Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Dari Pengeluar Kereta ke Motosikal Elektrik, SEAT Perkenal Tiga Model e-Skuter
Roda2

Dari Pengeluar Kereta ke Motosikal Elektrik, SEAT Perkenal Tiga Model e-Skuter

Abang HirataBy Abang Hirata23/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEAT adalah pengeluar kereta dari Sepanyol dan juga salah satu subsidiari Volkswagen. SEAT mengeksport 80 peratus keluarannya dan pada 2019 menjual 574,100 unit kenderaan yang juga pencapaian tertinggi pernah dicapai dalam sejarah syarikat itu.

Kini SEAT mencipta satu lagi sejarah baharu apabila menawarkan motosikal elektrik penuh pertama, MÓ eScooter125, sekali gus menjadi jenama kereta penumpang dan motosikal elektrik.

Bukan satu diperkenalkan, tetapi tiga unit serentak, termasuk dua skuter elektrik, iaitu MÓ eKickScooter65 dan eKickScooter25.

BACA >>> Dari Kereta ke Motosikal, SEAT Perkenal e-Scooter Concept di Barcelona

Menurut SEAT, pengenalan model dua roda elektrik itu adalah penyelesaian pengangkutan bagi memenuhi keperluan warga bandar dengan ketiga-tiga model membawa pendekatan berbeza. Menariknya, SEAT adalah pengeluar kereta melihat penyelesaian pengangkutan ada pada motosikal dan skuter elektrik.

MÓ eScooter125 dibangunkan sebagai pengangkutan bandar yang lebih ringkas dan mudah. MÓ eKickScooter65 pula sesuai digunakan untuk peringkat akhir perjalanan ke bandar yang akan digunakan pengguna persendirian dan juga pengangkutan perkongsian.

BACA >>> SEAT Minimó – Kenderaan Kuadrisikal untuk Penyelesaian Pengangkutan dalam Bandar

Kita baca perincian di bawah:

SEAT MÓ eScooter125

Skuter ini digerakkan motor elektrik pada roda belakang dengan kuasa 9kW (12hp) yang menyamai kuasa motosikal 125cc dengan tork 240Nm, manakala kelajuan maksimum ialah 95kmj dan pecutan 0-50kmj sepantas 3.9 saat. Ada tiga mod tunggangan boleh dipilih: City, Sport, dan Eco serta ada juga gear undur.

Walaupun menawarkan prestasi hebat, perkara yang perlu diberikan perhatian untuk produk EV adalah jarak penggunaan. Motosikal ini boleh dipandu hingga 125km untuk sekali cas yang dibekalkan pek bateri lithium-ion 5.6kWh. Bergantung kepada jenis penggunaan, motosikal ini mungkin hanya perlu dicas dua atau sekali seminggu.

Ciri menarik lain, bateri skuter ini boleh ditanggalkan untuk dicas menggunakan sumber kuasa seperti soket domestik di rumah. Jika tidak mahu menunggu lama, pengguna boleh pasangkan bateri ganti yang sudah siap dicas. Dari segi praktikaliti, bahagian bawah pelana boleh memuatkan dua helmet dan SEAT turut menyediakan dua palam USB untuk mengecas peranti.

BACA >>> Leon Generasi Ke-3 Jadi Model Paling Laris dalam Sejarah Seat!

Selari perkembangan digital, pemilik boleh mengesan lokasi motosikal menggunakan aplikasi telefon pintar dengan menyediakan maklumat kedudukan dan kemas kini status. Motosikal ini juga boleh dijadikan kenderaan perkongsian untuk pekerja syarikat.

Ada tiga warna ditawarkan dalam tema kusam (matte), iaitu Daring Red (merah), Dark Aluminium (kelabu) dan Oxygen White (putih).

SPESIFIKASI SEAT MÓ eScooter125 (untuk pelanggan persendirian)
Enjin7kW (9kW Kuasa Puncak)
Pecutan (0-50km/j)3.9 saat
Tork puncak240Nm
Kelajuan maksimum95km/j
Kapasiti bateri5.6kWh
Jarak penggunaan bandarSehingga 125km

SEAT MÓ eKickScooter65 dan eKickScooter25

Ketika permintaan untuk penyelesaian pengangkutan bandar meningkat, MÓ eKickScooter65 datang dalam bentuk skuter kecil dan senyap.

Skuter ini boleh dipandu hingga 65km melalui pek bateri 551kWh dengan kelajuan maksimum 20kmj. Kuasa dibekalkan juga boleh tahan dan juga mudah mendaki hingga kecuraman 20º.

Dari segi keselamatan, skuter ini dilengkapi lampu depan dan belakang, lampu brek, lampu reflektor sisi dan belakang, brek elektronik depan dan brek belakang jenis dram. Walaupun cuma skuter, MÓ eKickScooter 65 menawarkan tiga pilihan mod tunggangan iaitu Eco, Standard dan Sport.

Satu lagi model ialah MÓ eKickScooter25 dengan jarak tunggangan lebih pendek, iaitu 25km dan sesuai buat pengguna yang mahu melengkapkan destinasi akhir seperti ke pejabat dari stesen keretapi atau pulang ke rumah.

Harga belum didedahkan SEAT. Berikut spesifikasi ringkas motosikal dan skuter elektrik tersebut:

SPESIFIKASI EAT MÓ eKickScooter65
Kuasa motor nominal350W
Kapasiti bateri551Wh
Kelajuan maksimum20km/j
Jarak penggunaan bandar65km
Tempoh pengecasan6 jam
Sudut mendaki20 darjah
SPESIFIKASI SEAT eKickScooter25
Kuasa motor nominal300W
Kapasiti bateri187Wh
Kelajuan maksimum25km/j
Jarak penggunaan bandar25km
Tempoh pengecasan3.5 jam

 

Auto Terkini motosikal elektrik Seat SEAT MÓ eKickScooter25 SEAT MÓ eKickScooter65 SEAT MÓ eScooter125 skuter elektrik Volkswagen Group
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    JETOUR T1 Rasmi Dilancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM129,800!

    23/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.