Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tak Puas Hati Haram Berlumba, West Bongkar Konspirasi FIM Tentukan Juara MotoGP
Auto Terkini

Tak Puas Hati Haram Berlumba, West Bongkar Konspirasi FIM Tentukan Juara MotoGP

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/01/20203 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPUTUSAN Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mengharamkan Anthony West daripada berlumba semua kejuaraan rasmi sukan lumba motosikal membuatkan mantan pelumba MotoGP itu mendedahkan konspirasi mengejutkan yang melibatkan badan sukan permotoran tersebut.

Kes West sebenarnya sudah lama berlarutan sejak dia berlumba dalam kelas Moto2 pada 2012, atau lebih tepat pada GP Perancis. Dia didapati terbabit dalam kes doping melibatkan penggunaan bahan terlarang yang mengandungi dadah jenis metilheksaneamin (methylhexaneamine).

BACA >>> Zaqhwan Juara SuperSports 600cc ARRC, Honda RS150R Lagi Power Dalam Kategori Underbone 150cc

Padahnya, pelumba Australia itu dilarang FIM daripada berlumba pada 2012 dan 2013, atau dalam bahasa mudah, namanya tiada lagi dalam kelas Moto2.

Selepas hukuman tamat, West dibenarkan kembali berlumba pada 2014 dan sempat bertahan hingga 2015 dalam Moto2 sebelum direkrut pasukan Cardion AB dalam tiga pusingan terakhir untuk menggantikan Karel Abraham yang cedera. Dia kemudian berhijrah ke Kejuaraan Dunia Supersport 600 bermula 2016 hingga 2018, termasuk menyertai Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

KENA HARAM LAGI

Langit tidak selalu cerah, ketika bersaing dalam ARRC, West sekali lagi diharamkan berlumba. Nampaknya FIM masih melanjutkan kes yang sudah lama selesai, dan pelumba berusia 38 tahun itu kekal tidak boleh berlumba semua kejuaraan motosikal di bawah FIM.

West masih tidak putus asa dan mengambil keputusan ke Brazil untuk berlumba dalam Kejuaraan Superbike Brazil (BSC) yang bukan di bawah FIM. Namun, ketika gigih menjalani latihan pramusim 2019, di Brazil, dia mendapat notis amaran FIM yang memaksanya supaya tidak berlumba selagi kes doping belum selesai.

BACA >>> Marquez Kembali Bergelut dengan Kecergasan Selepas Selesai Bedah Bahu

LEPAS GERAM DALAM FB DAN INSTAGRAM

Kemuncaknya minggu lalu FIM mengeluarkan kenyataan bahawa West rasmi diharamkan dari semua perlumbaan motosikal. Marah, kecewa dan geram dengan keputusan itu West meluahkan perasaan dalam akaun Facebook dan Instagram miliknya!

Aku berhenti. Aku dah habis. Orang-orang korup itu (FIM) dah tak boleh kawal dan keluar untuk hancurkan aku. Aku lumba kat Brazil yang TAK ADA kaitan FIM. Sekarang diorang buat peraturan sendiri macam ada kuasa atas karier lumba aku kat sana.

“Diorang hentikan aku daripada berlumba kat sana dengan jumpa Kawasaki Japan, dan buatkan penaja aku tu hentikan tajaan aku kat Brazil.

“Aku benci hidup macam ni dan aku dah cuba yang terbaik untuk bangkit. Kena halau abah aku dari rumah. Aku dah tak ada duit. Dan aku tak dapat kerja sebab apa yang aku buat dalam hidup aku selama ini adalah habiskan masa dengan berlumba.

BACA >>> MotoGP 2019 Perkenal LLP, Sistem Penalti Baharu Gantikan Hukuman Turun Satu Posisi

BONGKAR KELICIKAN MARC MARQUEZ DAN VALENTINO ROSSI

Aku memang teruk! Aku ada nasihat kepada korang supaya jangan fikir kau boleh berlumba hanya dengan kerja kuat. Jika kau nak menang, kena bayar!

Diorang (FIM) biarkan Marc Marquez menang Moto2 dengan tipu ECU. Bila pasukan Tom Luthi mahu komplen, diorang suruh diam sebab Sepanyol perlukan juara baru. Kau kena terima tempat kedua atau lagi kurang. Atau kau takkan berlumba lagi tahun depan.

“Diorang biarkan (Valentino) Rossi jadi juara semua kejuaraan 500cc dengan berikan dia tayar spesial yang dibuat untuk trek tertentu. Diorang guna tayar helikopter dari kilang hanya untuk Rossi. Jadi dia boleh menang perlumbaan. Apa saja kau tengok adalah tipu, dan dikawal. Jangan percaya apa saja kau tengok.

“Diorang tentukan siapa menang dan siapa yang kalah. Aku sangat marah hanat! Aku ada 100 lagi cerita pasal semua ni. Aku dah putus asa. Aku rancang nak kembali berlumba September nanti, tetapi aku tak dapat terima tindakan FIM lagi. Ia musnahkan hidup aku sampai ke tahap aku dah mati. Aku benci hidup. F*** you FIM.”

BACA>>>Evolusi Kelajuan Tertinggi MotoGP, Dijangka Cecah 360kmj Menjelang 2020!

BENARKAH ADA POLITIK SUKAN LUMBA?

Benarkah apa dikatakan West? Masalah birokrasi dan campur tangan luar bukan hanya berlaku dalam urusan pejabat atau politik saja. Ia turut menimpa dunia sukan, sama seperti yang anda lihat dalam filem Ford VS Ferrari yang melibatkan pihak pengurusan atasan.

Setakat ini belum ada sebarang maklum balas rasmi sama ada daripada FIM, Rossi atau Marquez mengenai tuduhan West.

BACA >>> Matt Damon, Christian Bale Jadi Aktor dalam Filem Aksi Lumba Ikonik Sepanjang Zaman

2020 MotoGP Anthony West Auto Terkini FIM Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Kes Doping Anthony West Marc Marquez Methylhexaneamine Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) roda2 Valentino Rossi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026

    3 Comments

    1. Khaliq Farhan on 28/01/2020 15:21

      Aku memang marah dengan FIM tetapi pada masa yg sama, aku juga geram dengan Anthony West… Dia seolah2 mahu hidupnya hancur dek dadah! Inikah contoh yg terbaik? Ramai manusia yg hancur masa depan dek dadah!

      To Anthony West, if you still wanna race since it’s your #1 interest, stop taking drugs! Drugs never give eternal happiness and it can destroy faith inside the hearts of those who are addicted to drugs! If you still want to be loved by God, please take this advice with an open heart! 😡

      Reply
      • zorro kelabu on 02/02/2020 14:49

        dia kata okay. nanti dia reply

        Reply
      • zorro on 02/02/2020 14:50

        k

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    PRIHATIN: Pekerja Gaji Bawah RM4k Dapat Subsidi Upah RM600 Sebulan

    By Admin PanduLaju06/04/2020364
    Roda2

    Yamaha Y15ZR atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

    By Abang GYL21/07/2019277
    Auto Terkini

    6 Fakta Perlu Anda Tahu Tentang Pergerakan Rentas Negeri 1-3 Mei 2020

    By Han Othman03/03/2021276
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Mak, Kereta Saya Kena Langgar Belakang!

    By Han Othman07/04/2019275
    Auto Terkini

    Covid-19: Hanya Seorang Dibenarkan dalam Sebuah Kenderaan, Mula Rabu Ini

    By Abang GYL30/03/2020193
    Auto Terkini

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?

    By Han Othman10/09/2018190
    Autotainment

    #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi… (13 Tip)

    By Han Othman19/10/2018171
    Autotainment

    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

    By Han Othman19/08/2018162
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.