cengkaman tayar. Bar anti-oleng depan Performance Edition Pack adalah lebih tebal dan manakala spring suspensi depan ditambah untuk meningkatkan kestabilan dan kelincahan.
  • Menggunakan brek cakera liang saiz 356mm dengan kaliper GR aluminium merah 4-piston (depan) dan cakera liang 297mm dengan kaliper GR merah aluminium 2-piston (belakang).

GAYA AGRESIF MENYERLAH

  • Rekabentuk depan GR Yaris menampilkan rupa garang dan mengancam yang menyerlahkan identiti kompetitif.
  • Bukaan besar depan mengikut bentuk radiator, direka untuk prestasi penyejukan maksimum.
  • Bahagian belakang GR Yaris mendapat sentuhan bumbung tiru dengan pilar belakang disempurnakan spoiler GR tinggi untuk meningkatkan daya mendap (downforce) keseluruhan.
  • GR Yaris dipasangkan rim aloi 18 inci dengan tayar Michelin Pilot 4S saiz 225/40R18- eksklusif untuk Performance Pack Edition.
  • Lencana khas GR turut menghiasi bampar depan, fender depan dan pintu belakang.

GAYA BADAN DAN KABIN

GR Yaris dibekalkan ciri kabin premium seperti berikut:

  • Bahagian bumbung dengan material karbon tempa baharu (dan bukan dijalin) dan C-SMC, manakala material aluminium digunakan pada bonet, pintu depan dan but belakang. Bentuk badan tiga pintu menawarkan pengurangan berat badan 24kg selain kepingan keluli nipis pada sayap dan sisi.
  • Ruang kabin menampilkan set kerusi ringan yang dibalut kulit hitam dan sulaman benang merah, termasuk kemasan stereng tiga jejari.
  • Ruang kabin mengetengahkan kemasan tona hitam dengan perincian aksen perak pada hendal pintu dalam, lubang udara sisi dan konsol tengah.
  • Pedal sport aluminium mempunyai permukaan jejak lebih luas yang memudahkan anjakan kaki pada pedal. Paparan maklumat terdiri daripada meter analog yang menampilkan angka putih dengan penunjuk merah untuk pemanduan sport dengan jarak pandang tinggi.
  • Paparan multiinfo berwarna TFT 4.2-inci (MID) dengan penunjuk pacuan semua roda (AWD) yang memaparkan taburan tork dan mod pemanduan yang dipilih untuk sistem GR-Four, penunjuk posisi gear, dan monitor tekanan turbo.
  • GR Yaris juga didatangkan dengan paparan dongak (HUD).
  • Aspek hiburan menggunakan unit infotainment skrin sentuh 7 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, radio FM, USB, Bluetooth dan sistem audio enam pembesar suara.

KESELAMATAN LEBIH CANGGIH

Berasaskan tahap keselamatan tinggi untuk sebuah jentera WRC, GR Yaris dilengkapi sistem keselamatan seperti berikut:

  • 6 beg udara SRS
  • Kawalan Daki Bukit (HAC)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Kawalan Traksi  (TRC)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Agihan Brek Eleltronik (EBD)

Ciri keselamatan dipertingkat dengan teknologi bantuan pemandu, Toyota Safety Sense (TSS), terdiri daripada:

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
  • Amaran Tukar Lorong (LDA)
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • Lampu Tinggi (AHB)

Kesemua GR Yaris ditawarkan pakej waranti 5 tahun daripada tarikh pertama pendaftaran, tanpa had perbatuan (tertakluk terma dan syarat). Tahniah UMW Toyota. Tak sangka pula laku keras.

BACA >>> UMW Toyota Motor Lancar Vios GR-S, Harga RM97,500

BACA >>> Apa Jadi Kalau Perodua Myvi Disedankan?

GALERI

2021 Toyota GR Yaris Honda Civic Type R Toyota GR Yaris Toyota GR Yaris 2021 malaysia Toyota GR Yaris malaysia yaris GR habis jual yaris GR Malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.