Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenali Jenis, Fungsi Bendera dalam MotoGP
Autotainment

#TahukahAnda: Kenali Jenis, Fungsi Bendera dalam MotoGP

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JIKA anda biasa melihat perlumbaan MotoGP, pasti anda perasan akan ada marshal perlumbaan yang ditugaskan untuk mengibarkan bendera. 

Ada beberapa jenis bendera pelbagai warna dan corak digunakan dalam MotoGP. Artikel ini akan menyenaraikan setiap bendera digunakan berserta fungsi atau makna bendera tersebut. 

FUNGSI BENDERA

Bendera ialah komponen penting dalam perlumbaan MotoGP kerana digunakan untuk memberi maklumat dan memaklumkan pelumba mengenai situasi tertentu yang mungkin berlaku dalam perlumbaan. 

Asasnua, ada dua jenis bendera dalam MotoGP iaitu:

  • Bendera informatif (informative flags): Berfungsi memberitahu pelumba situasi tertentu dalam trek.
  • Bendera arahan (instruction flag): Mengarahkan pelumba untuk melakukan sesuatu mengikut warna bendera.

BACA >>> Brembo Bangunkan Cakera Brek Lebih Besar untuk Jentera MotoGP
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah ‘Flag-to-Flag’ dalam MotoGP?

BENDERA INFORMATIF

1. Bendera Hijau

Dikibarkan untuk memaklumkan pelumba yang trek boleh digunakan. Bendera ini akan diletakkan di tempat keluar pada kotak pit dalam setiap sesi latihan, permulaan lap pemerhatian dan ketika lap pemanas badan.

2. Bendera Putih dengan Tanda ‘X’ Merah’ dan Bendera Jalur Kuning Merah

Kombinasi bendera ini digunakan untuk memberitahu pelumba mengenai kawasan basah disebabkan hujan. 

3. Bendera Biru

Memaklumkan pelumba mengenai pelumba lain di belakang yang cuba memotong.

4. Bendera Corak Dam Hitam-Putih

Menandakan perlumbaan dan sesi latihan sudah tamat.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Kecederaan ‘Arm Pump’ dalam MotoGP yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Brembo Dedah Rahsia Kelasakan Pad Brek Karbon di MotoGP, Litar Le Mans

BENDERA ARAHAN

1. Bendera Kuning

Dikibarkan sebagai tanda bahaya. Dalam situasi itu, pelumba sedar mereka perlu bersedia berhenti. Mereka juga tidak dibenarkan memotong selagi bendera ini ditunjukkan.

2. Bendera Putih

Jika marshal perlumbaan mengibarkan bendera putih ketika hujan, itu bermakna pelumba boleh masuk ke kotak pit untuk menukar jentera lebih sesuai.

3. Bendera Merah

Digunakan bersama lampu merah, ia menandakan ada gangguan berlaku ketika perlumbaan atau sesi latihan. Pelumba perlu memperlahankan jentera dan masuk kawasan pit secepat mungkin.

4. Bendera Hitam

Dikibarkan bersama nombor pelumba terlibat, ini bermakna pelumba tersebut perlu kembali ke kawasan pit secepat mungkin. 

5. Bendera Hitam dengan Bulatan Jingga

Juga dikibarkan bersama nombor pelumba, ia adalah untuk memaklumkan kepada pelumba bahawa jentera mereka ada masalah teknikal yang boleh membahayakan diri dan pelumba lain. Mereka juga perlu meninggalkan trek secepat mungkin.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Jentera F1 Semakin Panjang?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Kejuaraan FIM CEV Repsol yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: BoxRepsol.com

autotainment bendera Bendera MotoGP flag MotoGP motosikal roda2 tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    MV Agusta Brutale 1000 ABT
    Roda2

    MV Agusta Brutale 1000 ABT – Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    18/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    17/05/2026
    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026
    Roda2

    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026 Ini Dijual 100 Unit Sahaja, Harga Hampir RM180k!

    22/04/2026
    Ducati Multistrada V4 Rally DFM
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Ducati Multistrada V4 Rally DFM, Kustom dari Kilang Macam Kereta Mewah!

    22/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.