Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Siapa BYD? Daripada Pengeluar Bateri kepada Pengeluar EV Dunia
Autotainment

#TahukahAnda: Siapa BYD? Daripada Pengeluar Bateri kepada Pengeluar EV Dunia

Han OthmanBy Han Othman22/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA tentu pernah terdengar dan tahu tentang jenama ini, tetapi tahukah anda BYD sudah diasaskan sejak 1995, hampir 30 tahun lalu yang asalnya menumpukan kepada pembuatan bateri boleh cas sebagai perniagaan utama.

BYD mula menceburkan diri alam industri automotif pada 2005 menerusi model pertama BYD F3 yang dijana enjin petrol 4-silinder siri 4G daripada Mitsubishi.

Pada 2008, bilionair dari Amerika Syarikat, Warren Buffet membeli 10 peratus saham dalam BYD dan tahun sama juga syarikat itu melancarkan model hibrid plug-in (PHEV) pertama dunia, BYD F3DM (foto atas kiri).

BYD kemudian terus mengorak langkah dalam pembuatan kenderaan elektrifikasi menerusi pengenalan model kenderaan elektrik (EV) penuh, BYD e6 pada 2010 dengan memasuki pasaran teksi. Tahun sama juga BYD dan Daimler bekerjasama dengan memperkenalkan jenama Denza.

Tiga tahun kemudian (2013), sedan EV penuh, BYD Qin (foto atas) diperkenalkan sebagai pengganti F3DM dengan teknologi Dual-Mod (DM) yang membolehkan pemandu menukar model elektrik penuh kepada hibrid, dan bateri 50 peratus lebih kecil dan ringan daripada F3DM. Model ini juga ditawarkan dalam versi PHEV dan petrol.

Pada 2015, BYD Tang pula dilancarkan, dengan teknologi DM generasi kedua sebagai model kenderaan utiliti sukan (SUV).

Pada 2018, BYD memperkenalkan gred automotif baharu IGBT 4.0 untuk semikonduktor bateri EV dengan keupayaan menambah baik prestasi, hayat dan penggunaan bateri secara dramatik, sekali gus menjadi penanda aras gred automotif di China.

Bateri Bilah (Blade Battery) BYD

Pada 2020, BYD melancarkan pula model Han (foto atas) yang menggunakan bateri bilah (blade battery), termasuk menjalinkan kerjasama dengan Toyota.

Setahun kemudian (2010), BYD memperkenalkan teknologi DM-i PHEV dengan kecekapan minyak yang mampu memberikan jarak pemanduan hingga lebih 1,000km. Tahun ini juga BYD memperkenalkan platform EV, e-Platform 3.0. Lebih menakjubkan BYD menjadi pengeluar automotif pertama China berjaya menjual lebih sejuta kenderaan elektrifikasi.

Pada 2022 BYD memutuskan menghentikan pengeluaran kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dalam usaha menumpukan pembuatan kenderaan tenaga baharu (NEV) sama ada EV penuh, hibrid atau PHEV. BYD juga menghasilkan teknologi integrasi bateri pada badan kenderaan Cell-To-Body (CTB), termasuk mencatatkan pengeluaran NEV ke-3 juta unit.

Bagaimanakah pula 2023? Tahun ini BYD melancarkan subjenama Yangwang untuk model EV premium. Antara model diperkenalkan ialah SUV EV, Yangwang U8 dan supercar EV, Yangwang U9.

BYD DI MALAYSIA

BYD mula menjadi sebutan di Malaysia pada 2022 apabila jenama itu dibawa masuk Sime Darby Motors, di bawah label BYD Malaysia melancarkan SUV EV, BYD Atto 3 pada Disember 2022 pada harga bermula RM149,800.

SUV ini dibina menggunakan e-Platform 3.0 dan dilengkapkan teknologi bateri bilah yang memberikan output kuasa 150kW (201hp) dan tork 310Nm dengan jarak pemanduan sekali cas hingga 480km mengikut ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).

BYD Malaysia khabarnya mahu memperkenalkan dua lagi model, iaitu subkompak EV, BYD Dolphin dan supercar EV, BYD Seal untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Auto Terkini BYD Auto BYD Malaysia Kenderaan Elektrik (EV) Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC) Roda4 Sime Darby Motors tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
Auto Terkini

Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

29/06/2026
LRT3 Laluan Shah Alam
Auto Terkini

LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Hari Ini, Tambang Sebulan Percuma hingga 31 Julai

29/06/2026
F1 2026 | GP RedBull Ring
Formula Satu

#F12026: Russell Menang GP Austria, Rampas Semula Ranking Kedua Juara Dunia

29/06/2026
Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
Roda4

Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

29/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.