• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Tentang Kejuaraan FIM CEV Repsol yang Perlu Anda Tahu

#TahukahAnda: Tentang Kejuaraan FIM CEV Repsol yang Perlu Anda Tahu

June 14, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEJAYAAN pelumba muda negara, Syarifuddin Azman memenangi perlumbaan pertama FIM CEV Repsol di Catalunya, Sepanyol menarik perhatian ramai peminat sukan permotoran tanah air. 

Lebih menarik, ada tiga lagi pelumba negara beraksi dalam kejuaraan tersebut dalam kelas berbeza, iaitu Adam Noroddin dalam kelas Moto2, manakala Sharul Ezwan dan Hakim Danish dalam kelas ETC. 

BACA >>> Negaraku Berkumandang di Catalunya kerana Damok!
BACA >>> Razlan: Petronas SRT Akan Ada Pelumba Tempatan 2022

Jika anda baru berjinak-jinak mengikuti perkembangan sukan permotoran negara, mungkin anda kurang arif mengenai kejohanan itu.  Jangan risau, artikel ini akan memberitahu segalanya yang anda perlu tahu mengenai FIM CEV Repsol. 

SEJARAH DAN TUJUAN PENUBUHAN

Dorna_logotype
rfme-logo-persekutuan-motosikal-sepanyol

Pada 1998, pemegang eksklusif hak komersil dan televisen untuk sukan permotoran, Dorna dan Persekutuan Motosikal Sepanyol (RFME) mula menganjurkan Kejuaraan CEV (CEV Championship) sebagai platform untuk bakat baharu mengasah skil dan potensi mereka dalam persekitaran dunia permotoran terbaik.

Pada 2014, Kejuaraan CEV mula dikenali sebagai FIM CEV Repsol, yang menjadi salah satu kejuaraan lumba motosikal di bawah naungan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM). Pada tahun sama, FIM General Assembly memutuskan menjenamakan semula kategori FIM CEV Repsol Moto3 kepada Kejuaraan Dunia Junior Moto3 bermula 2015.

Pada 2017, satu kategori baharu ditubuhkan, iaitu Piala Bakat Eropah (ETC), dikhaskan buat pelumba lebih muda yang bertanding menggunakan jentera sama pada kos rendah dalam usaha membangunkan potensi mereka lebih awal sebelum memasuki kelas Moto3.

Kejuaraan tersebut membolehkan FIM CEV Repsol menembus sempadan negara dalam mencari bakat terpendam seluruh dunia, sekali gus mendapat pengiktirafan antarabangsa dan menjadi titik mula buat anak muda yang mahu berlumba dalam saingan MotoGP satu hari nanti.

KATEGORI

Ada tiga kategori di bawah kejuaraan FIM CEV Repsol:

  • Piala Bakat Eropah Hawkers / Hawkers European Talent Cup (HETC)
  • Kejuaraan Dunia Junior Moto3 / Moto3 Junior World Championship
  • Kejuaraan Eropah Moto2 / Moto2 European Championship

KALENDAR

Kalendar FIM CEV Repsol 2021

Sebanyak lapan pusingan dianjurkan di litar bertaraf antarabangsa sekitar Eropah, bergantung kepada litar dan format kejuaraan. Ada kelas tertentu yang memerlukan pelumba berlumba dua kali.

Sebagai contoh, dalam aksi di Catalunya semalam, kelas Moto3 dan Moto2 perlu berlumba dua kali, manakala kelas HETC cuma berlumba sekali sahaja. Pada pusingan di Portugal Julai nanti, hanya kelas Moto2 sahaja perlu berlumba dua kali. 

Seperti MotoGP, format mata juga digunakan yang mana pelumba dengan mata terbanyak daripada semua pusingan akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan. 

BACA >>> Fakta Ringkas Tentang MotoGP yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Pusingan Kelayakan MotoGP Berlangsung?

SUMBER: FIMCEVRepsol.com

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: adam noroddin, Damok, Dorna, European Talent Cup, FIM CEV Repsol, Hakim Danish, HETC, Moto2, Moto3, MotoGP, Piala Bakat Eropah (ETC), Sharul Ezwan, SIC, sukan permotoran, Syarifuddin Azman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev