Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Teknologi RCTA dalam Sistem Bantuan Pemandu?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Teknologi RCTA dalam Sistem Bantuan Pemandu?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/09/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIADA alasan lagi untuk tidak melihat objek di belakang kenderaan jika kereta anda sudah dipasangkan sistem keselamatan seperti Amaran Trafik Lintas Belakang (Rear Cross Traffic Alert, RCTA).

Ciri ini cukup berguna kerana membantu pemandu mengetahui kehadiran kenderaan atau objek lain yang melintasi belakang kereta ketika sedang mengundur keluar dari parkir.

Ia juga cukup membantu, terutama apabila pandangan terhalang dinding atau kenderaan besar di kedua-dua sisi kereta. Teknologi RCTA selalunya didatangkan bersama pakej sistem Monitor Titik Buta (Blind Spot Monitor, BSM) kerana kedua-dua ciri itu berkongsi radar berasaskan sensor.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ciri Keselamatan Itu Berfungsi?

Sebaik saja gear undur (R) dipilih, sistem RCTA akan diaktifkan utnuk memantau sebarang kelibat kenderaan yang datang dari sisi. Sekiranya ada kebarangkalian berlaku perlanggaran, pemandu akan dikejutkan dengan amaran bunyi dan visual. Jadi, pemandu ada masa untuk menghentikan kereta mereka dan mengelak berlaku insiden tidak diingini.

MENGAPA PERLU ADA?

Mungkin anda masih mempertikaikan keperluan RCTA kerana kereta moden masa kini sudah sedia ada sensor parkir belakang, kamera undur dan sistem pandangan keliling 360°. Namun, semua sistem tersebut tiada fungsi untuk memberitahu pemandu tentang kehadiran objek lebih jauh.

Sebaliknya RCTA menawarkan keyakinan tambahan ketika pemandu mengundurkan kenderaan dari parkir dengan kemampuan mengesan kenderaan sejauh 50 meter. Selepas dikombokan bersama kamera belakang atau sistem pandangan 360°, ciri RCTA boleh dikatakan melengkapkan lagi ciri bantuan keselamatan pemanduan.

BAGAIMANA BEROPERASI?


Teknologi digunakan sama seperti BSM, malah kedua-dua ciri itu berkongsi komponen sama. Apabila kenderaan mengundur, sensor radar kecil, yang terletak antara bampar belakang, akan mengimbas kawasan di kiri dan kanan kereta.

Sistem RCTA kemudian mengukur dan mengira jarak, halaju dan arah kenderaan hingga 50 meter. Jika sistem mengesan sebarang potensi perlanggaran, pemandu akan mendengar bunyi amaran kuat dan visual yang dapat dilihat pada skrin kamera undur.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Teknologi Keselamatan Perlanggaran (Crash Safety Technology)?

Seperti semua teknologi bantuan pemanduan, RCTA tetap bercirikan bantuan tambahan ketika mengendalikan kenderaan selain meningkatkan keyakinan memandu. Apapun, kawalan manusia masih tetap diperlukan sepenuhnya.

SUMBER: Motoring.com.au

Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) bantuan keselamatan pemanduan RCTA Rear Cross Traffic Alert (RCTA) Roda4 Teknologi Keselamatan teknologi keselamatan kenderaan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.