Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Jentera F1 Semakin Panjang?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Jentera F1 Semakin Panjang?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JENTERA Formula Satu (F1) sudah melalui banyak perubahan sejak diperkenalkan pada 1950. Jika dulu jentera digunakan lebih kepada bentuk seakan peluru, tetapi jentera moden kini berbentuk panjang seakan pedang. 

Asasnya, kemajuan teknologi aerodinamik membuatkan kebanyakan pasukan sedar kereta lebih panjang dan nipis mampu mengagihkan udara lebih baik. Regulasi lebih ketat juga melahirkan ukuran jentera yang spesifik dan tidak memberikan banyak ruang kepada pasukan bereksperimen.

Bagaimanapun, kereta F1 moden masa kini jadi lebih panjang atas sebab berikut:

BACA >>> Kanak-Kanak Ini Tengok F1 Secara Langsung dari Belakang Rumah Je…

Jentera F1 pada 1950

1. MUATKAN LEBIH BANYAK KOMPONEN

Pengenalan trenkuasa hibrid menambahkan beberapa komponen elektrik berbanding enjin pembakaran dalaman. Ini membuatkan jentera F1 memerlukan lebih banyak ruang. 

Enjin hibrid jentera F1 moden.

Penyingkiran sesi isi minyak juga membuatkan jentera perlu menggunakan tangki lebih besar. Ada juga komponen lain seperti radio, kamera, telemetri dan paparan data pada stereng yang dikuasakan wayar elektrik. Semua komponen iitu memerlukan ruang lebih besar.

Apabila banyak ruang diperlukan, penambahan lebar akan mengganggu aerodinamik jentera dan satu-satunya cara mengatasi masalah tersebut adalah menambah panjang kenderaan untuk mendapatkan lebih banyak ruang. 

Ini dapat dilihat pada jentera Mercedes 2018 yang menambah jarak roda (wheelbase) untuk saingan F1 musim itu. Penambahan pada permukaan badan jentera menambah lebih banyak daya junam (downforce) di selekoh. Hasilnya, Mercedes sangat dominan sepanjang 2018. 

BACA >>> #TahukanAnda: 5 Model Kereta Pernah Dipandu Lewis Hamilton, Tetapi Tidak Best
BACA >>> F1 McLaren Milik Lewis Hamilton Ini Bakal Dilelong! Bidaan Dijangka Cecah RM29j

2. KEKURANGAN JENTERA LEBIH PANJANG

Jentera lebih panjang menyukarkan pelumba memotong satu sama lain kerana lebih banyak permukaan trek diperlukan untuk memotong terutamanya dalam keadaan trek sempit dan bengkang-bengkok. Jalan penyelesaian kepada kekurangan itu juga masih belum ditemui.

Penasihat Teknikal F1, Rob Smedley mendakwa tiada cara ajaib untuk menyelesaikan masalah jentera panjang. Sebaliknya, pengenalan semula jentera lebih pendek atau sesi isi minyak pula akan mengorbankan aspek keselamatan dan kelajuan.

Jadi berdasarkan situasi semasa, lebih selamat mengatakan jentera F1 panjang akan kekal untuk tempoh masa lama.

BACA >>> Pusingan Kelayakan Pecutan Dijangka Bangkitkan Keterujaan F1
BACA >>> Ringkasan Awal F1 2021: Debaran Hamilton, Verstappen yang Saling Mencabar

SUMBER: Jalopnik

F1 Formula One (F1) Formula Satu Formula Satu (F1) hibrid Kereta F1 Panjang Lewis Hamilton Mercedes tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.