Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Ujian Diagnostik untuk Kereta yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Ujian Diagnostik untuk Kereta yang Perlu Anda Tahu

TalibBy Talib20/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UJIAN diagnostik dapat membantu mengenal pasti masalah kereta. Ini kerana kereta moden hari ini dilengkapi pelbagai fungsi elektronik untuk membantu mengawal dan menghantar signal kepada sistem komputer berpusat dalam kenderaan.

Sekiranya sedang memandu dan terdengar bunyi asing, atau terperasan ada komponen kereta tidak berfungsi, ujian diagnostik dapat membantu anda mengesan masalah tersebut. Ujian diagnostik dapat mengesan masalah kereta lebih awal, sekali gus mengelakkan berdepan isu lebih besar ketika memandu.

BACA >>> Segala Tentang ‘Cruise Control’ yang Perlu Anda Tahu

APAKAH UJIAN DIAGNOSTIK KERETA?

Perkembangan teknologi automotif  membuatkan semua komponen kereta hari ini dikomputerkan. Penggunaan modul kawalan enjin (ECM), iaitu sistem komputer berpusat memudahkan jurutera dan juruteknik mencari punca masalah yang berlaku pada komponen kereta. Jika tiada ECM, kereta anda mungkin ada modul kawalan kuasa (PCM).

ECM berfungsi memantau, mengawal dan merekod data komponen kereta.

Jadi, penggunaan alat diagnostik khas membolehkan kita mengimbas sistem penting dan mengesan bahagian bermasalah. Alat diagnostik juga mengambil informasi daripada alat pemproses dan sensor komputer sebelum menghantar signal kod yang menunjukkan masalah dalam sistem.

Tanpa ECM, kereta boleh jadi huru-hara dan buat mekanik sakit kepala.

ECM turut mengawasi sekumpulan sistem dan komponen dalam kenderaan, termasuk ekzos, transmisi, enjin, brek dan lain-lain. Boleh dikatakan semua bahagian yang ada sambungan wayar akan diawasi ECM.

BACA >>> Kenapa ‘Ujian Shaken’ Buat Orang Jepun Tak Nak Beli, Simpan Kereta Lama-Lama?

PERINCIAN UJIAN DIAGNOSTIK KERETA

Ramai berpendapat ujian diagnostik hanya diperlukan apabila lampu amaran enjin menyala (seperti simbol di atas). Ini bukan cara betul mengelakkan kereta anda mengalami kerosakan tiba-tiba.

Paling mudah, setiap kali anda pergi melakukan penyenggaraan berkala, anda boleh juga meminta mekanik melakukan ujian diagnostik. Mungkin ada tambahan kos, tetapi kita akan rasa lebih tenang selepas mengetahui keputusan ujian tersebut.

Ujian diagnostik kereta akan menguji komponen seperti berikut:

  • Enjin
  • Sistem brek
  • Transmisi
  • Tangki minyak
  • Koil nyalaan (ignition coil)
  • Sistem ekzos
  • Terotel
Apakah Maklumat yang Kita Dapat daripada Ujian Diagnostik?

Selain sistem utama, ujian diagnostik juga mengimbas aliran udara, sistem penyejukan , injektor bahan api dan komponen lain juga. Walaupun ujian diagnostik berkomputer penting untuk mengetahui masalah kereta, tetapi ia tidak dapat mengenal pasti punca sebenar isu itu berlaku.

PENGIMBAS OBD II

Contohnya, jika menggunakan pengimbas OBD II (On-Board Diagnostics) untuk mendiagnosis sistem nyalaan enjin,  ia boleh menunjukkan sama ada terdapat sebarang kesalahan atau masalah pada bahagian itu, koil nyalaan (ignition coil) atau injektor bahan api (fuel injector).

Namun, kod ditunjukkan tidak memperincikan  punca permasalahan tersebut yang memerlukan kepakaran dan pengetahuan juruteknik untuk mengenal pasti masalah berkenaan.

Pengimbas OBD II dapat menunjukkan pelbagai kod masalah dalam julat P0100 hingga P1899. Setiap nombor dan huruf dalam julat kod itu pula mendedahkan fungsi dan gangguan tertentu. Walaupun bukan juruteknik berpengalaman, kita masih boleh mengetahui kod tersebut kerana semua informasi kod itu boleh dicari di Internet.

Namun, kepakaran mekanikal masih diperlukan untuk melakukan kerja baik pulih selain perlu memiliki alatan bersesuaian dan spesifik.

BACA >>> Lewat Seminit Sebab Ke Tandas, Pemandu Kereta Api Laju Jepun Kena Siasat

BERAPA LAMA MASA UJIAN DIBUAT?


Tidak kira sama ada  memandu ke pusat servis atau buat sendiri di garaj, ujian diagnostik kereta tidak mengambil masa lama, cuma beberapa minit. Anda akan perlu menyambungkan pengimbas ke palam khas dalam kereta.

Alat pengimbas kemudian mula membaca kod indikator pemeriksaan kereta sebelum mengimbas sistem lain. Proses pengimbasan mengambil masa beberapa minit, tetapi proses menyahkod kod sesuatu masalah mungkin lebih lama jika tiada berpengalaman.

Masa lebih lama diperlukan di pusat servis kerana perlu menunggu giliran. Selepas imbasan dibuat, juruteknik akan berjumpa kita untuk berbincang mengenai isu dikesan. Tindakan baik pulih hanya akan dibuat selepas menjelaskan masalah yang berlaku.

BERAPA KETAP BUAT UJIAN DIAGNOSIS KERETA?

Kebiasaannya, ujian diagnostik dibuat jika lampu amaran enjin menyala atau berlaku masalah kepada kereta. Alasan kos juga menjadi penghalang untuk kita kerap melakukan ujian tersebut.

Paling ideal, ujian diagnostik perlu dilakukan setiap bulan, tetapi untuk menjimatkan masa dan kos, tidak salah kita belajar menggunakan pengimbas OBD II sendiri. Namun, itu pun bukan keperluan yang mendesak, cuma bagai langkah proaktif untuk pemandu yang memerlukan. Jika ujian dapat dibuat setahun sekali pun sudah cukup baik.

Ujian diagnostik kereta menjadikan tugas juruteknik lebih mudah, tetapi beberapa masalah kritikal memerlukan banyak ujian dilakukan. Kos baik pulih sistem dan komponen elektronik juga agak membebankan. Jadi, pastikan kereta disenggara baik di pusat servis diiktiraf pengeluar bagi mendapat jaminan waranti dan kualiti servis terbaik.

Jika minat lebih, bolehlah buat pelaburan untuk dapatkan pengimbas supaya sentiasa dapat tahu kondisi kereta kita.

BACA >>> Nak Servis Kereta? Jom Singgah 7 Cawangan PETRONAS Auto Expert Ini!
BACA >>> #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?

Alat Diagnostik Enjin Auto Terkini autotainment Diagnosis Enjin enjin kereta Imbas Enjin Kereta Modul Kawalan Enjin (ECM) OBD II Pengimbas OBD II tahukah anda
Talib

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.