Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Tayar Berbunyi Selepas Silangkan Tayar?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Tayar Berbunyi Selepas Silangkan Tayar?

TalibBy Talib29/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA langkah memanjanglan jangka hayat tayar kereta supaya dapat bertahan lebih lama selain menjaga tekanan udara adalah menukar kedudukan tayar depan dan belakang, yang juga dipanggil silang tayar, cross atau rotasi (rotation).

Menukar kedudukan tayar adalah bagi mengimbangi kadar penggunaan tayar berbeza di depan dan belakang. Tayar depanbiasanya lebih banyak menerima tekanan dan beban sepanjang penggunaan kerana perlu menampung berat enjin.

Bagaimanapun , selepas melakukan rotasi , apakah perlu anda lakukan jika timbul masalah bunyi-bunyian kurang enak yang munculk tiba-tiba dari tayar?

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Silang Tayar Kereta?

PUNCA TAYAR BERBUNYI

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan tayar berbunyi hingga merimaskan pemanduan. Kebiasaannya, bunyi ini terhasil daripada angin yang mencelah antara bunga tayar. Perbezaan rekabentuk bunga tayar akan menghasilkan tahap bunyi bising berbeza.

Namun, jiaka bunyi bising ini semakin teruk, ada kemungkinan besar tayar atau sistem roda bermasalah. Kami senaraikan beberapa sebab yang mungkin menyebabkan tayar berbunyi selepas melakukan rotation.

1. Roda Terlalu Ketat

Punca pertama yang boleh menyebabkan tayar berbunyi adalah tayar diketatkan terlalu ketat. Kebiasaannya kita perlu menggunakan sepana tork untuk mengikat skru tayar.

Bengkel perlu menggunakan alatan itu ketika memasang semula roda pada kereta. Anda boleh perhatikan mekanik melakukan proses mengetatkan skru roda supaya mereka menggunakan alatan yang betul di bengkel biasa.

Bagaimanapun, pusat servis rasmi biasanya menggunakan alatan itu sebagai perkakasan wajib. Pastikan anda memiliki sepana tork jika gemar melakukan penyenggaraan sendiri. Roda yang terlalu ketat akan menjejaskan tekanan keseluruhan sistem roda hingga membuatkan bunyi terhasil.

2. Masalah Penjajaran (Alignment)

Masalah penjajaran tayar juga boleh menjadi antara punca bunyi bising terhasil. Kedudukan tayar yang berada dalam posisi yang lama boleh menyebabkan masalah iru berlaku.

Jikaa berlaku, apabila kereta bergerak ruang udara di bahagian sistem roda akan menghasilkan bunyi rendah dan menderam. Pemanduan anda akan menjadi lebih teruk kerana roda bergerak dalam keadaan tidak sekata dan boleh menghasilkan bunyi tidak menyenangkan dari ruang udara tersebut.

Jadi, bawalah kereta ke bengkel untuk melakukan penjajaran semula. Bengkel pengeluar kebiasaannya akan menyediakan proses penjajaran dalam pakej jika melakukan melakukan rotasi tayar.

BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Tayar Kereta Kekal Tip-Top? Ikut Tip Mudah Ini

3. Tayar Lama dan Lusuh

Tayar lama dan sudah lusuh (wear and tear) juga menghasilkan bunyi jika terus digunakan. Jika sudah lama menggunakan tayar, atau sudah menjangkau 4 atau 5 tahun daripada tarikh pembuatan, bunyi akan terhasil disebabkan keadaan tayar.

Bunga tayar akan menipis dan mula rosak. Anda perlu segera membeli set tayar baru dan menukar tayar. Walaupun bunga masih tebal kerana kereta jarang dipandu, kondisi tayar yang sudah tua akan menyebabkan tayar mengeras dan menghasilkan bunyi bising apabila bersentuhan permukaan jalan.

Pastikan segera menukar tayar bagi mengelakkan masalah lebih besar berlaku.

BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus

4: Bering Roda Rosak

Kerosakan bering rodajuga menjadi satu punca yang kerap menyebabkan tayar berbunyi bising. Apabila bering, yang berupa bebola besi kecil, sudah rosak dan tidak berfungsi baik, anda akan mendengar bunyi yang sangat bising seperti bunyi geseran berlaku sekitar kawasan tayar.

Bunyi ini sangat bising dan akan berlaku sepanjang memandu dan lebih teruk jika menukar arah kereta. Gabungannya dengan kondisi tayar lama dan lusuh akan menyebabkan masalah bunyi menjadi semakin kronik. Anda mungkin juga anda sudah terbiasa dengan bunyi tersebut dan hanya sedar selepas melakukan rotasi.

BACA >>> Kenapa ‘Tayar Kangkang’? Sekadar Trend atau Ada Fakta Mekanikal?

KESIMPULAN

Bolehlah dirumuskan, masalah bunyi berlaku bukan disebabkan proses rotasi tayar depan dan belakang. Sebaliknya disebabkan kegagalan mengikut proses penukaran dengan baik dan keadaan semasa komponen roda.

Tayar perlu ditukar apabila sudah mencapai usia 4-5 tahun. Kondisi komponen lain juga perlu kerap diperiksa dan ditukar apabila perlu. Walaupun jarang memandu (misalnya sepanjang PKP ini), pastikan anda masih memandu beberapa kilometer supaya tayar tidak mudah rosak hingga mengebabkan bunyi bising.

autotainment Memandu Tayar Bunyi tahukah anda Tayar Bunyi Tayar Bunyi Selepas Rotation Tip Auto
Talib

    Artikel Berkaitan

    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Autotainment

    Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

    07/07/2026
    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.