Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Skoda Kongsi 5 Fakta Penyaman Udara yang Ramai Pemandu Salah Faham
Autotainment

#TahukahAnda: Skoda Kongsi 5 Fakta Penyaman Udara yang Ramai Pemandu Salah Faham

Abang HirataBy Abang Hirata15/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUATU masa dulu, penyaman udara perlu dibeli berasingan jika membeli kereta. Penyaman udara juga dikatakan lebih ‘parak’ minyak dan sejauh mana benarnya fakta tersebut?

Ada beberapa lagi dakwaan mengenai penyaman udara dan perkara tersebut dijawab Škoda.

Sebelum itu, menurut data Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UK), suhu pada Julai 2022 adalah melebihi 40ºC dan tertinggi sejak 2002. Suhu tinggi juga dicatatkan di Britain pada Jun 2023.

Bukan sahaja di Britain, beberapa bulan lalu, negara kita mencatatkan suhu panas hingga Kerajaan tidak membenarkan aktiviti luar kelas dilakukan di sekolah. Malah, sekolah dibenarkan tutup jika suhu 37º selama tiga hari berturut-turut.

Apa Pemandu Boleh Buat?

Merendahkan suhu kabin menggunakan penyaman udara boleh mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tumpuan.

Bagi kenderaan Škoda, pengeluar automotif dari Republik Czech itu membuat ujian penyaman udara ketat menggunakan empat kebuk cuaca yang boleh menghasilkan suhu antara -40ºC-60ºC.

Lokasi saluran dan aerodinamik dalaman kereta dianalisis mendalam bagi memastikan udara sejuk atau panas dapat diagihkan berkesan, pantas dan senyap serata kabin untuk keselesaan maksimum.

Dengan mengekalkan suhu konsisten dan rendah dalam kereta, pemandu tidak akan berpeluh dan ternyah hidrat. Berikut lima salah faham penyaman udara yang disangkal Škoda UK:

1. Penyaman Udara Meningkatkan Penggunaan Bahan Api

Memang benar penggunaan sistem penyaman udara akan meningkatkan penggunaan bahan api dan juga bateri kenderaan elektrik (EV), tetapi tidak seteruk disangka.

Kompresor menjalankan sistem yang memerlukan tenaga daripada enjin atau motor. Menurut Energy Trust, penggunaan penyaman udara menambah penggunaan bahan api hingga 5 peratus.

Bagaimanapun, faktor lain seperti tayar kurang tekanan, memandu laju, but  penuh, rak basikal atau kotak bumbung juga meningkatkan penggunaan bahan api.

2. Penyaman Udara Mendatangkan Kesan Buruk kepada Kesihatan

Menghidupkan kipas udara kereta bagi menyebarkan udara berbanding menggunakan penyaman udara menyebabkan kesan buruk kepada sistem dan berkemungkinan juga kepada penumpang.

Unit penyaman udara menyah lembap udara yang melaluinya dan mencegah pembentukan lembapan dalam kabin dan sistem penyaman udara itu sendiri.

Kegagalan menggunakan penyaman udara dalam tempoh lama boleh mengakibatkan kulapak atau kulat tumbuh dalam sistem dan disebarkan apabila penyaman udara dihidupkan. Penggunaan kerap dan penyenggaraan baik boleh mencegah keadaan tersebut.

Selain itu, mengekalkan suhu kabin dalam kondisi nyaman dan sejuk ketika cuaca panas boleh mencegah situasi mengantuk dan meningkatkan tahap tumpuan pemandu selain memberi keselesaan kepada penumpang.

Sistem canggih Climatronic Air Care dalam model Škoda seperti Enyaq, Karoq, Kodiaq, Octavia dan Superb menggunakan pelbagai sensor yang mengawasi kualiti udara.

Jika perlu, sistem itu akan mengaktifkan fungsi edaran semula dengan menangkap zarah debu halus dan mencegah alergen daripada memasuki kabin dan menyerap bau tidak menyenangkan.

3. Penyaman Udara adalah Ciri Mewah

Setiap kenderaan Škoda daripada Fabia hingga Scala, dan Enyaq hingga Octavia dilengkapi penyaman udara sebagai ciri asas dan pelanggan tidak perlu buat pesanan tambahan.

Suatu ketika dulu penyaman udara dijadikan pilihan pembelian, tetapi sudah janggal pada masa kini.

Apa yang canggih, penyaman udara EV Enyaq boleh dikawal menggunakan aplikasi Škoda Connect dan pemilik boleh menetapkan suhu penyaman udara sebelum memasuki kereta dan memandu.

4. Penyaman Udara Tidak Perlu Dihidupkan dalam Cuaca Sejuk

Apabila musim panas tamat dan cuaca menjadi sejuk, penyaman udara masih ada beberapa kelebihan.

Bukan setakat mencegah pembentukan kulat, kesan nyah lembap penyaman udara akan memberi manfaat apabila penumpang dalam baju basah atau dilitupi salji memasuki kereta.

Penggunaan penyaman udara secara kerap dapat mengekalkan sistem dalam keadaan baik. Sistem penyaman udara adalah jenis tertutup dengan kompresor dan perkakasan lain memerlukan pelinciran.

Tindakan tidak menghidupkan penyaman udara bermakna tiada pelinciran dan boleh menyebabkan kompresor jadi kurang cekap dan komponen lain kering.

5. Penyaman Udara Tidak Boleh Aktif Apabila Kereta Dihidupkan

Ini dakwaan paling popular. Perkakasan elektronik kereta moden lebih tahan lasak dan boleh menampung permintaan dan tekanan lebih tinggi berbanding kereta berdekad lalu.

Dengan sistem pencucuhan moden, teknologi henti-mula dan EV, tiada sebab untuk rasa risau apabila menghidupkan kereta dengan penyaman udara diaktifkan.

BACA >>> Skoda Roadiaq – Model Konsep Kamper Ilham Pelajar Sekolah Vokasional
BACA >>> Magic Eye – Sistem AI Dibangunkan Skoda untuk Selenggara Mesin Kilang!
BACA >>> Sedan Škoda Slavia Buatan India Lancar, Enjin 1.0L Turbo, Manual 6-Kelajuan
BACA >>> Škoda Octavia – Jenama Ikonik yang Sudah 60 Tahun di Pasaran, Pernah Dijual di Malaysia

autotainment Salah Faham Penyaman Udara ŠKODA Skoda UK tahukah anda Tip Penyaman Udara
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.